Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Darjah Khas Agama Johor

Darjah Khas Agama Johor

Imej
Darjah Khas Agama Johor Seharian aku mencari berkaitan Darjah Agama Khas ni. Hari ni pendaftaran bermula di sekolah yang menawarkan. Untuk Iqa, STF buat sesi pendaftaran khas pada Sabtu depan. Cawangan Dato' Onn supply tenaga pengajar ke STF. Tu yang cari jap serba sikit sebelum kita buat pendaftaran nanti. Setakat ni alhamdulillah perkara yang diperlukan semua aku dah kasi semalam kat iqa masa sesi lawatan ringkas tu. Jom kita study bab darjah khas ni. Darjah Khas Agama Johor adalah lanjutan program pembelajaran di Sekolah Agama Kerajaan Johor. Darjah Khas Agama Negeri Johor adalah Institusi Pendidikan Agama Johor yang telah berjalan secara formal sejak tahun 1923. Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Agama Johor ia diwujudkan untuk memberi pengetahuan Agama Islam kepada pelajar-pelajar serta kerjaya yang setaraf dengannya, disamping berperanan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang kuat imannya, kuat ibadatnya, kuat berpegang kepada cara hidup Islam dan kuat ketakwaannya