mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label port dickson. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label port dickson. Papar semua catatan

Jumaat, 8 Mei 2015

Rumah terbalik upside down art gallery


Rumah terbalik upside down art gallery. Sesaja dok browse through FB, terjumpa la pulops pasal rumah terbalik kat PD nih. Cambest pun ada kan. Rumah Terbalik Port Dickson pertama di Negeri Sembilan, kini dibuka untuk orang ramai. Tapi apasal ahad tutup ekkss... bukan hari tu yang paling ramai orang ke...

Alamat : No 13A & 15, Jalan Coral Walk, Batu 9, Jalan Pantai, Port Dickson, Negeri Sembilan
(berhampiran Ostrich Park & Politeknik Port Dickson)
Waktu beroperasi : 10pagi - 9mlm Isnin hingga Sabtu.
Harga tiket : Dengan Mykad
Dewasa - RM 15, Kanak-kanak - RM 10 (bawah 12 tahun)
Tanpa MyKad
Dewasa- RM 20, Kanak-kanak - RM 15 (bawah 12 tahun)

Ahad, 19 Mei 2013

Edisi lama : Jengjalan Melaka Day 2


Edisi lama : Jengjalan Melaka Day 2. Setel bab hari 1 yang penuh dengan gembel gembelan. Masuk la pulak hari kedua. Hari ni belasah dulu mandi puas puas kat pool sampai kecut. Dah puas hati kat situ baru la sibuk nak meronda melaka or what-so-ever. Jom kita...

Edisi lama : Jengjalan Melaka Day 1


Edisi lama : Jengjalan Melaka Day 1. Hah... ni lagi satu... laaaaaaammmaaa jugak. Sampai yang pengantin yang baru pun dah jadi lama. 24 Mac lepas kami pakat pi melaka. nak pi kenduri adik penguin sorang ni. Punya la best, sampai sesat dan banyak benda tak jangka jadi. memula kes salah rumah. pastu kes gamble nak tidur resort. hehehe... memang best la cuti kali tu.

Sabtu, 24 Disember 2011

Breakfast



Spoil betul selera pagi ni. Breakfast kat hotel paling aku suka sebenarnya. Sebab kebanyakan makanan fresh cooked. Panas panas kata orang jepun. Tapi pagi ni bagi aku memang spoil ler. Nugget kejung, nasi goreng cina hmmm... Variety tak banyak. Hmmm..


^_^ Terbaeekkk!!!!
by mknace
Posted via Blogaway

Pakej tambahan???!



Pelik... Banyak anjing kat pantai ni pepagi. Nasib baik hormatkan guest. Bila kita dekat, pakat bangun dan beredar... Kalau datang kejar kita... Naya oooo...

Location : Kampung Siginting, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan,


^_^ Terbaeekkk!!!!
by mknace
Posted via Blogaway

Layan langit pantai



Cam biasa. Sesambil tu lepak kat gigi pantai. Dah habit sejak kecik.

Location : Kampung Siginting, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan,


^_^ Terbaeekkk!!!!
by mknace
Posted via Blogaway

Nice place for holiday



Yup. Memang tempat terbaeekkk untuk holiday... Digi coverage takde.. Takleh call, takleh surf. Terpaksa bergantung pada wifi hotel kat lobi jer. Memang terbaeekkk untuk percutian anda.. Tapi kalau nak buat kerja cam kami ni... Huhuhuhu... Last last layan movie jer la malam tadi kat bilik. Nak wat camno.. Mata dah biasa keja sampai pagi buta.. Yang cover sini cuma maxis broadband jer

Location : Kampung Siginting, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan,


^_^ Terbaeekkk!!!!
by mknace
Posted via Blogaway

Jumaat, 23 Disember 2011

Permaisuri Beach Resort



Fully booked. Memang penuh. Ada kawasan yang sesuai untuk percutian. Harga pun boleh tahan. RM450 untuk apartment 3 bilik...

Location : Kuala Sungai Baru, Melaka,


^_^ Terbaeekkk!!!!
by mknace
Posted via Blogaway

Selasa, 16 Februari 2010

Kunjung ziarah dari PD

©2010mknaceunlimitedAku tengah sibuk dok citer avatar kat PC pagi ni. Tetiba bunyik telepon mengejutkan aku.

Kring... Kring...
Hello..
Hello.. ni ayid ni..
Ayid mana??
Ayid anak Pak Ngah Man..
Ooo.. Nape..
Mak Ngah ada??
Jap..

Panggil mak. Lepas cakap lebih kurang rupanya Pak Ngah Man nak datang rumah. Pelik tak.. Yang sinun dah anak Pak Ngah, yang atuk ni pun pak ngah jugak. Sebenarnya pak ngah man ni anak dari mak nombor dua. Atuk anak dari mak nombor satu.

Lam 15 minit pastu pak ngah man sampai. Waa.. dah ada teksi sendiri. Baru dapat permit katanya. Tu pun dah kali keempat mohon. Tu pun siap panjat Putrajaya sendiri jumpa pengarah. Alhamdulillah.. Ayid lak sibuk dok tanya pasal SPM bebaru ni. Setakat budak SDAR ni aku rasa takde hal la nak skor. Tapi dia nyer risau tu memang tinggi betul. InsyaAllah kalau takde aral skor ler awak tu.. Pas makan semua bertolak lak ke rumah mak long kat nusantara la pulak.

ps : iqa lak sibuk dok bisik.. bila nak makan kat kfc ni.. hahahaha..

::Klik untuk cerita penuh::


©2010mknaceunlimited
Geng kebudak sibuk dengan movie-movie yang aku saja pasangkan.. Big boss kat sini sapa lagi kalau bukan iqa.. tu bukan sebarang budak tau iqa, tu pakcik iqa tau..

©2010mknaceunlimited
Pak ngah man. Alhamdulillah.. tahun ni murah rezeki.. Rumah mesra rakyat dah dapat. Permit teksi dah dapat.

©2010mknaceunlimited
Golongan ibu-ibu sibuk kat dapur.. makan besar kita hari ni..

©2010mknaceunlimited
Citer kedua dah main.. H2O.. memula aku bukak Avatar.. tapi cam tak sesuai ngan bebudak ni..

©2010mknaceunlimited
Upacara makan besar.. cuma tarak air oren ngan yee sang jer.. aku bukak air kiwi.. yummmyyy...

©2010mknaceunlimited
Bila tengok pak ngah man bawak family ngan keter ni, teringat aku kat keluarga aku. Abah bawak kami lima beradik, hantar aku gi utm dari kedah sana nu, naik saga jer.. alhamdulillah.. kini semuanya dah berubah.. TQ abah..


Slideshow penuh