mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label KENYATAAN MEDIA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KENYATAAN MEDIA. Papar semua catatan

Jumaat, 11 Disember 2015

KENYATAAN MEDIA POLIS JOHOR : SEBARAN MAKLUMAT PALSU MELALUI LAMAN MEDIA SOSIAL

KENYATAAN MEDIA POLIS JOHOR : SEBARAN MAKLUMAT PALSU MELALUI LAMAN MEDIA SOSIAL


KEBELAKANGAN INI, TINDAKAN MEMUATNAIK, BERKONGSI DAN MENYEBARKAN KENYATAAN-KENYATAAN PENGHINAAN TERHADAP INDIVIDU DI MEDIA SOSIAL DILIHAT SEMAKIN MENJADI-JADI. KEGIATAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB INI TELAH MENJEJASKAN IMEJ INDIVIDU TERSEBUT DAN JIKA TIDAK DIBEDUNG SEGERA, BOLEH MENGGANGGU GUGAT KETENTERAMAN AWAM.

POLIS DIRAJA MALAYSIA MEMANDANG BERAT KEMELUT YANG BERLAKU DAN TELAH, SEDANG DAN AKAN TERUS MENGAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP MANA-MANA PIHAK YANG MENGELUARKAN SEBARANG UNGKAPAN ATAU KENYATAAN YANG MEMPUNYAI KECENDERUNGAN MENGHASUT.

DALAM MENANGANI PERKARA INI, PIHAK POLIS SEBAGAI AGENSI PENGUATKUASA UTAMA MENJAGA KEAMANAN DAN KESELAMATAN NEGARA, BERTANGGUNGJAWAB MENYIASAT SETIAP LAPORAN YANG DIBUAT SECARA ADIL DAN SAKSAMA UNTUK MEMBAWA PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB KE MUKA PENGADILAN. INI DILIHAT SEBAGAI SATU CUBAAN UNTUK MENCALAR KREDIBILITI PDRM DAN PIHAK BERKUASA AMNYA, SEKALIGUS MEMBANGKIT RASA TIDAK PUASHATI TERHADAP INSTITUSI PENTADBIRAN DAN SISTEM KEADILAN MALAYSIA.

PDRM TELAH MEMULAKAN SIASATAN DIBAWAH SEKSYEN 500 KANUN KESEKSAAN (AKTA 574) DAN SEKSYEN 4(1) AKTA HASUTAN 1948. MANA-MANA INDIVIDU YANG BERTINDAK MEMBANTU MENYEBARKAN SIARAN MEDIA PALSU TERSEBUT AKAN TURUT DISIASAT DI BAWAH SEKSYEN 233(1) AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

ORANG RAMAI DINASIHATKAN AGAR LEBIH PEKA DAN SENSITIF DALAM BERKONGSI MAKLUMAT YANG BOLEH MENJEJASKAN KEHARMONIAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT NEGARA INI.

( DATO’ WAN AHMAD NAJMUDDIN BIN MOHD ) CP
KETUA POLIS JOHOR

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Khamis, 6 Ogos 2015

KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA HARI GANTI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015

KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
HARI GANTI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015  


Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memutuskan penangguhan sesi awal persekolahan bagi tahun 2015 akibat bencana banjir yang melanda negara menerusi Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 24 Tahun 2014; Penangguhan Tarikh Mula Sesi Persekolahan Tahun 2015; bertarikh 29 Disember 2014. Penangguhan ini dibuat setelah mengambilkira;

a. Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai Pusat Penempatan Sementara (PPS) atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan
b. keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.  

KPM ingin menegaskan bahawa tarikh bagi hari-hari penangguhan persekolahan akibat banjir seperti terkandung dalam surat siaran tersebut adalah tidak perlu diganti kerana bukan dianggap sebagai cuti. Tempoh tersebut bermaksud tempoh pemulihan kepada semua pihak akibat bencana banjir dan dianggap sebagai hari bekerja. Pihak KPM berharap dengan penjelasan ini dapat menyelesaikan kekeliruan yang timbul  dalam kalangan pentadbir sekolah, guru-guru dan ibu bapa.  

Terima kasih.    

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia    
6 Ogos 2015


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Sabtu, 3 Januari 2015

KENYATAAN MEDIA KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA MENGENAI PEMALSUAN BERITA MENGENAI PENANGGUHAN SESI PERSEKOLAHAN

KENYATAAN MEDIA KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA MENGENAI PEMALSUAN BERITA MENGENAI PENANGGUHAN SESI PERSEKOLAHAN