Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kompleks Belia dan Sukan

100,000 Belia Tawan Iskandar Malaysia

Imej
Himpunan Belia Iskandar Malaysia Johor 2012 akan diadakan pada 17 hingga 20 Mei ini menyasarkan penyertaan 100,000 belia dari seluruh negeri Johor. Program anjuran bersama kerajaan negeri, Jabatan Belia dan Sukan Johor, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar dan Majlis Belia Negeri itu diadakan sempena Sambutan Hari Belia Negara 2012. Pelbagai program menarik telah disediakan di beberapa lokasi antaranya di Plaza Angsana, Danga City Mall, Dataran Bandaraya, Kompleks Belia dan Sukan serta Johor Premium Outlet, Kulaijaya sebagai menyahut seruan kerajaan untuk menyediakan platform atau ruang kepada para belia di negeri ini menyertai pelbagai aktiviti berfaedah. Sebanyak 75 aktiviti daripada 13 segmen telah dirancang bersempena program ini termasuk Karnival Belia Islam Malaysia, Karnival Jom Centre, kem sukarelawan, program menanam pokok, sukan permotoran, pertandingan catur. Dua rekod dalam Malaysia Book of Records akan cuba dicatat melalui persembahan J.Robikton tanpa he