Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PENCARIAN

UJIAN UKM1 2022 - Pencarian Murid Pintar & Berbakat

Imej
UJIAN UKM1 2022 - Pencarian Murid Pintar & Berbakat. Program ini mengenalpasti seramai mungkin pelajar-pelajar pintar intelek semulajadi di Malaysia melalui beberapa siri ujian untuk membolehkan pelajar-pelajar pintar ini dicungkil dan dikembangkan bakat akademik melalui program-program yang ditawarkan oleh pusat ini. Terdapat pelajar pintar intelek semulajadi ini, yang tidak mencapai kejayaaan cemerlang dalam akademik di sekolah. Justeru, semua pelajar perlu diberi peluang untuk menyertai ujian asas iaitu Ujian UKM1 yang diadakan secara dalam talian (online) bermula 1 Februari hingga 31 Mei setiap tahun. Ujian UKM1 boleh diakses melalui pautan berikut: http://ukm1.permatapintar.ukm.my/ Terdapat juga pelajar yang semakin meningkat pencapaian dalam ujian ini setiap tahun mengikut kematangan berfikir mereka, walaupun pada tahun-tahun sebelumnya tidak terpilih ke ujian peringkat seterusnya iaitu UKM2 atau tidak terpilih ke program-program yang disediakan. Dengan itu, pelajar-pelajar j

PROGRAM PENCARIAN PELAJAR PINTAR DAN BERBAKAT SARINGAN PERINGKAT PERTAMA UKM1

Imej
PROGRAM PENCARIAN PELAJAR PINTAR DAN BERBAKAT SARINGAN PERINGKAT PERTAMA UKM1. Kementerian Pendidikan Malaysia sedang mengadakan pencarian pelajar pintar dan berbakat melalui saringan peringkat pertama yang dinamakan ujian UKM1 secara dalam talian dan terbuka kepada seluruh murid di Malaysia yang berumur 8 hingga 15 tahun. Ujian ini telah pun dibuka mulai 7 Januari sehingga 31 Mei 2019. Pelajar-pelajar yang berjaya melalui ujian UKM1 ini akan melalui saringan seterusnya iaitu ujian UKM2 dan UKM3 serta perlu melalui Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS) yang dijalankan sewaktu cuti penggal terakhir persekolahan sebelum ditawarkan tempat di Kolej PERMATApintar atau Kolej PERMATA Insan. Maklumat lanjut berkenaan program pencarian ini, sila hubungi nombor 03-8921 7533 atau layari http://ukm1.permatapintar.edu.my/ . --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬