mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label aktiviti sabtu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aktiviti sabtu. Papar semua catatan

Sabtu, 27 Mac 2010

Hari Sabtu yang sibuk...?

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besarHari ini hari Sabtu. Hari Sabtu ini sangat sibuk.. Kakakaka.. Tulis dan baca macam bebudak kelas belakang la pulak. Aku memang dah target hari ni mesti gila babas nyer.. Pepagi buta dah siap sumer. Start keter. Terus ke sekolah, sesampai jer nengok pintu dewan masih kunci, pintu pejabat pun kunci lagi.. Hahaha.. On-time la maknanya tu. Baru keluar keter, Pn. Teng sampai. Terus setelkan dewan. Pasang LCD dan laptop. Setel.

Nengokkan bilik tayang lak. Rasa cam kureng jer.. Aku cabut wayar LCD, dan pasang kat TV baru kampus Astro.. Walllah.. Memang syiok la sikit mata dan telinga nak menghayati. Setel. Si Esah pulak dok meraban pasal scout. Bagi kunci pusat akses.. Tolong lebih kurang.. Setel.. Gi nengok takraw. Kasik kat Syamsul. Setel la tu.. Masa aku turun balik dari Kursus Pengawas nengok depa semua dah konker gelanggang takraw.. setel. Pastu kuar pi ambank bukit indah. Borak ngan guard.. mintak izin nak amik gambo.. setel gak.. Balik nengok kursus pengawas.. masalah lcd sama speaker. Adjust lebih kurang.. setel.. Pi panggil bebudak scout.. ajak cecikgu praktikal.. setel.. siap wat upacara penderaan hapal persetiaan.. setel.. Dah habis sepagi yang penuh gaya, mutu dan keunggulan.. Hari senin.. cuti!! Nak bawak ziqri gi sepital beso test telinga dia, balik gi klinik gelang patah test darah.. hopefully the last la kot..

ps : hari ni semua gambo amik pakai kamera p&s fujifilm lama aku jer.. satu.. malas nak amik bateri d70s yang aku cas semalam kat bilik ucu.. seken.. sesaja nak nengok balik terel ke tak terel lagi amik gambo pakai p&s.. dan ternyata dah tak terel.. hahahaha.. tak puas hati tak leh nak ubah apature ngan shutter.. demm.. semua gambo sesuka hati mak bapak kamera tu jer..

::Klik untuk cerita penuh::





Slideshow penuh





Enjoice...Sharing is power!!!

Ahad, 17 Januari 2010

Aktiviti Sabtu

Pagi Sabtu ni macam packed la pulak. Yang pertamanya, Iqa nak sangat masuk Taekwando. Dari Nuri lagi dia dah mintak. Tapi pasal tadak sapa nak antor dia gi training, so tunda aje la. Sekarang ni dia dah masuk sekolah, dan sekolah pun ada training Taekwando; jadi ni dah jadi peluang keemasan la untuk dia.

Sepatutnya dah start dari Sabtu minggu lepas. Cuma dia lupa nak bagitau aku. Jadi, minggu ni baru first time Iqa gi belajar. OK lah kan, pasal aku pun train bebudak takraw aku setiap Sabtu, jadi bender ni kira ngam-ngam la dengan jadual aku.

So pepagi lagi dah kuar dari rumah. Pasal baju sukan tak dapat lagi, Iqa kenala pakai baju sukan Nuri dia. Takpe la. Rumah pun rumah kuning gak ikut aku. Sampai jer kat sekolah aku gi tengok bebudak aku kat gelanggang dulu. OK. Bagi bola takraw. Buat sepak bulat.

Next, aku gi nengok Kursus Pengawas Pusat Sumber. OK. Ngam. Yang slack, LCD taknak hidup. Aku turun ambik kabel laptop aku, pasal dia ada lampu bila ada karen. So, test; sah takde karen plug satu row. Bukak bilik PPSMI and setting LCD kat situ lak. Jadi kursus pengawas pusat sumber dah jadi kat dua tempat. Memula kat PSS, untuk taklimat kat bilik PPSMI. Janji jalan kan..

Dah settle tu aku gi lepak balik ngan bebudak takraw aku. Pastu Cikgu Faris pun sampai. Dah boleh daftar Iqa kata dia. Aku pun daftar dan tinggalkan Iqa ngan cikgu taekwando dia. Nampak suka hati tul si Iqa. Pastu sambung balik training Takraw. Lam kul 10 gitu, kasi bebudak gi rehat dulu. Hazim lak sampai ngan Usop. Nak mula projek buat padang lompat jauh. Waa.. best tu.. Aku layan balik takraw sampai la PK Koko turun.

Rul.. Pinjam bebudak jap.
Buek apo..
Nak angkat meja.
Alamak.. pergi la semua sekali..

Lepak jap ngan Cikgu Maarof kat padang. Best gak. Naik atas nengok bebudak angkat meja.. Meja tahap gajah ni. Sian bebudak. Belanja diaorang minum dulu.. PAstu sambung balik takraw. Lam kul 12.30 aku pun suruh bebudak kemas. Dah weiii.. Jom balik. Nanti kita sambung Sabtu lain pulak.. Iqa masa ni sibuk dok membaca buku dah. Dia punya training pun dah lama settle. Dan lagi beli 3 giant Slurpee kat seven-e. Dan aku jamin mesin dia akan rosak lagi sebelah malamnya.. Hahahaha.. aku pasti..



Posted by Picasa