mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label jonah hex. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jonah hex. Papar semua catatan

Sabtu, 22 Januari 2011

Movie Review - Jonah Hex (2010)

Klik untuk gambar yang lebih besar
Jom layan movie adaptasi komik nih
Aku dulu first layan komik ni tahun 1987 tak silap aku. Biasa la. Turun penang, cari komik komik lama ni dah jadi biasa bagi aku. Masa tu memang tengah top citer citer koboi nih. Apa lagi layann.. Masa tu pelik jugak pasal apa hero ni mulut bersambung. Sanggup cari balik isu yang lagi lama pasal nak tau kan. Last last baru tau apa kes sebenarnya.

Movie ni pun dia rungkai dari awal. Macamana si Hex ni kena dera, keluarga dibunuh depan mata, muka dicop ngan besi penanda lembu tu. Tu yang pastu mulut dia jadi cenggitu. Pastu mula la kisah dia memburu balik si Turnbull nih. Si Turnbull ni pulak memang dia ada plan baik nak bunuh presiden masa sambutan 4th of July ngan senjata yang dirampas dari tentera. Gila canggih meriam tuh. Tu lum masuk senjata si Hex lagi. Memang giler la citer nih. Tak tahan nengok senjata tu la. Dengan senjata si hexnya, senjata si turnbullnya. Pergghhh.. Kira mantap habis la.

Cuma yang tak best macam si hex ni lemau sangat la lam citer nih. Asyik kena ja. Pastu revive balik. Dan jangan lupa ngan kuasa luarbiasa dia; cakap ngan mayat. Kekeke.. jangan kata aku tipu lak. Tengok la kalau tak caya. Overall citer ni memang best tul aksi dia. Jalan citer pun not bad la. Aku kasi 4 bintang.

Enjoice...Sharing is power!!!