Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Yang di-Pertuan Agong ke-15

Sultan Muhammad V, Sultan Kelantan, dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15

Imej
Sultan Muhammad V, Sultan Kelantan, dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15 oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-243 (Khas) di Istana Negara di sini hari ini. Menurut kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad, pelantikan itu berkuat kuasa 13 Dis ini untuk tempoh lima tahun. Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pula dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama. Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja itu dihadiri semua Raja dan dipengerusikan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail. Ini kali kedua Sultan Kelantan dipilih sebagai Yang di- Pertuan Agong. Sebelum ini nenda Sultan Muhammad V, Almarhum Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong keenam bermula 21 Sept 1975 hingga 29 Mac 1979. Sultan Muhammad V yang kini merupakan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang akan tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertu