Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Syarat Baharu Zamihan mahu debat tertutup dengan Asri

Syarat Baharu Zamihan mahu debat tertutup dengan Asri

Imej
Syarat Baharu Zamihan mahu debat tertutup dengan Asri. KUALA LUMPUR, 8 Feb — Debat bersama mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin akan dilakukan secara tertutup selepas mendapat nasihat polis, kata Zamihan Mat Zin. Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia berkata Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar menasihatkan perkara itu bagi mengelak perbalahan sesama umat Islam. “Saya dinasihati oleh KPN supaya debat itu diadakan secara tertutup. “Kita tidak mahu cetuskan perbalahan yang merugikan orang Islam, nanti timbul persepsi negatif terhadap orang Islam,” katanya seperti dilaporkan portal Malaysiakini hari ini. Zamihan, yang mencabar Asri, berkata debat itu belum ditetapkan tarikh dan hanya akan dihadiri ahli akademik, agamawan dan pegawai agama yang dijemput. Tambahnya, satu pertemuan bersama setiausaha Datuk Seri Shahidan Kassim, menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertindak sebagai penganjur, akan diadakan malam ini untuk perbincangan lanjut.