Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel banjir

Talian Panel Insurans bagi tujuan Tuntutan Insurans Bencana Alam

Imej
Talian Panel Insurans bagi tujuan Tuntutan Insurans Bencana Alam. TUNTUTAN INSURANS BENCANA ALAM PINJAMAN PERUMAHAN PERBENDAHARAAN MALAYSIA BAGI MANGSA BANJIR DI TERENGGANU, PAHANG DAN JOHOR Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia (BPP) menasihatkan mangsa banjir di Terengganu, Pahang dan Johor yang merupakan penjawat awam yang ada pinjaman perumahan Perbendaharaan supaya mengemukakan tuntutan insurans bencana alam dari panel insurans masing-masing. Tuntutan insurans boleh meliputi perkara berikut: Kerosakan struktur bangunan (seperti dinding, lantai, atap, siling dan sebagainya) Pecah rumah dengan tujuan mencuri semasa kejadian banjir Tangki air pecah Kecederaan orang awam (pihak ketiga) akibat kemalangan di dalam rumah Perbelanjaan hotel atau rumah sewa dalam tempoh baik pulih yang tidak dapat didiami Mangsa boleh membuat tuntutan dengan menghubungi syarikat insurans/takaful yang sedia memberikan perkhidmatan masing-masing. Sehubungan itu, BPP berha

Banjir: Penjawat Awam Digesa Kemuka Tuntutan Insurans Bencana Alam

Imej
Banjir: Penjawat Awam Digesa Kemuka Tuntutan Insurans Bencana Alam Ini ada berita yang baik untuk semua penjawat awam yang menjadi mangsa banjir baru-baru ini. Yang berkaitan boleh semak berita ini. Banjir: Penjawat Awam Digesa Kemuka Tuntutan Insurans Bencana Alam KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Mangsa banjir di Terengganu, Pahang dan Johor terdiri daripada penjawat awam yang mempunyai akaun pinjaman perumahan Perbendaharaan, dinasihat mengemukakan tuntutan insurans bencana alam daripada panel insurans masing-masing. Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini berkata tuntutan insurans itu boleh meliputi kerosakan struktur bangunan seperti dinding, lantai, atap, siling dan sebagainya selain kejadian pecah rumah dengan tujuan mencuri semasa kejadian banjir. Ia turut merangkumi tangki air pecah, kecederaan orang awam atau pihak ketiga akibat kemalangan di dalam rumah, serta perbelanjaan hotel atau rumah sewa dalam tempoh baik pulih kediaman. Kenyataan itu berkata Bahagia

MISI KEMANUSIAAN BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR DISEMBER 2013 BAGI PEMBUKAAN AWAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2014

Imej
MISI KEMANUSIAAN BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR DISEMBER 2013 BAGI PEMBUKAAN AWAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2014 Lokasi : Daerah Temerloh dan Kuantan, PAHANG 30/12/2013 - SRA AL-TAQWA, SK TELUK IRA, SK GUAI & SK CHARUK PUTTING  31/12/2013 - SK PERMATANG BADAK & SK TANAH PUTIH Pasukan yang terlibat memberi bantuan 1. GM1M : terdiri daripada Guru Muda 1Malaysia 2. Smart Support Team (SST-MOE)  3. Badan Kebajikan Staf (BKS/BPSH-KPM)

Banjir melanda Johor, Terengganu dan Pahang

Imej
Banjir melanda Johor, Terengganu dan Pahang. Sejak petang semalam hujan lebat sungguh kat JB. Risau tul. Kebetulan ada urusan di Skudai. Air bertakung toksah cerita la kan. Pagi ni, masih lagi hujan. Dengar berita dah tiga negeri kena. Johor aje dah 5 ribu mangsa dengan Mersing paling terjejas teruk. Harap semua berhati-hati dan berjaga-jaga lam keadaan sekarang ni. Sent via Samsung Mobile

Perghhh

Imej
Sekali masa balik air naik la pulak kat lima kedai. Aku main redah jer. Ingatkan dah lepas. Rupanya ada setakung lagi, dan lebih dalam lagi. Sib baik ada longgokan batu kat sebelah tepi. Belasah ja naik ikut situ. Alhamdulillah lepas aku ke seberang. Nengok keter dah berderet dari gelang patah. Bayangkan dari lima kedai sampai ke perumahan rakyat iskandar. Sib baik aku dari skudai. ^_^ Terbaeekkk!!!! by mknace Posted via Blogaway

Alhamdulillah.

Imej
Gambar ni aku amik sebelum aku cuti raya cina hari selasa lepas Alhamdulillah. Semua pusat pemindahan di Johor Bahru dah pun berjaya ditutup. Semua penduduk pun dah mula balik ke rumah masing-masing. Dah dapat nengok la balik keadaan rumah memasing, bersihkan rumah semua. Harap-harap tempat lain pun beransur pulih hendaknya. Ni masa aku gi melawat pusat pemindahan banjir selasa lepas. Kebetulan pagi tu aku yang bertugas. So pergi la jengok keadaan di dua pusat bawah sekolah. Alhamdulillah. Dedua kawasan dah boleh clear dah pun sebelum tengahari tu. Cuma di dewan majlis ja belum lagi. Leh tahan la kawasan kampung laut tu. Apapun, doakan yang terbaik untuk semua. ps : takyah la nak letak semua gambo kan. biar la kekal lam simpanan aku ja Enjoice...Sharing is power!!!

Pabila masa mula memecut

Imej
Foto dikopi dari deviantart Alhamdulillah. Akhirnya petang semalam boleh dikatakan kebanyakan pusat pemindahan banjir di Johor Bahru mula ditutup. Untuk sekolah yang dijadikan pusat, semua sudah ditutup; terakhir pukul 1 petang semalam. Baru dapat tarik nafas lega sikit. Bermula malam Ahad tu lagi, Bukit Mutiara, Kampung Laut dah mula naik air. Kawasan jajahan aku pulak air dah mula naik, tapi alhamdulillah; tengahari senin lagi air dah mula surut semula. Risau jugak kan. Tu pun bilik gerakan kitaorang dah mula sibuk sejak senin. 2 pusat dibuka membabitkan lebih 650 mangsa. Petang senin tu jugak aku setelkan sistem online untuk hapdet kedudukan terkini pusat pemindahan. Pagi semalam memang turn aku untuk bertugas memantau keadaan banjir. Dedua pusat bawah jajahan aku jelajah. Alhamdulillah. Dedua pun dah boleh ditutup. Air pun dah mula surut, matahari pun dah keluar. Macam ustaz kat gelang patah cakap aku semalam, masa aku tinjau keadaan kat kampung pulai; dah mula surut dah ni.