Recovering @Home

Recovering @Home

Recovering @Home. Alhamdulillah. Semalam dah discaj dari wad. Shukur sangat-sangat. Ada perkembangan yang sangat positif. Mama memang ban habih semua aku nyer gajet. Once. Aku bebas dari semua bebanan. Tu yang sampai berabuk blog ni. Laju masa berlalu. Dah seminggu berlalu. Seminggu yang lepas, azab aku menahan sakit yang amat kat lutut. Tak boleh nak bengkok, tak boleh nak lurus. Masak. Yang tak tahan bila menahan bisa tu. Nak nak pulak, bila nak gerak ke bilik air. Kenangan manis di hari jadi orang Jerman kata. Hehehe. Tapi tu akan aku ceritakan satu persatu dalam masa terdekat.

Nak kata fully recover tu taklah lagi. Tapi ada perkembangan positif. Ada la sepapan dua antibiotik untuk dihabiskan. Ni pun masih sengal sengal lagi. Tak boleh nak bengkok atau lurus habis lagi ni. Tapi. Dapat la jenjalan hilang boring jap ke PC tempat biasa mengada ngada mengarang kisah duka lara. Apapun. Memang aku dapat yang terbaik sepanjang berada di wad, dari pengalaman dan pelajaran; depan mata banyak yang Tuhan nak tunjuk, nak aku faham, nak aku sedar. Terima kasih pada semua atas doa dan sokongan selama mana aku kat sana.

So. Pagi ni. Sesi recovering berlangsung. Secara sendiri la. Memang besar betul dugaan kat rumah. Kalau kat wad, semua dah tersedia. Tinggal nak buat je. Tak buat. Ada orang datang suruh jugak buat. Hahaha. Kat rumah. Peti sejuk dah depan mata. Water cooler semua tersedia. Perghhh. Ni masalah utama aku ni. Nak tinggal habit ais batu ni bukannya senang. Tapi aku kena try. Setakat sana, milo 3 cawan; pastu semua air mineral. Aku nak try kat rumah. Mesti boleh punya.

Pagi ni dapat la lepak ngan Fiqri, lambai mama. Terpinga jap dia. Aik. Bapak aku ni dah kenapa? Biasanya. Dia yang hilang dulu. Seriously muka dia memang blur habis. Terus tak lambai mama. Lebih dok nengok muka aku. Hahaha. Pastu masuk. Lepak lepak jap. A bit of senaman kaki guna pedal tu. Keluar jap. Terpandang kereta aku. Dah seminggu tak panas enjin. Tuan takde, dia pun lepak aje memanjang. Pasni nak kena lepak balik. Memang aku tak makan pun ubat tahan sakit. Kena cuba tahan sendiri. Harap-harap nanti masa susulan aku dah fully recovered. InsyaAllah.

ps : Terkadang dok teringat kat pakcik makcik jiran wad aku tu. Apa cerita diaorang berdua. Cerita mereka, coming soon. Tunggu!!!!





---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Jelly Beans

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016