Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Enam Jemaah Malaysia Disahkan Cedera

Enam Jemaah Malaysia Disahkan Cedera Kejadian Kren Runtuh Di Masjidil Haram

Imej
Enam Jemaah Malaysia Disahkan Cedera Kejadian Kren Runtuh Di Masjidil Haram Enam jemaah haji Malaysia disahkan cedera dalam kejadian kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah. Menurut pihak berkuasa Arab Saudi setakat ini sekurang-kurangnya 87 meninggal dunia manakala 184 mengalami kecederaan dalam kejadian hujan lebat dan ribut pasir pada Jumaat petang. Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata dalam kejadian kira-kira 5 petang waktu tempatan (Jumaat 10 malam waktu Malaysia), seorang jemaah haji lelaki Malaysia dilaporkan patah kaki, manakala lima lagi cedera ringan. "Empat jemaah lelaki dan dua jemaah wanita cedera, termasuk seorang patah kaki, dia (patah kaki) kini dirawat di Pusat Perubatan Tabung Haji Syisya," katanya kepada pemberita di sini. Beliau berkata pihak Tabung Haji (TH) akan membuat pemeriksaan dari bilik ke bilik bagi pengesahan selanjutnya berkenaan jumlah jemaah haji Malaysia yang terbabit. "Selepas solat Is