Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel hari guru

The Colours of Life - Selamat Hari Raya Cikgu 2022 : Hari Guru + Raya + Kokurikulum

Imej
The Colours of Life - Selamat Hari Raya Cikgu 2022 : Hari Guru + Raya +  Kokurikulum. Satu hari yang super packed. Asalnya nak buat Mini Karnival Raya Kokurikulum sahaja. Bincang punya bincang terus jadi satu program yang lebih besar. Launch on Hari Guru. Maka, timbullah program Selamat Hari Raya Cikgu. Sakan. Kita mulakan dengan hari guru di Dewan. Seterusnya sambutan hari raya SMKGP di kelas-kelas dan diselang selikan dengan games dari mini karnival kokurikulum. Memang meriah! Tak cukup dengan tu. Sambung lagi dengan jamuan raya + hari guru untuk semua cikgu sebelah petangnya. Selamat Hari Raya, Terima Kasih, Cikgu!   ---  #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace #thecoloursoflife #terbaeekkk ‎#kipidap ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE- 51 TAHUN 2022 : PERUTUSAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA

Imej
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE- 51 TAHUN 2022 : PERUTUSAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Apa khabar semua? PENDAHULUAN 1. Alhamdulillah, syukur kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya kita dapat meraikan sambutan Hari Guru bagi tahun 2022 pada hari ini. Setiap tahun pada tanggal 16 Mei adalah tarikh keramat penuh bermakna kepada warga pendidik. Guru diberi pengiktirafan atas peranan dan pengorbanan mendidik anak bangsa. Pastinya sejak dahulu lagi, rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama sentiasa memberikan penghormatan dan penghargaan yang tidak terhingga terhadap tugas dan peranan guru. 2. Pengalaman berhadapan dengan situasi pandemik COVID-19 selama dua tahun turut mengubah Sambutan Hari Guru, yang tidak dapat disambut sebagaimana kebiasaan. Namun, tanggal 16 Mei tetap memberi nostalgia kepada warga sekolah terutamanya dalam kalangan guru untuk mengimbau kenangan man

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE- 51 TAHUN 2022 : PERUTUSAN MENTERI KANAN PENDIDIKAN

Imej
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE- 51 TAHUN 2022 : PERUTUSAN MENTERI KANAN PENDIDIKAN Guru-guru, para pendidik dan warga sekolah sekalian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Selamat meraikan sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan yang ke-51 pada 16 Mei 2022. Sambutan saban tahun ini merupakan acara simbolik bagi menghargai jasa dan pengorbanan insan mulia yang bergelar guru. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada hampir 500,000 guru di seluruh negara atas segala pengorbanan, keringat, komitmen dan dedikasi dalam mendidik serta membentuk generasi pewaris negara yang berkualiti tinggi. Pemilihan tema Hari Guru 2022, iaitu ‘Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA’ sangat bertepatan bagi menghargai peranan guru sebagai tunjang penting dalam ekosistem pendidikan untuk menjayakan agenda pembangunan pendidikan negara. Guru bukan sahaja menyampaikan ilmu kepada murid, malah berusaha memastikan

Selamat Hari Guru 2021

Imej
Selamat Hari Guru pada semua insan yang bergelar pendidik; cikgu-cikgu yang pernah mengajar kami, rakan-rakan perencana di pengurusan, rakan-rakan pelaksana di lapangan, secara langsung atau tidak langsung. Jasa anda semua amat tinggi dalam membentuk kemenjadian murid. Terima kasih cikgu! 

Selamat Hari Guru 2020 : Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu

Imej
Selamat Hari Guru 2020 : Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu. A simple projek sempena Hari Guru kali ni. Sambutan yang berbeza mengikut normal baharu. Hanya sekadar design yang dapat dititipkan pada semua guru. Tahniah dan terima kasih pada semua guru yang pernah mengajar kami; secara formal atau tidak formal. Anda memang insan terpilih dan terbaeekkk!!!! Terima kasih cikgu!

Sambutan Hari Guru Kebangsaan Ke-48 : Teks Ucapan Perdana Menteri Malaysia YAB Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad

Imej
Sambutan Hari Guru Kebangsaan Ke-48 : Teks Ucapan Perdana Menteri Malaysia YAB Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad. Berikut merupakan pautan teks ucapan alu-aluan untuk rujukan kita bersama. https://drive.google.com/open?id=17EvJQOBC26_n5TJnid5IlPrLPKfCBAuR --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Sambutan Hari Guru Kebangsaan Ke-48 : Teks Ucapan Alu-Aluan Menteri Pendidikan Malaysia YB Dr. Maszlee Bin Malik

Imej
Sambutan Hari Guru Kebangsaan Ke-48 : Teks Ucapan Alu-Aluan Menteri Pendidikan Malaysia YB Dr. Maszlee Bin Malik. Berikut merupakan pautan teks ucapan alu-aluan untuk rujukan kita bersama. https://drive.google.com/file/d/1tDtujpudxS4_3doO6IcdvTodmDG2Tnma/view?usp=sharing --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Sambutan Hari Guru Kebangsaan Ke-48 : The Grand Finale

Imej
Sambutan Hari Guru Kebangsaan Ke-48 : The Grand Finale. Sahur. Turun jam 5 pagi. Lepas sahur dah mula prepare kelengkapan. The best part is, aku cuma bawak basic gadget untuk pemprosesan. Hadoiiih. Part capture dah takde isu. Part nak proses dan proceed tu yang masalah. Ni pun aku perasan lepas aku dah settle shooting pengarah pagi tu. Duduk kat bilik pengarah. Baru nak mula buat rakaman tetiba ada call masuk dari Johor FM. Layan Johor FM yang buat temuramah melalui telefon dulu. Lepas tu kami buat rakaman hari guru. Selesai. Terus turun ke bawah. Satu part yang best kat sini adalah security dia. Kita boleh gi aras kita aje. Aku terpaksa ke lobi dulu minta hotel bawak aku ke bilik pengarah. Lesson learned! Walau dah manage masa, tempat juga kena study jugak. Kekeke. Semua dah siap kat lobi, snap snap jap reramai sebelum kami gerak ke lokasi majlis. Hari ni aku jadi thor tau. Meme gempak jugak bawak cam sambung ngan monopod gini. Dah macam pegang Mjolnir. Thor hammer la tu. Wakakaka.

Sambutan Hari Guru Kebangsaan Ke-48 : Majlis Iftar Guru

Imej
Sambutan Hari Guru Kebangsaan Ke-48 : Majlis Iftar Guru. Masa memang sangat padat di sini. Jam 4 petang kami semua dah berkumpul kat lobi hotel. Sempat la lelap jap 1 jam. Terus gerak ke bas dan dibawa ke Hotel Equatorial untuk Majlis Iftar Guru. Boleh tahan jugak tempat ni. Nampak dua dua jambatan weh dari balkoni masa nak ambil wudhu'. Masuk ke Ballroom untuk solat dan majlis bacaan yasin dan tahlil hari guru. Bagi yang bukan Islam, ada pengisian di bilik yang lain. Selesai majlis semua bergerak ke Matahari Ballroom untuk majlis iftar. Kami dapat tempat berdekatan dengan pintu masuk. As always. Cari port yang paling ngam untuk keseluruhan majlis. Sambil menunggu kami dihidangkan dengan pelbagai persembahan berunsur kerohanian. Sempat aku meronda dari meja ke meja yang mana aku dapat kesan ada member dikenali. Tu pun dalam sukuan aku aje la. Tak larat nak meronda 1 dewan. Sempat lagi pengarah menjengah kami bertanya khabar pada semua meja kontinjen Johor. Marbeles. Majlis bermu

Sambutan Hari Guru Kebangsaan Ke-48 : Olive Tree Hotel Check-in

Imej
Sambutan Hari Guru Kebangsaan Ke-48 : Olive Tree Hotel Check-in. Jam 1 petang kami mula bergerak ke Hotel Olive Tree untuk daftar masuk. Alhamdulillah. Hotel sangat kondusif. Tahniah dan syabas pada urusetia yang menguruskan segala-galanya. Sorang demi sorang dah dapat bilik. Turn aku bilik lum siap lagi. Tapi pihak hotel tukar ke bilik lain yang telah bersedia. Jam 1.30 petang aku dah dapat bilik. Sempat la meronda sambil snap segala kemudahan yang ada, as always. Memang terbaeekkk!!!! Memang disyorkan.

Sambutan Hari Guru Kebangsaan Ke-48 : Diskusi Pendidikan Naratif Baharu Amalan Pendidikan

Imej
Sambutan Hari Guru Kebangsaan Ke-48 : Diskusi Pendidikan Naratif Baharu Amalan Pendidikan. Dari hotel kami bergerak ke Pusat Konvensyen Setia Spice, yang letaknya seberang jalan aje. Boleh tahan juga menapak. Penat. Jangan cerita. Baru sampai dari Johor ni beb. Makin lama makin kebelakang la aku. Pace langkah dah makin slow. Sampai aje, sempat posing-posing jap di photobooth yang bukan sahaja banyak malah berwarna warni yang memang banyak di sini. Senang ja nak cari team Johor. Semua berbaju T hitam. Terus gerak masuk ke ruang pameran. Jalan sekali lalu sambil snap situ dan sini. Tetiba rasa kena tarik. Sekali nengok en saiful daaa... Layan la selfie jap ngan orang penting ni. Masuk ke ruang program dan terus cari tempat duduk yang paling strategik. Biasa la kan. Tempat duduk mesti lokasi yang boleh nampak keseluruhan majlis dan main event. Majlis dimulakan dengan penyampaian anugerah guru adiwira dan anugerah khas pendidikan. Memang meriah tahun ni dengan penghargaan pada guru. Tah

Sambutan Hari Guru Kebangsaan Ke-48 : Penang, Here We Come!

Imej
Sambutan Hari Guru Kebangsaan Ke-48 : Penang, Here We Come! At last, aku join jugak team Johor ke Penang. Actually. Dah lama aku tak join, atas faktor kesihatan. Last aku turut serta, Kuala Lumpur 2014. Dan lepas tu memang aku problem. Kali ni, lepas 5 tahun berlalu; aku try semula. Kena control pergerakan aje la kan. Pantang lepa harus la cari tempat duduk. So. Kita mula buka lembaran baharu. Gerak keluar dari rumah around 6.30 petang. Nak cari makanan dulu. Pikir punya pikir aku terus tuju McD kat depan EC. Kereta berbaris. Takpe. Cari park dan masuk beratur. Ramai jugak. Dan ramai juga yang tak sempat berbuka pun dalam barisan termasuk aku. Tapi satu benda yang aku belajar malam ni. Kalau ko tengok macam mana kebudaks McD tu layan pelanggan, memang ko rasa ko tak layak nak mengeluh dalam barisan. Aku tak nampak sorang pun yang merungut, mengeluh malah menjamah makanan. Terus menerus melayan pelanggan. So, aku pun tak sampai hati nak jamah depan deme. Dalam kereta baru aku jamah f

Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Johor Ke-47 : My One Whole Day Journey

Imej
Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Johor Ke-47 : My One Whole Day Journey. Pepagi lagi dah bersiap nak ke Muar. Paling bising adalah mama. Haishhh. Dua hari terbaring, MC. Tetiba je dah bersiap awal pagi. Ni nak gi mana ni? Susah tul nak cakap. Hehehe. Takpe la. Slow slow la. Bwak bekal ubat sekali yang kena abiskan. Sampai opis. Bas dah menanti. Tak ramai tapi ada la. Terus gerak ke Muar. Sekali sampai ke KM110... alamak. Ada team maintainance pulak. Boleh lari program gini. Sib baik drebar tahap dewa. Cilok sana sini sampai kami on time. Tu pun VIP dah sampai dan tengah dibawa meronda tapak pameran. Terus aje masuk ke dewan. Memang terbaeekkk!!!! dewan dia. Duduk dan layan apa ajew scenery depan mata. Cuma ada sikit spoilt masa lagu dimainkan. Alamak. Takpe. Sikit aje. Majlis diteruskan dengan cantik sekali. Doa, ucapan, gimik. Memang sempoi. Sampai part koir. Team Pejabat Kesihatan tau yang sumbang tenaga. Memang terbaeekkk!!!! kolaborasi PPD Muar ni. Dewan ni pun ditaja semua

SMK Taman Nusajaya : Sambutan Hari Guru 2018

Imej
SMK Taman Nusajaya : Sambutan Hari Guru 2018. Sakan ye mama kat sekolah hari ni. Happy nampaknya. So. Aku share je ye apa yang ada dari henpon mama ni. Selamat Hari Guru, Terima Kasih Cikgu! Kali ni deme bawak tema arabian night la puloks.

TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2018 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

Imej
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2018 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA. Teks penuh boleh dimuaturun melalui url berikut : https://bigbox.1govuc.gov.my/index.php/s/ToCqZgM82ftPjJS TEMA: “GURU PEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN” Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Tuan-tuan, puan-puan, warga pendidik dan murid-murid yang dikasihi sekalian, PENDAHULUAN 1. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya, dapat kita bersama-sama berkumpul untuk menyambut Hari Guru 2018 yang bertemakan “Guru Pemacu Transformasi Pendidikan”. Saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik tidak kira walau di mana sahaja anda bertugas di seluruh pelosok negara. Terima Kasih Cikgu! TEMA SAMBUTAN HARI GURU 2018 2. Tema Sambutan Hari Guru tahun ini membuktikan bahawa dalam menjayakan Transformasi Pendidikan Negara dan menyahut cabaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, guru merupakan agen utama dalam memperteguh transf

Majlis Doa Selamat sempena Hari Guru dan Awal Ramadan 2018 SPMICT

Imej
Majlis Doa Selamat sempena Hari Guru dan Awal Ramadan 2018 SPMICT. Tahniah pada semua ahli sektor yang bertungkus lumus dalam memastikan kelangsungan majlis ini. Terima kasih pada semua yang hadir termasuk tetamu jemputan. Majlis dimulakan dengan majlis bacaan Yasin dan diikuti dengan doa selamat, ucapan dari Ketua Sektor dan sesi potong kek oleh 4 orang yang lahir pada bukan Mac, April dan Mei. Makan time!!! Sedap tul rendang ayam super pedas ni. Penuh perut den. Memang best lunch hari ni. Rasa berbangga dapat jalan terensot pergi dan balik ke opis. Hehehe.

Small eat eat SPMICT Hari Guru 2017

Imej
Small eat eat SPMICT Hari Guru 2017. Setel bab pengarah, KS tanya nak makan apa. Wahahahaha. Ketawa jahat tu. Dok mikio jap. Kita tepon aje Nasi Ayam Penyet Jakarta. Siap ngantor sampai ke opis. Terbaeekkk!!!! Makan makan hari guru. Tinggal takde sukaneka ngan nyanyi nyanyi aje. Takpe. Tahun depan mus ngan adi asah lidah. Boleh buat persembahan. Kekeke. Shima dari kurus keding dah boleh nak celen fizal dah body dia. Makan aje.

Kad Ucapan Selamat Hari Guru 2016 dari Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Imej
Kad Ucapan Selamat Hari Guru 2016 dari Jabatan Pendidikan Negeri Johor --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Sambutan Hari Guru Tadika Nadi Permata

Imej
Sambutan Hari Guru Tadika Nadi Permata. Hehehe. Bagi kamera kat cikgu Iqi. Soh amik gambo banyak banyak. Ada makan makan. Bagi hadiah. Tapi banyak gambo makan.

Sambutan Hari Guru SK Taman Nusa Perintis - Bollywood Theme

Imej
Sambutan Hari Guru SK Taman Nusa Perintis - Bollywood Theme. Of coz la theme applied for the teacher. Hehehe. Foto turut dikongsi dari group whatsapp.