Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Dr Zaini KSU II

Dr. Madinah dilantik KSU Kementerian Pendidikan, Dr. Zaini KSU II

Imej
KUALA LUMPUR 31 Mei - Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (STI), Datuk Dr. Madinah Mohamad dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan yang baharu berkuat kuasa Isnin ini. Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Datuk Dr. Zaini Ujang pula dilantik sebagai Ketua Setiausaha II kementerian yang sama, juga mulai Isnin. Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa dalam kenyataan hari ini berkata, tempat Madinah akan diambil alih oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr. Rosli Mohamed mulai tarikh yang sama. Madinah, 56, yang berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dan Ijazah Sarjana dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama lebih 32 tahun.  Rosli, 55, yang berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang pemasaran strategik daripada University of Hull, United Kingdom dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada University of Leeds