mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label plaza angsana. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label plaza angsana. Papar semua catatan

Isnin, 12 Disember 2016

Back To School Shopping : Part Deux


Back To School Shopping : Part Deux. Masak aku malam ni. Dah tokleh nak tidur. Dah mula la datang balik imsomnia nih. Padahal. Aku nak kata terlelap pun idak hari ni. Sepanjang hari dok menconteng canvas Illustrator aje. Update blog je le gini.

Ni kisah semalam. Singgah ke Plaza Angsana untuk second round. Tinggal Iqi nyer barang aje lagi. Hari tu tersalah beli seluar. Hari ni kasi settle all out pasal baju seragam kebudaks ni semua. Alang alang dah sampai Angsana. Langsung ke Badan. Borong sekali buku rujukan. Setel part dua. Sambung semula kat Baling pulak nanti.

Sabtu, 25 Jun 2016

Plaza Angsana Getaway 20160624


Plaza Angsana Getaway 20160624. Pakat ke Angsana semalam. Alhamdulillah. Dapat la park kat depan Angsana. Masuk je kebetulan ada yang keluar. Mama ngan Iqa terus ke destinasi.
Aku cuba gerak. Hmmm... Tak lama. Lenguh. Penat. Cari port lepak lah. At last aku fikir baik lepak kat medan selera dia. Bukan ada pelanggan sangat bulan bulan puasa cenggini. Maka lepak lah aku depan mee rebus wahid. Dari tak buka lagi, sampai pelanggan dah mula beratur.
Sempat sembang sembang lagi dengan beberapa pelanggan yang tumpang lepak bersama. Balik sempat lepak layan kereta masa mama nak bayar parking. Promosi ramadan katanya. Harga suku juta tu. Perghhh...

Sabtu, 26 Mac 2016

Kasut Baharu @Boot Town, Plaza Angsana

Kasut Baharu @Boot Town, Plaza Angsana

Kasut Baharu @Boot Town, Plaza Angsana. At last berkesempatan jugak beli kasut baharu ganti safety boot aku yang dah lunyai tu. Terpaksa pakai kasut biasa hampir dua minggu, dan memang sangat-sangat tak selesa kaki aku. Maybe sebab aku dah terbiasa pakai safety boot gamaknya. Walau berat, tapi dia memang bagi sokongan padat bagi kaki aku. Ni pun dekat 3 kedai kasut aku merayap. Sampai kat Boot Town baru berkenan. Amik aje ler. Tu pun aku pilih yang low cut sikit. Dah hampir cam kasut biasa. Try dulu. Kalau tak betah, nanti tukar high cut nyer. Tetiba teringat geng-geng lama. Ayat diaorang senang ja. Selagi tak dengo, tak nampak boot tu tau la ko tak sampai lagi. Hahahaha.

Sabtu, 28 November 2015

Al Azhar Registration @Halal Tourism Fair, Plaza Angsana

Al Azhar Registration @Halal Tourism Fair, Plaza Angsana

Al Azhar Registration @Halal Tourism Fair, Plaza Angsana. Sempat menjengah kat sini. Kebetulan pulak. Terus daftar untuk 2016. Lengkap 5 jam kami berada kat sini. Siap makan kat medan selera. Siap berbelanja kat UO Super Grand Sale.

Eating out @Pizza Hut Plaza Angsana

Eating out @Pizza Hut Plaza Angsana

Eating out @Pizza Hut Plaza Angsana. Bagi can deme order sendiri. Berzaman milih. Ehehehe. Dah tu salah order lak tu. Ish ish ish. Order tambah lagi.

Sahara Bowl @Plaza Angsana Getaway

Sahara Bowl @Plaza Angsana Getaway

Sahara Bowl @Plaza Angsana Getaway. Sepetang kat sini bersama iqa dan rakan-rakannya. Layankan aje.

Khamis, 12 November 2015

Plaza Angsana Getaway 20151112

Plaza Angsana Getaway 20151112

Plaza Angsana Getaway 20151112. Hari ni banyak jugak mender yang aku dapat buat. Pagi. Bangun. Cari sarapan jap. Lepak. Tido. Zohor baru bangun. Perghhh... Memang release tul rasa berat kepala nih. Jenjalan jap. Hmmm.. Hari ni tak puasa cam biasa. Lain pulak laponyer. Singgah Angsana. Belanja sakan kat Badan Bookstore. Lepak depan UO. Makan kat mee rebus haji Wahid. Terbaeekkk!!!! Ahh.. Hmmm.. Cam dah lama pulak aku tak release cenggini.

Sabtu, 29 Ogos 2015

Siti Nurhaliza Meet & Greet Album Unplugged @Plaza Angsana, Johor Bahru


Siti Nurhaliza Meet & Greet Album Unplugged @Plaza Angsana, Johor Bahru. Orang sangat la ramainya. Penganjur sampai bagi had untuk sesi selfie. Dan untuk sesi Meet & Greet ni peminat mesti beli something, CD or VCD or DVD. Kami perati je ler dari sebelah pentas tu. Dengan barisan yang panjang. Takpe la. Dapat ambil gambor berdepan pun OK. Cubaan mama cam tak berhasil. Gegar, tak pandang kamera. At last kami gunakan alternatif terbaeekkk!!!! yang ada, ankel baju ungu cum bodyguard CT kat pentas. Respek aaa ankel. Memang terbaeekkk!!!! Mantop!

Edisi Merayau Sabtu @Plaza Angsana, Johor Bahru


Edisi Merayau Sabtu @Plaza Angsana, Johor Bahru. Kisahnya nak mencari tudung, stokin dan kasut sekolah ja untuk kebudaks. Memula ronda around Bandar Baru Uda. Tak kehasil. Terus bulat tekad nak ke Angsana. Masuk ja. Dah memusing cari. Kedai kasut biasa pun dah tutup. Ronda nampak orang ramai. Ada Siti Nurhaliza tuh. Belakang tu perasan la pulak kedai Bata. Setel kasut. Gi hujung pulak untuk tudung. Setel semua terus balik. Penat kaki weh...

Jumaat, 14 Ogos 2015

Santai Minda Cemerlang @Plaza Angsana, SK Taman Nusa Perintis


Santai Minda Cemerlang @Plaza Angsana, SK Taman Nusa Perintis. Program dijalankan pada 12 Ogos Rabu jam 2.00 hingga 6.00 Petang. Semoga pelajar terpilih akan terus berusaha dan berjaya dalam peperiksaan UPSR yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Foto oleh : Cikgu Ruhana

Sabtu, 19 Mei 2012

100,000 Belia Tawan Iskandar Malaysia



Himpunan Belia Iskandar Malaysia Johor 2012 akan diadakan pada 17 hingga 20 Mei ini menyasarkan penyertaan 100,000 belia dari seluruh negeri Johor. Program anjuran bersama kerajaan negeri, Jabatan Belia dan Sukan Johor, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar dan Majlis Belia Negeri itu diadakan sempena Sambutan Hari Belia Negara 2012.



Pelbagai program menarik telah disediakan di beberapa lokasi antaranya di Plaza Angsana, Danga City Mall, Dataran Bandaraya, Kompleks Belia dan Sukan serta Johor Premium Outlet, Kulaijaya sebagai menyahut seruan kerajaan untuk menyediakan platform atau ruang kepada para belia di negeri ini menyertai pelbagai aktiviti berfaedah.



Sebanyak 75 aktiviti daripada 13 segmen telah dirancang bersempena program ini termasuk Karnival Belia Islam Malaysia, Karnival Jom Centre, kem sukarelawan, program menanam pokok, sukan permotoran, pertandingan catur.

Dua rekod dalam Malaysia Book of Records akan cuba dicatat melalui persembahan J.Robikton tanpa henti selama 26 jam yang dikendalikan Persatuan J.Robik negeri dan mengumpul 30,000 buah buku di bawah Persatuan Srikandi Johor.



Boleh check out dengan lebih lanjut di Facebook 100,000 Belia Tawan Iskandar Malaysia. Ni salah satu benda menarik yang boleh disertai... Check it out...






Posted via Blogger PC edisen


Ahad, 28 November 2010

Back to school shopping

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Tarikh : 28 November 2010
Masa : Starting 10.00 am
Tempat : Plaza Angsana, JB
Mood : Penat seiiihh!!!

Pagi ni bermula la operasi baru kitaorang. Ya.. Apalagi kalau bukan persediaan untuk ke sekolah tahun 2011. Misi.. bukan misi yang kat klinik tu, tapi tujuan utama; baju sekolah iqa fullset, kasut iqa 2 pasang, kasut adik.. pun masuk jugak ka, termos ziqri, ganti yang pecah itu hari, baju putih aku untuk presentation kat klang nanti, seluar hitam mama.. Dan jangan lupa buku kerja iqa dan adik.. OK dah.. Jom kita mula berbelanja..

Memula menuju ke UO la. Pasal aku memang beli baju sekolah kat sini. Jenama biasa aje.. Bek bek?? Tapi kualiti dia OK jugak, setanding harga dia la kan.. Belasah ajer la.. Kira punya kira RM200++ jugak.. Dah setel tu mula la misi(??!?) cari baju putih untuk aku. Mana la aku suka pakai baju putih. Aku suka kaler kelabu. Sampai ramai yang kata aku suka pakai baju sama berhari-hari.. Hakikat dia.. Baju kelabu aku memang hampir sama, setiap pasang pulak tu.. Sapa yang betul betul punya perati akan perasan. Ya.. Tak sama tang jenama dia.. Kaler, design.. lebih kurang giler..

Klik untuk cerita penuh



©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar 

Memula singgah kat sini la dulu. Bukan apa, nak berjalan jauh biasanya memang aku akan topup dulu kad touch and go ni dulu. Baru senang lagi lancar perjalanan nanti. Tetambah nak gi ke lembah klang. Bangunan ni pun tengah dok renovate. Nak kasi lebih selesa katanya.

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Iqa ngetest baju.. memula ingat nak amik saiz besar sikit. Tapi pastu tak jadi pasal besar sangat la pulak..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Siap kena bukak baju. Bagi puas hati sikit..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Kira boleh la ni kan..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Kasut la pulak.. tapi design dia memang mengingatkan aku pada kasut misi-misi kat spital (haaa.. yang ni baru misi tu)

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Sampai kat ruang legar nengok ada apekebender la pulak ni. Patut suara cam azwan ali pun, pasal dah memang dia pun..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Barisan juri yang mengadili ujibakat ni.. seriously serious

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Udah di ajak gelek la pulak..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Dah.. kitaorang nak makan dulu.. makan kat pija hat.. first time untuk encik ziqri

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Adik inaz cam biasa la.. suka tul bergambar

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ziqri nak sudu ni la mama

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Dudukkan encik ziqri lepas aku dah penat dukung dia pusing pusing kat ruang legar bawah tu..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Nah kau.. memang terus tak ingat tu dapat makan sup cendawan nih.. siap mengamuk mintak lagi tu

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Nampak buzzer tu.. dulu aku memang tak nampak fungsi dia. ye lah.. tekan tekan pun tadak sapa datang kan..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Kat sini baru aku nampak dia berfungsi.. or maybe pasal aku dok dekat dengan cashier.. wireless rupanya..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Iqa cam biasa la.. mesti minum selain air berkarbonat. Dah dari kecik tak ajar dia.. terbalik ngan adik dia.. nak minum air coke ajer kejenya

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Mama ngidam nak makan lasagna la pulak.. kasi ajer la.. last last mama perabiskan.. tak sedap pun, tapi sayang pasal dah bayar RM10 katanya

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Pija dah sampai.. yang kedua tu pree pasal mama ada kupon..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Tercapai jugak hasrat iqa nak main kat sini. Tinggal dia kat sini, kitaorang leh ler gi sambung shopping lagi. Harga tak tau la aku mahal ka murah.. Dia caj RM5 setengah jam sorang.. Belasah ajer la

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Dah cukup masa.. kitaorang pun dah selesai dah shopping.. Berpeluh peluh iqa ngan inaz.. Takut la bah.. gayat.. Tau takut..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Tengah ngira buku yang dibeli kat badan bookstore.. RM100++ jugak perabis tadi..

Enjoice...Sharing is power!!!

Jumaat, 19 Februari 2010

Edisi merayap ke Plaza Angsana, JB

©2010mknaceunlimitedHari ni berjaya jugak aku merayapkan diri aku dengan mama dan bebudak ni ke Angsana. Sebenarnya tempat ni wajib aku pergi dari awal tahun lagi. Tapi cam takde masa nak pergi situ. Ada je aral melintang. Tapi hari ni memang dipermudahkan untuk aku gi situ dengan bebudak ni. Tujuan hanya satu jer, nak pergi Badan. Sapa tak tau badan, tempat jual segala macam buku; dari majalah sampaila ke buku rujukan. Memang tempat yang best la bagi aku. Lagipun tahun ni kena ajar tahun 2, kena la cari rujukan. Pasal aku mana biasa ajar darjah 2 lagi. Kelakar la ingatkan pasal benda ni. Dari SBP, masuk harian biasa; dari menengah atas ke menengah bawah, last-last sampai ke tahap 1 sekolah rendah. So, aku memang kena jaga P&P dan soalan-soalan yang bakal aku buat. Dah selalu kena sound pasal soalan yang terlebih sudah.. Hahahaha..

::Klik untuk cerita penuh::


©2010mknaceunlimited
Sampai jer angsana.. woowww..!! Kosong beb.. Padahal dah jam 1 petang dah ni.. Sekali nengok keter sebelah aku ni, bengong tul.. parking punya la banyak, leh parking terlebih sudah la pulak. Ni la antara beza pemandu kl ngan jb. Sini diaorang tak reti nak betulkan balik tempat parking. Macamana masuk cenggitu la diaorang tinggal. Lantak dia la.. aku parking jer tempat lain. Banyak lagi kosong kan..

©2010mknaceunlimited
Pastu terus gi badan. Memacam buku kitaorang beli. Aku beli, mama beli, iqa beli, adik pun beli!! Jangan tak buat sudah ye dik.. Habis dekat RM60 jugak. Banyak beli buku rujukan jer. Habis jer urusan kat situ terus turun ke bawah untuk makan. Masih kosong lagi. Iqa macam biasa, terus buka buku. Memang turun dari aku ler ni.

©2010mknaceunlimited
Order cam biasa la bang.. Adik ngan Iqa nak mihun soto. Aku order nasi goreng kampung, mama nasi sama telur dan sup cendawan.. Air semua minum panas, aku jer minum limau ais.. OK ler tu kan.. Hidup tak ceria tanpa ais, selagi tak sakit cam yang lain la kan..

©2010mknaceunlimited
Adik nak ais jugak.. Apasal abah boleh.. Tak puas hati tul adik masa tu.

©2010mknaceunlimited
Last last kakak dia yang tukar mintak ais jugak. Ikut suka hati dia jer. Biar dik, kakak tu tak sedar agaknya dia batuk ngan selsema. Pastu batuk jer tak sudah.. Sama suruh..

©2010mknaceunlimited
Mihun Soto sudah mari.. yeayyy.. tunggu mangkuk tambah mari dulu..

©2010mknaceunlimited
Yaaa.. mangkuk tambah sudah mari. Mama bahagi dua dulu yeaa..

©2010mknaceunlimited
Adik makan dulu yea.. sedapnyaaa...

©2010mknaceunlimited
Sekali tak kena selera la pulak.. terus dedua taknak makan.. macamana nih..

©2010mknaceunlimited
Dari kawasan mama. Takde benda lain yang diordernya selain sup cendawan sama telur..

©2010mknaceunlimited
Aku nyer.. Nasi goreng kampung paling sempoi pernah aku order setakat hari ni.

©2010mknaceunlimited
Resepi baru ciptaan aku berjudul.. Nasi goreng campur, tujuan utama; semua yang diorder berehhh...

©2010mknaceunlimited
Last-last semua makan bersuap dengan mama, except me lah.. hahaha

©2010mknaceunlimited
Masa ni baru nampak rupa penghuni-penghuni lain kat angsana nih..

©2010mknaceunlimited
Singgah sini jap beli baulu sama kacang pedas. Yummy.. Memang sedap.

©2010mknaceunlimited
Pasni nak gi mana bah. Gi UO. Pastu? Ntah. Gi Danga Bay nak tak? Hmmmm.. tanya mama..

©2010mknaceunlimited
Membaca lagi sesambil dok menunggu adik ke tandas.. Lepak depan reject shop nih..

©2010mknaceunlimited
Sebelum balik singgah sini dulu. Beli pisang sama betik..

©2010mknaceunlimited
Ni ler muka yang kengkonon nak gi Danga Bay tadi tu. Tak sampai rumah lagi dah melepek..

©2010mknaceunlimited
Semua buku yang dibeli tadi.. Suka tengok buku rampaian ni.

©2010mknaceunlimited
Satu set tu.. Harga dia RM3.50 satu. Leh tahan mahal. Lagi mahal dari buku latihan biasa.. Tapi rupa dia yang cam buku tulis tu menarik..

©2010mknaceunlimited
Tapi tengok la isi dalam dia. Qualiti beb. Tinggal nak siapkan jer. Kira just nice la untuk bebudak tahap satu. Dia pun memang keluarkan untuk bebudak tahap satu jer. Tahap dua dah pandai menyalin kan..


Slideshow penuh