mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label Kem Orientasi Mowgli. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kem Orientasi Mowgli. Papar semua catatan

Ahad, 14 Februari 2010

Kem Orientasi Mowgli - Day 2

©2010mknaceunlimitedHari ni merupakan hari kedua merangkap hari pengujian.. Semua bebudak pengakap ni akan diuji samada apa yang mereka belajar selama sehari semalam ni berjaya diaorang dapat ke tidak. Bunyi macam susah jer, padahal ujian yang paling asas jer.

Semua pelajar diberi masa setengah jam untuk mengulangkaji secara sendiri sebelum ujian dijalankan. Adalah beberapa yang eksen bebenor kononnya dah terer habis, tapi masa kena soal, bebudak ni ler yang terketor lutut segala. Hahahaha.. tu la, lain kali jangan riak sangat. Bukan lama pun Tuhan nak tunjuk..

Majlis penutup dihadiri oleh kesemua pentadbir sekolah. TQ atas keprihatinan. Len kali nak wat kamping yang lagi ganazzz...

::Klik untuk cerita penuh::


©2010mknaceunlimited
Kena kemas la dulu kemah kamping korang ni. Ingat ni kandang kambing ker.. Sesuka hati nak pacak kat maner, sesuka hati nak tinggal..

©2010mknaceunlimited
Kita belajar buat kungfu cara bangau.. Hiyaaarrrkkkk!!!!

©2010mknaceunlimited
Bila cikgu jerit kuat-kuat korang lompat cam katak tinggi-tinggi tau.. hahaha.. berdiri jer la..

©2010mknaceunlimited
Saya bersumpah akan belajar bersungguh-sunguh untuk dapat 5A.. eh eh.. itu minggu lepas daaa...

©2010mknaceunlimited
Kalau kau tarik tali ni, bendera tak jatuh; maka kau kena panjat tiang bendera ni 4 kali turun naik.. haaaaa...tak tahu..

©2010mknaceunlimited
Pemeriksaan uniform.. ehh ehh.. ko ni pengakap ker pandu puteri ni..?

©2010mknaceunlimited
Kalau laa.. takde ujian.. alangkah bahagianya hidupku ini..

©2010mknaceunlimited
Apasal panggil-panggil nama orang ni.. Nak kena pukoi ka..

©2010mknaceunlimited
Ada lima port aaa.. bukan port lepak tau.. port ujian.. kalau satu port tak lulus, maka gagalla korang..

©2010mknaceunlimited
Cikgu mintak jawapan laa.. yang ko dok garu kepala la, garu belakang la; apasal??

©2010mknaceunlimited
Dah la scarf pun tarak, uniform lagi la ilekk.. rukunegara pun tergagap-gagap.. apa keesss???

©2010mknaceunlimited
Saya sumpah makan sate 40 cucuk cikgu.. alamak.. apa yang aku merepek lak ni

©2010mknaceunlimited
Laaa.. cikgu bukan suruh berdiri ketor lutut.. cikgu soh baca persetiaan jer..

©2010mknaceunlimited
Nak beli setem tempat lain yer dik.. Kat sini abang tanya soalan jer ye..

©2010mknaceunlimited
Kami dah lulus satu port.. yihaaa...

©2010mknaceunlimited
Dah makan pun licin dah, sekarang kena la basuh pinggan lak sampai berkilat..

©2010mknaceunlimited
Semua dah bersedia untuk majlis penutup..

©2010mknaceunlimited
Bacaan doa sebagai pembuka majlis..

©2010mknaceunlimited
Ulasan kem komandan.. 48 jer lulus.. lagi dua orang sila jumpa cikgu untuk ujian nanti..

©2010mknaceunlimited
Ucapan dari guru besar

©2010mknaceunlimited
Penyampaian cenderahati kepada pembantu-pembantu

©2010mknaceunlimited
Bersalaman dengan semua peserta yang ada..

©2010mknaceunlimited
Best sesangat.. nak lagi kempinggg... nak lawan bola lagi tau..


Slideshow penuh


Kem Orientasi Mowgli - Day 1

©2010mknaceunlimitedPetang jemaat lepas bermula la Kem Orientasi Mowgli kat sekolah aku, mana lagi kalau bukan sk taman tun aminah 1. Masa nak gi sekolah iqa sibuk nak ikut. Tak sedar diri dia sakit ka apa. Sampai nangis-nangis nak ikut. Mana leh kasi. Badan panas membara lagi tu.

Sampai dewan jer bebudak dah ada. Pas aisah sampai baru aku set dewan. Panggil bebudak pasang lcd apa ke semua tu. Pastu aisah terus buat pengenalan pasal persetiaan pengakap. Habis jer tu, aku handle riadah lak. Main bola pakai kain pelekat. Besh... Banyak perbetul kain dari main bola. Hazim lak jadi commentator.. Habis segala nama kumpulan jadi nama binatang, ayam la, biawak la, lembu la, kambing la. hahaha.. bebudak suka hati. Pas dah settle baru pasang kemah. Malangnya kemah ada empat jer.. so, malam ni bebudak tido lam dewan jer la nampaknya..

Sebelah malam lak, fail-fail tugasan mula dibagi ke bebudak. Pastu bebudak scout si aisah pun dah mula datang. Depa take over ngan si aisah. Pastu aku pun balik. sian lak kat si iqa kat umah tu. aktiviti malam tu diteruskan lagi dengan tayangan movie jungle book dan burung hantu.. sambung esokk...

::Klik untuk cerita penuh::


©2010mknaceunlimited
Senarai kehadiran pelajar.. 53 semua termasuk 3 urusetia..

©2010mknaceunlimited
Persetiaan pengakap.. hapal jangan tak hapal.. sapa tak tau kita gelek perut dia guna beskal budak kat belakang tu..

©2010mknaceunlimited
Perrghhh.. si Fauzan pun sibuk menyalin persetiaan..

©2010mknaceunlimited
Kita test seround dulu.. haaa. sapa tak lancar gelek tali pusat perut dia.. siap baca kat lcd lagi..

©2010mknaceunlimited
Bagi seploh minit tukau baju riadah, minum petang, turun ke padang

©2010mknaceunlimited
Menu kita petang ni adalah seketoi karipap sama air teh-o..

©2010mknaceunlimited
Komentator merangkai apai rumah panjang mula menjalankan tugas menamakan semua kumpulan yang ada..

©2010mknaceunlimited
Geganas bebudak ni main.. memang gegila tul ahh..

©2010mknaceunlimited
Siap pasang kemah.. 4 jer leh pakai.. nak sumpat 50 orang.. tolonnn...

©2010mknaceunlimited
Makan malam.. siap wat tazkirah pada sesapa yang tak licinkan makanan dia.. hahahaha.. baru korang tau aaaa.. ada yang nangis nak abiskan makanan dia..

©2010mknaceunlimited
Malam ni kita belajar tepuk duluuu... tepukk gangstar... tepuk koka kola.. alamak.. nyamuk.. tepuk dahi ko...

©2010mknaceunlimited
Sapa hilangkan fail.. ko menjawab la..

©2010mknaceunlimited
Ini modul dalam fail.. kalau korang tak leh lengkapkan modul ni lepas cuti sekolah nanti korang masuk tahun 1 balik..

©2010mknaceunlimited
Wajah ceria 3 urusetia.. haaa.. dah lebel tinggi aaa korang..


Slideshow penuh


Sabtu, 13 Februari 2010

Kem Orientasi Mowgli - Preview

©2010mknaceunlimitedJam 2.00 petang tadi selesaila Kem Orientasi Mowgli yang dibuat oleh sekolah aku. Pergghhh... Leh tahan la kem ni. Memang bebetul mencabar, at least untuk membentuk bebudak aku yang suka bermain ni kepada bebudak yang lebih berdisiplin.

Sepanjang dua hari ni, memang penuh dengan kekerasan dan disiplin; aku seboleh-bolehnya nak bentuk bebudak ni supaya lebih cepat paham akan arahan yang diberi. Hukuman memacam yang diberi. Dari star jump sampai ke pumping, bila diaorang buat salah yang sama. Kelakar pun ada. Teringat la cerita Aisah semalam; masa burung hantu. Sorang budak ni memang merepek macam-macam masa kena kacau tu. Ayat dia yang paling aku tak leh lupa "Pergi, jangan kacau aku. Aku pengakap tau." Memang kelakar sikit la..

Apa pun tahniah pada semua bebudak yang berjaya lulus ujian kelayakan. Pada yang kurang berjaya tu, lebihkan usaha anda. Bukannya cikgu sesaja nak gagalkan korang..

ps : aku akan haplod lam masa terdekat. Hari ni? Sori.. nak tido dulu..