Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Hari Penamaan Calon

PRU14 : Kenyataan Media Hari Penamaan Calon Pilihanraya Umum Ke-14

Imej
PRU14 : Kenyataan Media Hari Penamaan Calon Pilihanraya Umum Ke-14. Bagi maksud menjalankan Pilihan Raya Umum Ke-14, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh Hari Penamaan Calon pada 28 April 2018 (Sabtu). Tempoh masa untuk mengemukakan Kertas Penamaan Calon bermula dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi. Kertas Penamaan Calon yang telah lengkap diisi dengan betul boleh dikemukakan kepada Pegawai Pengurus oleh salah seorang daripada berikut: calon dan pencadang dan penyokong; mana-mana dua orang daripada mereka; atau mana-mana seorang daripada mereka. SPR mengingatkan bakal-bakal calon yang hendak membayar Deposit Pilihan Raya, iaitu RM10,000 (Parlimen) dan RM5,000 (DUN) boleh berbuat demikian secara Bank Draf atau secara Tunai. Bayaran tersebut boleh dibuat sebelum Hari Penamaan Calon dan perlu membawa resit berkenaan pada Hari Penamaan Calon sebagai bukti bayaran. Selain itu, bakal-bakal calon yang bertanding mewakili parti politik dan simbol parti itu yang t