mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label filem. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label filem. Papar semua catatan

Sabtu, 21 Disember 2013

Guru wanita, lelaki Pakistan didakwa rakam filem lucah

Guru wanita, lelaki Pakistan didakwa rakam filem lucah

What to say... I'm speechless. Mohon keampunan dari Allah untuk diri dan keluarga. Moga dijauhkan dari perkara-perkara seperti ini.

MELAKA 20 Dis. - Seorang wanita yang merupakan guru penolong kanan di sebuah sekolah di daerah ini bersama seorang lelaki warga Pakistan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membuat rakaman filem lucah.

Lizah Buang, 49, dan Muhamad Usman Ali Liqat, 27, yang bekerja sebagai peniaga membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mohd. Firdaus Saleh.

Mereka berdua didakwa membuat filem lucah yang bertentangan dengan kesopanan awam di sebuah rumah di Pangsapuri Bukit Beruang Utama di sini pada pukul 8.30 pagi, 16 November lalu.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 5(1)(b) Akta Penapisan Filem 2002 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM10,000 atau tidak lebih RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya, Norshazwani Ishak mencadangkan jaminan RM3,000 kepada Lizah namun tiada jaminan dicadangkan oleh pendakwaan terhadap warga asing itu.

Lizah bagaimanapun merayu jumlah jaminan dikurangkan kerana suaminya sedang sakit dan hanya dia yang bekerja untuk menanggung enam orang anak.

Muhamad Usman pula merayu supaya dibenarkan ikat jamin kerana perlu menanggung isteri serta keluarganya di Pakistan.

Mohd. Firdaus membenarkan Lizah diikat jamin RM2,500 manakala Muhamad Usman RM10,000 berserta dua penjamin warga tempatan dan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali selain pasport antarabangsa diserah kepada mahkamah.

Mohd. Firdaus menetapkan 23 Januari depan bagi sebutan semula kes untuk kedua-dua tertuduh melantik peguam. - UTUSAN ONLINE

Ahad, 5 September 2010

Upcoming attraction | Legend of the fist : The return of Chen Zhen

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Tak sabar rasanya nak nengok ini filim. apa pasat. Pasat hero dia Donnie Yen. Lagi satu pasat donnie Yen memang best lia punya kung fu maa.. Cerita ni ada kesinambungan dari filim bruce lee dulu.. aiyaaa.. mau tengok maaa.. mau tengok.. apa pun layan tlailer lia lulu aaa...

Klik untuk pigi lia punya website official



Enjoice...Sharing is power!!!

Rabu, 24 Februari 2010

Movie melayu pertama yang termasuk dalam list must see aku 2010

Merong Mahawangsa.. Wow.. Tetiba jer aku rasa cambest jer. Tak sabar nak tunggu citer ni keluar panggung. Yang paling best dah terjual gegiler dah kat peringkat international. Perrghhh... Tahniah KRU... Tahniah Yusry selaku pengarah...