Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah 1440H

Imej
Salam Maal Hijrah 1440H pada semua rakan, keluarga dan pengunjung blog sekalian. Semoga tahun ini akan membawa seribu rahmat dan keberkatan kepada kita semua. Semoga kita dapat menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya serta dapat menjalankan ibadah & tangunggjawab kita terhadap Allah, sesama insan dan makhluk-makhluk lain dengan baik. ps : Tahun ni share gambo surau tempat kerja kita aje. Amacam? --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Salam Maal Hijrah 1440H : Doa Akhir dan Awal Tahun

Imej
Salam Maal Hijrah 1440H : Doa Akhir dan Awal Tahun. Semoga Allah menerima doa kita semua. ~ ~ ~ Doa Akhir Tahun ~ ~ ~  (Dibaca 3x Selepas Asar Sebelum Maghrib)  Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas penghulu kami Muhammad SAW. Wahai Tuhan, apa yang telah kami lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada kami melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan kami telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukum kami, tetapi Engkau mengilhamkan kami dengan taubat selepas keberanian kami melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya kami memohon keampunanMu, maka ampunilah kami. Dan tidaklah kami melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikan kami dengan pahala atas sedemikian itu. Maka kami memohon KepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai Yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan Wahai