Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2019

Jenjalan Cari Makan : Restoran Lobstam

Imej
Jenjalan Cari Makan : Restoran Lobstam. Balik dari Batu Pahat, mama ajak keluar jap. Kebetulan ada kat area ni, memang amik keputusan untuk singgah try. Suasana memang kondusif. Retro gitu. Dia dah siapkan pakej ikut set. Order aje set yang tersedia. Boleh tahan juga rasa dia. Tomyam seafood sangat meriah dan penuh dengan hasil laut. Lala sambal power. Siakap pun ngam. Mama paksa aku jamah siakap ni. Memang boleh return lagi. Terbaeekkk!!!!

Jenjalan Cari Makan : Nasi Ganja Selatan

Imej
Jenjalan Cari Makan : Nasi Ganja Selatan. Sempat singgah lunch jap kat sini. Kebetulan berada berdekatan dengan lokasi Jelajah Pendidikan KPM di Johor kelak. Bersama dengan team UKK. Sambil makan, sambil bincang strategi dan pengisian nanti. Aku pilih untuk makan daging kali ni. Nak kata superb tu idak sampai lagi, tapi pada aku ok la. Boleh la singgah sini kalau ke Batu Pahat.

Mesyuarat Program Jelajah Pendidikan dan Cakna Pendidikan @ PPD Batu Pahat

Imej
Mesyuarat Program Jelajah Pendidikan dan Cakna Pendidikan @ PPD Batu Pahat. Hari ni ke Batu Pahat untuk penyelarasan berkaitan program ni. Taklimat penyelarasan tugas dan semakan lokasi dilaksanakan sekali. Hmmm. Kena pergi Ipoh juga untuk lawatan benchmark program pertama Sabtu ni. Banyak nak kena belajo ni. Harap yang terbaeekkk!!!!

Setting up the new workplace

Imej
Setting up the new workplace. Nyambil-nyambil. Bab whiteboard tu nak dialih ke lokasi lain. Aku amik yang lagi beso. 4 kefungsian yang masih perlu dimurnikan. Snap supaya mudah urusan peralihan nanti. Kakaka. Bilik bengkel. Ni yang paling utama lepas ni. Banyak kena guna lepas ni dalam memastikan kolaborasi antara sektor berjalan dengan lancar. Done on paparan. Kabel LCD macam kena tambahbaik. Next is bengkel fokus on minggu kedua. Proses kerja semua dah bertukar. Harap yang terbaeekkk!!!!  

Penyaman udara DAIKIN FTV50P 2.0HP R32 NON INVERTER

Imej
Penyaman udara DAIKIN FTV50P 2.0HP R32 NON INVERTER. Ekoran cuaca yang semakin panas ditambah dengan jerebu, nak tak nak kami mulakan siri jelajah cari penyaman udara yang bersesuaian. Cari punya cari akhirnya kami pilih daikin setelah berpuas hati dengan penerangan yang diberikan. 3 tempat jugak kami meronda. Yang last memang kontraktor pemasangan. Sesuai dengan harga kami teruskan. Selesai pemasangan penyaman udara. Dua lokasi. Dua-dua 2.0HP sesuai dengan keluasan bilik. Hmmm... Ternanti-nanti nampaknya bil elektrik bulan ni.

Sekolah Tun Fatimah : 20190928 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20190928 Lawatan Hujung Minggu. Singgah jap STF. Snap snap.

Kampung Kambing : Nasi Goreng Kampung Kambing Grill

Imej
Kampung Kambing : Nasi Goreng Kampung Kambing Grill. Nganto inaz ke sekolah agama cam biasa. Balik. Singgah medan selera iskandar. Tapaukan nasi kukus ayam untuk iqa. Singgah jap ke Kampung Kambing. Teruja pulak kes nengokkan nasi goreng kampung kambing grill semalam. Hari ni memang aku nak makan. Mama order nasi goreng tomyam. Memang terbaeekkk!!!! Sampai seminggu terasa kesedapan tu. Serius beb! Nak kena return lagi ni.

N95 Respirator Mask : The arrival

Imej
N95 Respirator Mask : The arrival. Ni la masalahnya orang shopee ni. Semua benda order online aje. Sekali dua aku order. Beli yang biasa dulu. Pastu, sebab rasa lambat lagi nak sampai beli yang color biru pulak. Sekali sampai dedua sama. Terus la kami jadi kamen rider zero one jap. Wakakaka. Rasa ada kebudaks ni nak pakai gi sekolah? Harus sampai tido pun dia pakai. Sambil mulut dok sebut henshin. Kakaka.

Leman Miko : Gemok Gediks

Imej
Leman Miko : Gemok Gediks. Dah la gemuk, gediks pulak tu. Inaz siap kata abah cam dukung baby je bila aku pegang leman ni. Dah pandai telentang terkangkang. Haiisshhh.

Bazar Anjung Nusajaya : A quick stroll

Imej
Bazar Anjung Nusajaya : A quick stroll. Belanja bulan jap kat Mydin. Keluar. Terasa nak meronda area bazar. Lama tak singgah sini. Leh tahan. Banyak pulak menapau hari ni. Sementara mama ke Watson sambung lepak kat cafe. Pekena mango cam biasa. Sampai mama, terus sambung ngan kacang pool. Pergghhhh... Layan beb.

Spa Bekam Ar Rayyan Johor Bahru : A trip with mama

Imej
Spa Bekam Ar Rayyan Johor Bahru : A trip with mama. Dari mula aku nak bawa mama sekali. Tapi. Cam biasa. Takut. Ngeri. Semua bercampur baur. Sama macam aku memula nak berbekam dulu. Sekali. Tuan punya badan sendiri yang offer nak try. Apa lagi. Khamis dah siap booking. Selesai kelas tambahan, kami terus gerak ke sini. Terus buat fullbody untuk dua-dua. Memang best. Mama pun ok. Tempat dia, perkhidmatan dia. Memang terbaeekkk!!!! Pasni leh return lagi.

Exercise

Imej
Exercise. Dah jadi rutin pulak setiap pagi jemaat. Pam kolam kebudaks ni. Pagi ni nak kat luar semula. Sempat Leman ngendeng tepi kolam nengok aku exercise lengan tau. Tolak masuk sekali baru dia tau. Kakaka. macam biasa. Pam separuh terus isi air. Cepat sikit kebudaks ni dapat bergumbira dalam tu. Kena la jadi lifeguard sekali kan pastu.

Sekolah Menengah Kebangsaan Nusajaya : 20190927 Kelas Tambahan Matematik

Imej
Sekolah Menengah Kebangsaan Nusajaya : 20190927 Kelas Tambahan Matematik. Macam biasa. Pepagi dah sarap kat warung sebelah shell. Mama ada kelas tambahan Matematik dengan kebudaks dia pagi ni. Lama aku tak makan kat sini. Roti canai sama nasi lemak. Kuah memang power. Siap tapau nasi lemak sikit wak balik. Setel baru nganto mama ke sekolah untuk kelas tambahan dia. All the best pada semua.

Work Mode : Onz!

Imej
Work Mode : Onz! Sama macam bateri yang akhirnya dapat aku tukar, kini tiba masanya untuk mula bergerak di bawah sektor baharu, Perancangan. Akses pun semua dah OK. Semak fungsi bersama dengan pegawai seliaan. Memang sangat mencabar. Aku ada lima fungsi. Tiga sudah, tinggal dua lagi ja yang masih belum diperhalusi bersama. Harap dapat dimurnikan bersama Ahad ni. Minggu ni memang penuh dengan aktiviti. Banyak yang terlepas pun amik gambonya dek gara-gara menumpu penuh pada sesi perbincangan. Mana yang ada share, adalah. Sibuk dengan data. Perbincangan awal dengan Mus memang membuka banyak ruang penambahbaikan dan kefahaman baharu. Memang cabaran besar dalam memastikan paparan dashboard yang sama dari sumber-sumber yang berbeza. Sempat meraikan Cik Mahfuzah yang bertandang. Cuma masa tu penumpuan aku memang ke arah penambahbaikan dashboard. Fokus lebih pada data. Lupa pasal Stew kambing yang Mus bawak. Kenoneng kepala aku lepas makan tengah hari tu. Esoknya sambung lagi dengan penurun

Tadika KEMAS Wawasan : Lawatan Sambil Belajar @ UK Agro Farm

Imej
Tadika KEMAS Wawasan : Lawatan Sambil Belajar @ UK Agro Farm. Sakan ici hari ni. Dari awal subuh dah petah bercerita benda yang bakal dibuat. Yang lainnya sentiasa diupdate cikgu tadika dia setiap masa. Suka dia masa amik balik tadi. Cerita pasal kambing. Cerita pasal rusa. Best!

Perhimpunan Bulanan JPN Johor bil.9/2019

Imej
Perhimpunan Bulanan JPN Johor bil.9/2019. Perhimpunan kali ni diurusetiakan oleh Sektor Pengurusan Maklumat. Tahniah. Walau dengan bilangan yang kurang tanpa kami, perhimpunan berlangsung dengan lancar. Siap kami yang dah bertukar ke sektor lain pun dapat penghargaan gitu. Terharu. Terima kasih pada team SPM, tak kira yang lama atau baharu. Anda memang terbaeekkk!!!!

Petrol Routine for Almera

Imej
Petrol Routine for Almera. Last isi 7 September. Isi semula on 22 September. Petronas Nusa Perintis. Hasil RM67.79 for 382.7 km melibatkan 32.59 l minyak.

Petrol Routine for Livina

Imej
Petrol Routine for Livina. Last isi 5 September 2019. Isi semula on 22 September 2019. Petronas Nusa Perintis. RM79.87, 38.401 liter bawak ke 494.9 km.

Pengambilan Guru Interim Di Sekolah Kebangsaan Dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2020

Imej
Pengambilan Guru Interim Di Sekolah Kebangsaan Dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2020. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk menjadi Guru Interim seperti keterangan berikut : (i) Sekolah Kebangsaan bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah serta Pendidikan Jasmani dan Kesihatan; dan (ii) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Reka Bentuk dan Teknologi. Permohonan Online dibuka bermula jam 1.00 tengahari 23 September 2019 sehingga jam 11.59 malam 30 September 2019. Iklan pengambilan :  http://ipgmkpm.net/GI2020/iklan_interim_feb2020.PDF Keterangan lanjut :  https://pismp.moe.gov.my/myUMUM/ --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#

Sekolah Tun Fatimah : 20190920 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20190920 Lawatan Hujung Minggu. Lawatan biasa. Sempat singgah UDA tapau pizza an-nur dulu. Sambil borak sambil makan pizza. Sedap.

Sekolah Agama Gelang Patah : Program Teknik Menjawab Soalan SDEA/SDKA

Imej
Sekolah Agama Gelang Patah : Program Teknik Menjawab Soalan SDEA/SDKA. Minggu ni gi sekolah hari jemaat untuk program ni. Program dari jam 8.00 sampai 11.45 pagi. Puas la snap snap sambil nunggu masa pergi dan balik.

Enjoying the water

Imej
Enjoying the water. Pepagi jemaat lagi dah mula exercise. Pasni leh cuma masuk pertandingan mr lengan. Kakaka. Setel bawah ja air dah mula dimasukkan. Cepat sikit penuh kan. Setel pam. Terus kecebur. Pergghhhh. Gi keluar pendas dan amik angah. Balik nengok deme sambung lagi berbaju lain pulak. Maknanya dah kali kedua tu. Selesai jemaat, dengan seluar semayang deme terojun. Layan aje la. Memang pantang tul nampak air.

Pendas Laut Fresh Market

Imej
Pendas Laut Fresh Market. Lepak-lepak santai jap pagi jemaat. Banyak pulak ikan idaman pagi ni. Sakan mama membeli. Layan.

Bulan Sukan Negara 2019

Imej
Bulan Sukan Negara 2019. Oktober Bulan Sukan Negara 2019. Bulan Sukan Negara adalah suatu kempen dari Kementerian Belia & Sukan (KBS) bagi menggalakkan aktiviti bersukan kepada rakyat Malaysia. BSN 2019 akan dilancarkan pada 1hb Oktober 2019 di Kuala Lumpur. Objektif Bulan Sukan Negara adalah untuk : 1. Membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat 2. Memupuk semangat sukan 3. Membangunkan ekonomi negara 4. Meningkatkan pengetahuan sukan 5. Pengiktirafan kepada rakyat Beberapa agensi kementerian, swasta, NGO serta persatuan-persatuan turut serta bakal menganjurkan acara-acara diperingkat masing-masing seperti acara olahraga & padang, briskwalk 5km, senamrobik, zumba, senitari, sepakraga dan berbagai lagi. Semua golongan masyarakat, keluarga & kanak-kanak, wanita, belia, warga emas, serta OKU disasarkan untuk turut serta. Sasaran Aktiviti 1. 5 jam penyertaan 2. 3M – Mudah, Murah, Menarik 3. Semua bentuk pergerakan fizikal (aktiviti sukan, kecergasan dan rekre

Leman Miko : 20190919 Lepaks

Imej
Leman Miko : 20190919 Lepaks. Balik rumah sebelah petang. nengok aweks berderet luo pintu. Nak tunggu abam ensem gemuk keluo la tu. Hahaha. Dah. Gi main jejauh sana. Abam ensem gemuk nak lepak ngan Ici dulu. Ici memang sentiasa geram ngan si Leman ni. Boyot. Dihendapnya. Diseretnya ke sana ke sini. Layan aje si Leman tu.

Akses

Imej
Akses. Masalah paling beso aku adalah network. Mana-mana aku gi mesti ada line. Kalau takde leh jiwa kacau. Semua kerja dah online. Masak kalau takde line. Masuk opis baharu, line tak berapa bagus. Must done something. Sementara nak nunggu akses dilebarkan aku merayau ke shopee. Jumpa wifi repeater ni. Terus order. Seminggu baru sampai. Seminggu jugak tak keruan kerja. Banyak kena pakai line sendiri. Tapi paling masalah bila nak print. Nak tak nak memang kena solve segera. Test kat umah dulu. Terbaeekkk!!!! Sampai opis terus wat configuration. Selesai masalah. Leh tahan jugak ya hotspot yang dibuka. Kekeke.

Get Well Soon Cikgu Julnizam

Imej
Get Well Soon Cikgu Julnizam. Masa lunch keluar jap ke hospital. KPJ Johor Specialist. Konon nak buat surprise. Sekali check nama kat lobi, dah takde. Dah discaj kata nurse situ. Nak tak nak call dia. Masih kat bilik. Memang dah discaj tapi dalam proses nak gerak keluar. Dah susut abis badan dia. Sempat la duduk borak bertanya khabar jap. Semoga dipermudah olehNya dan cepat sembuh. Banyakkan berehat kat rumah lepas ni ye.

Sekolah Tun Fatimah : 20190916 Outing F4

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20190916 Outing F4. Bawak iqa outing cari kelengkapan. Ronda Bandar Baru Uda. Tapau food and lepak jap depan Jakel nunggu. Jumpa rakan lama. Sempat la borak-borak jap situ.

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2019

Imej
Selamat Menyambut Hari Malaysia 2019 kepada semua pengunjung blog. Sesungguhnya, keharmonian dan kesejahteraan yang di kecapi sejak sekian lama wajar dipelihara dan dikekalkan agar dapat terus dikecapi oleh generasi akan datang. Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia. Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Garmin Nuvi 205 : Updating the old trusted device

Imej
Garmin Nuvi 205 : Updating the old trusted device. Biasanya. Dedulu aku akan update setiap bulan. Yes. Seriously. Masuk forum  http://www.malfreemaps.com . Download latest map. Convert. Dan update map kat device. Lama aku tak sentuh device ni. Bila dah pindah sektor baharu ni tetiba rasa nak on semula. Last update. 2014. Lama dah. Lepas tu aku banyak berinteraksi di team editor waze. Yang mana lepas tu pulak aku terus aktif sebagai google local guide. So. Masa untuk gatai jap ngan garmin. Search for map kat  http://www.malsingmaps.com  pulak. Kena tunggu approve dulu. Apa pun. Boleh update kat  https://www.garmin.com.my/mapupdate/ . Tu pun. 2016 yang paling latest. Tak kisah la. Nanti kita on semula carian map. Chaiyok!

Merayau Johor Bahru

Imej
Merayau Johor Bahru. Seharian juga meronda. Gi McDonald dulu sebab ada pesanan khas untuk ayam extra pedas. Selalunya kena tunggu 30 minit. Cuma pagi ni nasib menyebelahi. Dalam 10 minit gitu dah setel semua. TQ adik McD yang gigih melayan kami pagi ini. So. Masa yang lebih kita sambung merayap ke Dataran Larkin. Ada kedai yang perlu dilawati. Kekeke. Leh tahan gumbira mama kat sini. Aku sambung lepak lam kereta aje la pasal memang takde tempat nak duduk pun kat situ. Selesai sesi melawat iqa terus singgah jap Aeon Bukit Indah. Sambung merayap sikit. Kedai Bata. Aeon. Setel. Cari barang yang perlu aje. Rasa macam dok melancong kat Taiwan pun ada. Kekeke. Yang lelain kita singgah Mydin on the way back. Sempat la nengok team Best104 edar goodies. Last but not least. Medan Selera Iskandar. Ada benda best nak test.

Sekolah Tun Fatimah : 20190914 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20190914 Lawatan Hujung Minggu. Singgah jap waktu rehat program Tabayyun. Borak simple je sambil makan McD Extra Pedas 3x. Layan.

Pendas Laut Getaway : 20190914 Paktikal

Imej
Pendas Laut Getaway : 20190914 Paktikal. Return semula sebab semalamnya kami dah lewat. Langit a bit mendung. Bawak payung keluar sekali sebagai langkah berjaga. Banyak kebudaks bertagging pulak pagi ni. Rupanya. Budak sekolah praktikal mandarin kat sini. Bagus jugak. Pengalaman terus berinteraksi dengan pelanggan. Baru satu gerai hujan mula turun. Sib baik bawak payung kan. So. Dapat la berjalan terus tanpa was was. Lama tak jalan cenggini kan. Kalau tak dipikirkan pasal hujan harus aku hulur tangan lebih jauh untuk wefie yang lebih cun. Kekeke. Layan aje la.

Leman Miko : Tensen

Imej
Leman Miko : Tensen. Mama tak kasi kuar malam ni. Baru ingat nak jenjalan ngan marka. Sekali abah ajak layan bola pulak. Kedah lawan Ganu. Haisshhhh. Menyirap ja hati ni. Stresss beb!

Lewat

Imej
Lewat. Lewat bebeno meronda hari ni. Dah rembang dah pun baru sampai. Banyak yang dicari dah abis pun. Huhuhu. Kena return balik ni. Balik. Singgah jap beli telur kat Sri Dista. Sementara masih mencari yang muslim, kita beli dulu dari pekerja muslim pun ok la kot. Carian diteruskan. Lobstam sebelah ni tak tau lagi bila dapat gi nak ngetest. Malam ni nak layan bola ngan Leman.

A whole new week

Imej
A whole new week. Minggu ni agak mencabar. Perubahan fungsi yang dah bermula kemeriahannya. Dah mula ke Kota Iskandar. Menarik. Dan terjawab sudah definisi yang selama ini aku cari. Minggu ni juga tugas pemangkuan selesai. Pengganti yang ditunggu telah tiba. Nota serah tugas dan sesi taklimat berkaitan bidang tugas selesai. Cap baharu pun dah sampai. Banding balik dengan cap lama aku yang aku pakai sesekali aje. Hahaha. Cari yang lebih mudah dibawa. Nak buat camne. Nama aje dah lagi panjang dari nama sektor yang sedia maklum antara yang terpanjang. Camner gamaknya kebudaks tu nanti yang rata-rata nama deme kurang 2 huruf je dari aku ni. Last day berkesempatan duduk dalam mesyuarat yang bakal beralih keurusetiaan. Jumpa pulak rakan-rakan baharu dengan fungsi baharu. Fuhhh... Mencabar ni.

Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang Di-Pertuan Agong XVI 2019

Imej
Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang Di-Pertuan Agong XVI 2019. Daulat Tuanku! --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Permohonan Secara Online Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1 & 4 2020

Imej
Permohonan Secara Online Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1 & 4 2020. Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik, inovatif dan berintegriti. MARA mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Permohonan secara online bagi Tingkatan 1 dan 4 dibuka mulai 8 September 2019 hingga 30 November 2019. Calon yang berminat dinasihatkan untuk membuat permohonan awal tanpa menunggu keputusan peperiksaan UPSR dan PT3. Maklumat Program MRSM Program IGCSE International Baccalaureate – Middle Year Programme (IBMYP) Prog

Meronda Sabtu

Imej
Meronda Sabtu. Puas hati meronda hari ni. Balik leh tertido depan PC. Haisshhh. Mulakan pagi dengan nganto angah ke sekolah agama. Hari ni ada ujian lisan dan bacaan al-quran SDKA. All the best pada angah. Call tengah hari dia kata alhamdulillah. Semua OK. Singgah sarap jap kat Mak Ani Selera Timur. Cuma pagi ni kita makan roti canai aje. Leh tahan jugak. Masa keluar baru perasan burung yang reramai atas kabel tadi nak tunggu makan rupernyer. Syiok jugak layan ni. Nganto mama ke sekolah untuk kelas tambahan dia ngan kebudaks. Sempat snap sana sinun on the way back. Singgah Pendas cari lauk sikit sebelum gerak ke UDA. Tapau food dan cari beberapa barangan keluaran muslim yang aku dah survey sebelum ni. Singgah STF dan sambung selesaikan carian barangan selepas tu. Sampai rumah. Zzzzz... Penat weh.

Petrol Routine for Almera

Imej
Petrol Routine for Almera. Last isi 21 Ogos. Isi semula on 7 September. Petronas Jalan Tun Razak. Hasil RM74.03 for 366.0 km melibatkan 35.59 l minyak. 18 hari.

Rebut Kawasan

Imej
Rebut Kawasan. Ada jantan baharu nak try kawasan ni. Sejak Sitam Dol dan Abah Cinet dah takde sini, tetiba muncul generasi baharu kucen di sini. Si belang tu aku panggil Sentil, sambil gaduh ka, lepak ka, lidah harus tersentil. Si putih tu aku sebut Ceding. Pasal kuruih bebeno. Tengok la berapa lama dapat jarah kawasan ni. Kakaka. Tau pulak si Leman sembunyi.

Leman Miko : 20190907 Merayap pagi

Imej
Leman Miko : 20190907 Merayap pagi. Pantang buka pintu, buka tingkap. Meleru keluar. Cari Phatah dulu. Kalau takde. Meronda keliling rumah. Cium sana sini. Takyah cuba tangkap dia. For sure makin jauh dia lari. Kakaka.

KAJI SELIDIK MAKLUM BALAS BAGI BELANJAWAN JOHOR 2020

Imej
KAJI SELIDIK MAKLUM BALAS BAGI BELANJAWAN JOHOR 2020. Kerajaan Negeri Johor sedang dalam proses penyediaan dokumen Belanjawan Johor 2020. Belanjawan ini akan memacu Johor untuk menjadi antara negeri yang terbaik dalam Malaysia. Berikut merupakan enam (6) Segmen bagi perancangan Belanjawan Johor 2020 :- 1. Kesejahteraan Rakyat 2. Kemampanan Ekonomi 3. Alam Sekitar 4. Pendidikan & Modal Insan 5. Urustadbir Cekap & Berintegriti 6.     Infrastruktur Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri Johor amat menghargai pandangan daripada rakyat di dalam usaha menyediakan dokumen ini, bagi memastikan ianya dapat memenuhi aspirasi dan keperluan semasa rakyat, selain memastikan pertumbuhan ekonomi yang dinamik, mampan dan komprehensif. Klik pautan berikut untuk menyertai kaji selidik ini : http://bit.do/KajiSelidikBelanjawanJohor2020 Muafakat itu berkat --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬

Majlis Pelancaran Tabung Penyelenggaraan Sekolah Kerajaan dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam

Imej
Majlis Pelancaran Tabung Penyelenggaraan Sekolah Kerajaan dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam. Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Tabung Penyelenggaraan Sekolah Kerajaan Dan lnstitusi Pendidikan Tinggi Awam (Tabung) untuk membiayai kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan Sekolah Kerajaan dan lnstitusi Pendidikan Tinggi Awam. Tabung yang diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Aset, Kementerian Pendidikan Malaysia ini menerima wang sumbangan daripada syarikat swasta, badan berkanun, orang awam, persatuan, pertubuhan tempatan atau antarabangsa dan agensi-agensi yang tidak dibiayai oleh Kerajaan Malaysia untuk bersama-sama Kerajaan dalam menjaga dan menyelenggara bangunan dan infrastruktur Sekolah Kerajaan dan lnstitusi Pendidikan Tinggi Awam. Sumbangan kepada Tabung layak mendapat pengecualian cukai pendapatan di bawah Subseksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1967. Kementerian Pendidikan Malaysia akan menganjurkan Majlis Pelancaran Tabung Penyelenggaraan Sekolah Kerajaan Dan lnstitusi Pe

Majlis Penghargaan Pelajar Praktikal SPMICT 2019 : Najwa, Izzudin, Hairi dan Aiman

Imej
Majlis Penghargaan Pelajar Praktikal SPMICT 2019 : Najwa, Izzudin, Hairi dan Aiman. Hari ni last day deme berempat kat SPMICT. Ada sedikit majlis ringkas penyampaian sijil dan surat penghargaan atas sumbangan yang diberikan sepanjang berada di JPN Johor. Kami kami aje. Aku pun masuk lambat sebab terlibat dengan mesyuarat sektor perancangan. Maybe majlis last aku bersama SPMICT. Good luck pada semua! Semoga apa yang dipelajari sepanjang bersama kami di sini dapat dipraktikkan dengan sebaiknya ketika di alam pekerjaan sebenar kelak.

Mesyuarat kali pertama Perancangan dan Pengurusan PPD JPN Johor

Imej
Mesyuarat kali pertama Perancangan dan Pengurusan PPD JPN Johor. Alhamdulillah. Semua dah dapat berkumpul bersama dalam satu sektor yang baharu. Memang berat tanggungjawab yang diberikan. Semoga semuanya akan dapat bekerjasama dalam memastikan pelaksanaan kefungsian yang dipertanggungjawabkan berjalan lancar. InsyaAllah.

Petrol Routine for Livina

Imej
Petrol Routine for Livina. Masuk dua sekali. Kengkonon nak buat testing 10 liter 97 dan 95 ada beza tak memandangkan aku pengguna biasa bandar. Tapi. Masuk ja kempen #BMF terus malas nak teruskan. Last isi 22 Ogos. Isi semula on 2 September 2019. Shell Jalan Tun Razak. RM25.18, 10 liter bawak ke 121.5 km. Pastu terus isi penuh kat Petronas Nusa Perintis. Isi semula on 5 September 2019. Tapi. Rasanya macam tak berbaloi la pulak 97 tadi. Mau 4 kali isi kalau ikut kebiasaan pemanduan aku. Sangat tak berbaloi. Kuasa pun cam sama ja dengan 95.

Moving Forward

Imej
Moving Forward. Minggu ni dihabiskan untuk setting tempat baharu. Sesambil menyemak fungsi dan tugas baharu. Semua dah berubah. First time sejak kerja berubah keluar dari IT. Hope for the best. Banyak perkara perlu disemak dan diubah.

Sekolah Tun Fatimah : 20190901 Back to school

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20190901 Back to school. Jap ja kan cuti merdeka ni.

Melestarikan sekolah dengan Digital Maker Hub (DMH)

Imej
Melestarikan sekolah dengan Digital Maker Hub (DMH). Kementerian Pendidikan Malaysia merancang untuk membangunkan Digital Maker Hub (DMH) di sekolah-sekolah terpilih di seluruh negara. Anda boleh melayari http://portal.moe.edu.my/ untuk membuat permohonan bermula 1 September hingga 20 September 2019 . Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.mydigitalmaker.com/digital-maker-hubs --- #mydigitalmaker #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience