mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label Sambutan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sambutan. Papar semua catatan

Khamis, 20 Ogos 2015

Sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2015

Sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2015


KPWKM  melalui Jabatan Pembangunan Wanita akan menganjurkan  program Sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2015 pada 24  Ogos 2015(Isnin) dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC).



Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Sabtu, 28 Disember 2013

Sambutan Tahun Melawat Malaysia 2014 di semua pintu masuk seluruh negara

Sambutan Tahun Melawat Malaysia 2014 di semua pintu masuk seluruh negara. Meriah kita tahun depan gini.

Sambutan TMM 2014 Di Pintu Masuk Seluruh Negara Bermula 1 Jan
PUTRAJAYA, 27 Dis (Bernama) -- Sambutan meraikan Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014) akan diadakan di 37 pintu masuk seluruh negara bermula 1 Jan termasuk di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).
Pengarah Bahagian Pemasaran Domestik Tourism Malaysia Datuk Musa Yusof berkata sambutan di KLIA dijangka dihadiri Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz untuk meraikan kedatangan pelancong.
"Sambutan di pintu masuk negara ini termasuk sama ada melalui darat atau udara. Sebagai contoh di KLIA ada penerbangan antarabangsa yang masuk, kami akan memberi 'goodies' dan sebagainya untuk memberitahu pengunjung bahawa 1 Jan bermulanya TMM 2014," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelepasan bas KL Hop On Hop Off sempena jelajah TMM 2014 Putrajaya ke Pulau Pinang 'Follow Countdown Journey Visit Malaysia Year (VMY) 2014' yang disempurnakan Timbalan Ketua Pengarah (Pemasaran) Tourism Malaysia Chong Yoke Har di sini Jumaat.
Menurutnya rombongan itu disertai 50 penari 'flash mob' dan wakil media yang akan berhenti di kawasan Rehat dan Rawat Tapah, Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad Ipoh dan Padang Kota Lama di George Town, Penang hari ini untuk mempromosi dan mengedarkan risalah serta cendera mata TMM 2014.
Selain itu karnival kiraan detik TMM 2014 akan diadakan selama dua hari bermula esok di Queensbay Mall, Pulau Pinang, kata Musa.
"Kami akan adakan banyak acara misalnya persembahan artis dan persembahan kebudayaan, kuiz, pertandingan mewarna dan sebagainya. Selain itu terdapat 13 kaunter agensi pelancongan dan pengusaha produk pelancongan untuk dikunjungi," katanya.
Beliau berkata sambutan TMM 2014 bukan sahaja melibatkan Tourism Malaysia dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, tetapi juga jalinan kerjasama kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan serta agensi-agensi kerajaan antaranya Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen.
Malaysia menyasarkan kehadiran 28 juta pengunjung dan perbelanjaan pelancong sebanyak RM76 bilion sempena TMM 2014, katanya.

-- BERNAMA

Selasa, 24 Disember 2013

Perhimpunan bulanan bil.12/2013 sambutan hari lahir

Perhimpunan bulanan bil.12/2013. Sambutan hari lahir. Bunga pahar pada wakil birthday boy n girl. Selamat hari jadi. Kekeke... baru tau fifey lahir 31 dis. Patut nakal.

Sabtu, 18 Mei 2013

Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Johor 2013



Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Johor 2013. Pagi ini, bertempat di Dewan Besar, Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru; majlis berlangsung dengan gemilang sekali. Memang best. The suasana, the venue... saling berkait ditambah ngan selingan nyanyian dari koir. Perrghhh...

Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2013 Day 3



Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2013 Day 3. Sambutan perayaan dibuat di stadium tertutup nilai. Walaubagaimanapun perayaan yang sepatutnya diadakan pada sebelah pagi ditunda ke sebelah malam atas sebab majlis perlantikan menteri dan timbalan menteri yang dijalankan pada sebelah paginya.

Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2013 Day 2



Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2013 Day 2. Hari ni memang kena pandai susun. Banyak program di venue berlainan. Disebabkan lokasi penginapan yang agak jauh, ada beberapa event yang terpaksa diskip supaya event penting dapat dihadiri.

Jumaat, 17 Mei 2013

Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2013 Day 1



Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2013 Day 1 bermula di Stadium tertutup paroi negeri sembilan. Kontinjen dari Johor datang seramai 80 orang untuk memeriahkan majlis ini.

Sabtu, 28 Julai 2012

Lagu dan logo Sambutan Kemerdekaan ke 55

mknace unlimited™ | Lagu dan logo Sambutan Kemerdekaan ke 55

Keterangan logo


mknace unlimited™ | Lagu dan logo Sambutan Kemerdekaan ke 55
Merupakan simbol negara Malaysia yang dicintai yang mempamerkan pencapaian cemerlang negara sejak merdeka. Merupakan kebanggaan setiap rakyat Malaysia kerana namanya kini terserlah di persada dunia.

mknace unlimited™ | Lagu dan logo Sambutan Kemerdekaan ke 55

Melambangkan Kedaulatan Institusi Raja Berpelembagaan dan kedaulatan Negara yang telah dipertahankan sejak 55 Tahun.

mknace unlimited™ | Lagu dan logo Sambutan Kemerdekaan ke 55

Melambangkan perpaduan utuh masyarakat Malaysia yang berusaha mencapai kemajuan (Maju) dan kemakmuran (Makmur) negara sejak dari awal kemerdekaan dicapai.

mknace unlimited™ | Lagu dan logo Sambutan Kemerdekaan ke 55

Melambangkan keunikan, liku-liku serta cabaran yang dihadapi oleh para pejuang dan pemimpin negara dalam memperjuang dan mempertahankan kemerdekaan serta kedaulatan negara.

mknace unlimited™ | Lagu dan logo Sambutan Kemerdekaan ke 55

Melambangkan kesungguhan dan komitmen kerajaan dalam menunaikan janji kepada rakyat untuk membawa kemakmuran, kemajuan, kehidupan dan peluang ekonomi yang terbaik.

mknace unlimited™ | Lagu dan logo Sambutan Kemerdekaan ke 55

Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bersatu padu, bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.


LAGU JANJI DITEPATI

Macam malam ikut siang, 
Macam bulan ikut matahari, 
Satu Malaysia terus berjuang, 
Janji kita ditepati, 
Kata kita dikota, 
Janji kita ditepati, 
Hidup rakyat dibela, 
Masa depan diberkati, 
Janji sudah ditepati, 
Kini masa balas budi, 

*Chorus* 
Janji siapa ? Janji Kita, 
Janji apa ? Janji Satu Malaysia, 
Janji siapa ? Janji Kita, 
Janji apa ? Janji Satu Malaysia, 
( ulang dari awal ) 

 RAPPING : 
Ini janji kita, 
BRIM Satu Malaysia 
Ini janji Satu Malaysia, 
Terima Satu Satu Malaysia, 
Kata kita dikota, 
Klinik Satu Malaysia, 
Janji kita ditepati, 
Kedai Satu Malaysia, 

Lirik : Rais Yatim
Lagu : Aye/Jasni/Arman E-six

Klik untuk download Lagu Janji Ditepati.mp3



Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Sabtu, 23 Jun 2012

Sambutan Birthday Syafinaz

mknace unlimited | Sambutan Birthday Syafinaz
adik inaz potong kek besday dia
Tadi masa jumpa cikgu kelas adik inaz, sempat ngepau gambar sambutan harijadi adik syafinaz semalam. Dua keping ajer. Tapi ok ler tu. Janji ada gambo adik masa sambut birthday keenam nya ni dengan berpakaian seragam. Epi besday adik inaz... TQ cikgu seri, TQ cikgu farah

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

mknace unlimited | Sambutan Birthday Syafinaz
sempat posing lagi tu

Rabu, 16 Mei 2012

Sambutan perayaan hari guru kebangsaan ke 41 2012 - The event

The gimmick was soooooo..... Coooolll

Post via Blogger Tab






Sambutan perayaan hari guru kebangsaan ke 41 2012 - Before

Ambik beberapa snap sebelum majlis mula. Yihaaa...

Post via Blogger Tab








Jumaat, 11 Mei 2012

Banner Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Johor 2012

Tahun ini, 2012; perayaan hari guru untuk peringkat negeri Johorakan diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Kota Tinggi, Johor. Hari ni last mesyuarat induk bertempat di Kota Tinggi. Banner ni pun masih ada pemurnian lagi yang perlu dibuat. Apa pun, Selamat Hari Guru.





Posted via Blogger PC edisen


Sabtu, 18 Julai 2009

Sambutan Isra' Mikraj



Sambutan Isra' Mikraj

Tarikh : 17 Julai 2009
Masa : 7.00 - 10.00 pagi
Tempat : Dewan Bestari SKTTA


Bacaan doa oleh Ustaz Shahir



Ceramah Isra' Mikraj oleh Ustaz Sajuli




Ceramah diselang selikan dengan kuiz





Cenderahati untuk penceramah




Slideshow