mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label 1430. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 1430. Papar semua catatan

Rabu, 16 September 2009

Operasi Raya 09



Sebenarnya dah dua minggu operasi ni bermula, cuma 10 hari kebelakangan ni makin dipertingkatkan la. Yang paling best, lambat tul nak hapdet. Tak tau pasai pa. Yang pasti memang aku agak sibuk. Sibuk ngan presentation pengarah, sibuk ngan sekolah, sibuk ngan hal peribadi; mana ada manusia tak sibuk kan.



Iqa pun dah leh tolong wat kuih. Banyak jugak la yang dia tolong. Sapu telur, letak hiasan kat kuih. Boleh la kan. Tahun depan pun dah darjah satu; sekolah agama pun aku tak sempat daftar lagi ni. Aduiihhh..





Pastu sebelah petangnya, operasi pasang pelita pun bermula. Sebelumnya lagi aku dah kuar ngan ucu pergi cari pelita. Carik jer yang dah siap berkaki tu. Satu RM2, sepuluh baru RM20 kan. Bolehla.. Setahun sekali. Balik, ucu siap cat dulu n siap potong kaki. Bukan apa, tak nak tragedi taun lepas berulang lagi. Tahun lepas satu demi satu kena curik. Tahun ni aku nyer lain sikit, so senang nak carik nanti.



Malamnya pasang n ucu mula sibuk nak amik gambo. Yang tak best, malam ni sangat berangin. Dengan cuaca yang berangin, menyebabkan api pelita tak tetap; menyebabkan badan pun bertambah berangin. Tapi boleh la. Nanti malam lain kita cuba lagi.



Ni mama asik dok bising jer. Kang bakar kang. Ye lah. Pagi ni kuar gi beli tali rapia. Habis suku komik-komik aku ikat. Nanti hantar ke rumah baru. Nak bagi orang.. Sayang wooo...