mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label mihun soto. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mihun soto. Papar semua catatan

Ahad, 2 Jun 2013

Yok ke Muor


Yok ke Muor. Esok ada mesyuarat kat Sekolah Tinggi Muar. Lusa, mula aku cuti seminggu. So, alang-alang, bawak semua sekali ke muo. Habis meeting, leh terus gerak ke kedah. Ok ler tu. So, lam kul 11 pagi dah mula gerak ke hotel pelangi muo. Read on...

Jumaat, 17 Disember 2010

Dari Char Koey Teow ke Mihun Soto

Klik untuk gambar yang lebih besar
Belasah ajer la iqa, janji makan jugak kan
Dari tadi, masa aku sampai rumah, tengah buat sistem; sampai la ke dah setel semua, iqa ke hulu mintak Char Koey Teow, ke hilir pun mintak Char Koey Teow. Nak tak nak, kena la kuar pi beli.

Sekali ronda kat Nusantara, kat Wan Seng tuh; tutup la pulak kedai dia malam nih, pi nusa perintis la pulak, pun sama. Sudah. Yang lagi best henpon pun aku tinggal. Aku gamble jer beli kat satu kedai nih. Memang tak biasa aku gi dia bukak.

Tukang masak sorang ja. Tapi orang leh tahan gak ramai. Tengok gaya macam lambat ja nih. Sekali tokei dia pulak kuar. Ingatkan gi mana. Gi ambik tukang masak sorang lagi. Aku ngoder mee soto, mihun soto dan mee goreng. Leh tahan gak. Tak rugi la aku nunggu lama sikit. Ye lah kan. Tu sebab aku suka beli Char Keoy Teow. Paling lama satu dia masak 20 saat. Kalau 3 darab jer la ngan 3. Jap ja. Tapi nak buat camnakan malam nih. Nak Char Koey Teow, sudah jadi mihun soto. Belasah ajer la. Klik cerita penuh untuk detail>>>


©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ziqri pun dah tensen nengokkan aku yang dok ngadap pc ja.. haiya abah ku ini, apa nak jadi.. sudah sudah la tu dengan kije ja..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Nampak tangan saya yang gebu nih. Kalau saya tekan butang reset kat pc tu haaa.. baru tau tinggi rendah langit nih..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Main lompat lompat dengan kakak lagi best.. syok woo

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Inaz dah nak sama tinggi dengan iqa rupanya.. tu la.. malas lagi nak makan.. Patutla ramai yang kata bebudak ni kembar..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ini ja kedai yang aku akan pertaruh nasib malam nih. Untung sabut, timbul kan..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Dah nak siap aku nyer order.. jom gi ambik.. sekali mee dia belum goreng daa.. lepak la kejap lagi..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Sesambil tu hambik la gambo funfair belakang dia nih

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Order aku malam nih.. mee soto..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Mee goreng

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
aaa.. nih aku yang punya.. mihun soto sama iqa dan inaz

Enjoice...Sharing is power!!!

Isnin, 25 Januari 2010

Kaki oh kaki, kenapa engkau sakit...

©2010mknaceunlimitedBila keluar jer posting Perlantikan Pengawas tu, maknanya aku selamat la bawak keter sampai ke sekolah. Tapi memang azab la rasanya. Azab.. bila nak menukar dari menekan minyak ke menekan brek. Perghhh.. memang sedap sungguh rasa kaki tu. Tuhan jer yang tau.

Sampai jer sekolah, kononnya nak try jalan dengan elok la. Nak cover la konon kan. Tapi tak boleh. Rasa sangat sakit. Apalagi masa nak panjat tangga tu. Tapi apapun, semua dapat disettlekan, walaupun agak slow.

Pas dah settle semua aku dok kat Pusat Akses jer. Malas nak bergerak banyak. Sekali si Dila cakap dia ada minyak panas kalau nak try pakai. Amik jer la. Banyak gak aku sapu, picit-picit sikit kaki tu. Lama-lama hilang jugak rasa sakit tu. Ingatkan dah bebetul hilang. Masa try turun tangga tu terasa jugak la. Tapi dah kurang sikit. Jalan pun tak dengkot-dengkot sangat dah. Kurang sikit la kan.

©2010mknaceunlimitedPastu aku try la pi kelas. Kuar awai sikit. Pasai kaki ada sikit-sikit rasa sakit. Terutama bila turun naik tangga la. Aku rasa dah makin ok dah. Dah baper kali dah aku tenyeh minyak tu. Ada dah 4 kali aku sapu. Habis satu kaki. Tapi hasil dia leh tahan gak ler. Boleh la aku ngajar sambil diri lam kelas.

Sekali masa nak naik balik ke Pusat Akses lepas dah habis kelas, nampak lak misi-misi dari Jabatan Kesihatan wat yearly checkup. Check gigi. Alamak. Kamera kat atas. Kalau pakai henpon, lama lagi la aku nak transfer. Naik jer ler atas. Tapi kali ni rasa sakit tu macam dah hilang dah. Aku jer ler yang rasa kot. Pasai ada sengal-sengal sikit lagi. Amik kamera, turun balik. Amik gambo, borak-borak ngan nurse tu.

Yang kelako. Bebudak pakat tutup muka.

Malu la cikgu. Nanti glamer satu Malaya. Cikgu mesti taruk lam web sekolah kan.
Bila lagi nak glamerkan.

Lebih kurang amik gambo. Naik atas balik.

©2010mknaceunlimitedKejap jer masa dok kat sekolah hari ni. Tak kira berapa kali aku call rumah tanya perkembangan Iqa. Camner Iqa, camner Inaz. Pastu sekali borak lak ngan Sajuli. Pergi ler balik katanya. Ko dok tepon jer apa ko dapat. Balik, terus bawak gi Klinik. Tu belum ayat Shah lagi tu. Aku pun apa lagi. Tepon mama ajak balik.

Cakap ngan Dila, petang ni kena balik awal pasal nak hantar anak gi klinik, cakap ngan GB; pastu terus punch balik. Amik mama, terus balik. Sampai jer rumah terus bawak bebudak berdua ni gi Klinik.

Sampai jer Nusa Perintis jem giler. Tempat parking penuh. Aku gamble jer parking, turunkan semua. Sekali keter belakang aku kebetulan keluar. Apa lagi. Usha jer belakang. Banyak lak keter. Jangan la korang masuk parking tu. Nasib memang menyebelahi aku. Ngam.. Sikit jer jauhnya dari klinik. Jauh satu lot jer dari klinik.

Settle semua.. Dua-dua dapat MC dua hari. Balik jer terus bagi ubat kat Iqa ngan Inaz. Iqa makan antibiotik jer, pasal tadi dah kena cucuk bontot dia. Panas sangat. Pas settle bagi ubat, terus call sekolah agama dia maklumkan iqa tak gi hari ni ngan esok.

©2010mknaceunlimitedBungkusan ni dari tadi aku letak jer atas meja tu. Ye lah.. Family first kan. Aku pun dah lupa pasal bender ni sampaila mama tanya apakebender tu.

Alah, hadiah pasal abang pakai kepiah.
Membohongla.
Iyer..

Hahahha.. Hadiah ni Kak Zi bagi tadi. Sambil membebel la. Mana taknya. Hadiah tahun lepas. Aku lak jenis tak reti bahasa nak ambik dari dia. Hari Jemaat lepas pun dia cakap terkejar-kejar dia cari aku. Sekali aku dah kuar. Tu yang hangin tu.

So, semua pakat eager nak bukak. Amik jer la. Pi bukak jauh-jauh kat sana. Tuan dia rilek jer. Anak-anak lak yang eager. Kasi can ajer la. Dalam dia ada jajan dua set.. nasib baik. Kalau tak ada yang bergusti. Pastu ada jam. Last sekali ada mug ni la. Terima kasih banyak Kak Zi.

©2010mknaceunlimitedPastu si Iqa lak leh merengek.. Lapo ni.. Nak makan apa. Iqa tak lalu nak makan. Memula aku letak jer bubur yang nenek dia dah masakkan tu. Makan juga dia sikit. Pastu iqa cakap lagi.

Iqa lapar la bah..
Aik.. bukan dah makan bubur ka..
Tak best.. Iqa tak lalu..
Iqa nak makan apa..
Nak Mihun Soto..

Mihun soto lagi.. Memang tadak menu lain la si Iqa ni kan. Layan jer la. Tepon ucu dia suruh beli mihun soto masa dia on the way balik nanti. Ucu beli dua bungkus soto. Mama pun tereager sekali nak makan. Sekali bila tuang... alamak.. apasal soto daging.. hampes tul kedai tu. Ucu pun dah cakap soto ayam. Kan dah tak makan semua orang. Terpaksa la aku habiskan dua bungkus soto tu sengsorang

ps : aku ingatkan kaki aku dah ok, pasal dah leh jalan elok dah; tapi bila nak sujud tadi... Ya Allah.. sakitnya...