mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label kucing terbiar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kucing terbiar. Papar semua catatan

Rabu, 3 Februari 2010

Kucin oh kucin

©2010mknaceunlimitedIni Kecik. Kecik seekor kucin terbiar pada asalnya. Atuk kesian kat dia ngan adik beradik dia yang lain. Atuk amik wak balik rumah. Iqa ngan Inaz sayang kat kecik ni. Nama asal dia yang Iqa kasi adalah comel. Cam tadak nama lain. Sumer kucing yang baru lahir iqa taruk nama comel. Tapi bila kucing tu beso nama dia mesti kena tukau.

Kecik ni amat gatai dan merenyam. Apa yang best pasal kecik ni adalah dia digilai oleh semua kucin-kucin jantan kat kampung ni. Masalah yang paling beso adalah dia sendiri jantan. Bodoh tul kucin-kucin jantan kat kampung ni. Pasaipa nama dia kecik adalah kependekan daripada hitam kecik, pasai aku dah ada sekor lagi kucin hitam jantan yang kami panggil hitam. So, ni kira junior dia la ni. Teruskan membaca untuk melihat kegatalan kecik depan kamera.

©2010mknaceunlimited
Pantang panggil nama mula la nal menggatal. Yang unik pada kecik ni bawah tengkok dia ada tanda putih.

©2010mknaceunlimited
Buat-buat tido balik.

©2010mknaceunlimited
Dah start balik dah..

©2010mknaceunlimited
Cewahhh...

©2010mknaceunlimited
Ni pulak nama dia teleng pasai dia memang teleng. Kalau pernah tengok citer Wong Fei Hong, dia ni teleng cam Seven tu. Dia baru dapat anak. Hari tu ada 4, la ni tinggai 3. Anak dia jarang hidup lama. Siann..

©2010mknaceunlimited
Sambung balik session ngan kecik..

©2010mknaceunlimited
Fullbody posing..

©2010mknaceunlimited
Cun kan.. Tu yang ramai jantan-jantan pun ikut tergoda tu.

©2010mknaceunlimited
Tapi kalau tengok cenggini, dah nampak dah kejantanan dia tu.

©2010mknaceunlimited
...sampaila dia start menggatai balik..

©2010mknaceunlimited
Ni punya la gatai, sampai aku sendiri pernah gelek ekor dia pasai dia tak mau berganjak masa aku parking keter. Aku ingat dah gerak.. hampess tul..

©2010mknaceunlimited
siap meliuk-liuk lak tu

©2010mknaceunlimited
Nanti nanti aku nak posingkan dia, boleh jual gambo posing dia ni..

©2010mknaceunlimited
kengkonon tido la tu

©2010mknaceunlimited
Cittt.. siap tutup mata tu

©2010mknaceunlimited
Gambar natural paling perfect aku amik. Slow-slow letak flash. Gerak belakang slow slow.. Snap..!!

©2010mknaceunlimited
Pastu mana natural lagi dah.. pasal dia dah sedar aku amik gambo dia..

Ahad, 31 Januari 2010

Enjoying the Thaipussam's Holiday

©2010mknaceunlimitedHari ini hari cuti. Hari cuti Thaipussam. Tapi, aku tak jugak bercuti. Banyak mender nak buat. Memacam bender yang masih tertunggak. Sekarang ni bukan cam dulu lagi. Kalau dulu, asai cuti jer memang pukoi cuti bebetul. Cuti adalah absolute cuti. Tapi zaman la ni bukan zaman macam tu lagi. Kerja, kerja, kerja. Apa yang penting, kerja. Sampaikan nak amik cuti pun pikir dua tiga kali. Sibuk nak bekerja sahaja. Tak tau apa nak jadi. Sampai nak pi spital pun bila dah kronik. Preventive dah tak heran lagi. Selagi sampai dah tak leh bergerak langsung, selagi tu la tak reti nak bazir masa nak gi spital.

©2010mknaceunlimitedPagi ni lepas jer bangunkan Iqa, terus bersiap dan bergerak ke sekolah. Pagi ni aku wat training takraw. Minggu lepas dah memang tak leh buat. Minggu depan pun tak leh buat lagi. Nak tak nak. Masa-masa camni ler yang aku leh jalankan training kebudak ni. Cam biasa start kul 8 pagi. Kalau dah lam kul 10 ke 11 tu matahari pun dah tak naik. Sakit mata main, kalau dah dok melangut ke ataih jer nak tengok bola kan. Cikgu Faris pun turun sekali. Layan gak dioarang. Aku suruh diaorang main sepak bulat dulu. Bior biasakan timbang bola dulu.

Lam kul 9.30 pagi, iqa lak ada training taekwando dia. Biar jer ler dia ngan training dia kat dewan tu. Aku terus ajer la dengan kebudak takraw ni. Layan jangan tak layan.

©2010mknaceunlimitedPastu cikgu Maarof lak sampai, nak betulkan pagar sekolah katanya. Sebelum tu beborak la dulu sambil dok nengok bebudak tu main. Cikgu Maarof sesekali masuk gelanggang perbetul budak.

Pastu dia ajak beberapa kebudak gi tolong dia perbetul pagar sekolah. Aku soh bebudak simpanan gi tolong. Dari dok melangut kat tepi dok menonton jer, baik dia gi nolong. Ada gak paedahnyer kan. Pastu teruskan lagi training. Buat balik bulat. Suh diaorang timbang sampai 10. Tak dapat tu. Setakat pagi ni paling banyak sampai 5 jer. Huhuhu.. Tak biasa lagi bebudak ni. Takpa.. kita polish diaorang nyer bakat.

©2010mknaceunlimitedLam kul 11 Che Li sampai. Aku nak bincang pasal T-shirt bebudak takraw ni. Nak buat something la untuk depa ni. Sian kan. Asik dok pakai jersi sekolah pastu pulang balik. Kalini aku memang nak buat something untuk depa ni.

Che Li Nengok-nengok saiz badan bebudak ni. Borak-borak. Tapi tak best la pulak borak kering jer kan. Ajak kuar minum-minum kat luar la. Nisak pun ada sekali. Semua kuar, ngan Iqa-iqa pun aku angkut sesama gi minum kat luar.

Memula dok pikir gak, kat mana la best nak minum. Last-last minum depan trafik tun aminah jer ler. Apa yang ada jer la. Lagi pun aku nak borak-borak ajer kan. Sekali masa nak bayor, Che Li kata dia settle semua. TQ bebanyak..

©2010mknaceunlimitedBalik jer rumah, nenek tengah dok buat pulut kuning. Iqa dah naik Quran, jadi buat la pulut kuning. Bagi-bagi kat jiran-jiran sebelah. Ustaz ngajar Iqa pun dah pindah. Dia dah dapat duduk kuarters. Maknanya, Iqa memang kena ngaji ngan mama ajela lepas ni.

Semua pakat makan pulut. Adik dok sibuk patah-patahkan polisterin. Aku marah dia. Sekali melalak la pulak. Mama cakap adik cengeng hari ni. Sikit-sikit melalak. Masa aku posingkan untuk amik gambo ni pun dok terisak-isak lagi tu. Apa la adik ni. Kalau buat salah mesti dia cakap bukan dia yang buat, mesti dia kata musang jantan la, semut beso la yang buat. Adik, adik...

©2010mknaceunlimitedPas makan boleh pulak semua pakat tido. Ye la.. Makan pulut pastu tak wat apa-apa. Dijamin oleh lever brothers, mesti tidor punya.. Hahahaha. Memang tak ingat dunia punya. Habis terbengkalai semua benda yang nak dibuat.

Sekali bangun tah dah pukul baper ntah. Tengok citer hindustan. Citer askar ntah apa ntah. Punya la membohong tak bertempat. Layan la kejap. Sekali tidor lagi. Astargfirullah.. Hahahahaha.. Bengong tul. Maybe penat jugak training pagi tadi. Hari pun memang panas hari ni. Sekali bangun lagi, nenek ajak jengjalan nak kasi pulut kat rumah nenek yang. Jalan ajer la. Lagi pun kesian kat mama. Semua dia buat serba tak kena. Nak jugak ambik angin kat luar kan.

Masa nak kuar boleh lak kucin-kucin ni main kat luar ni. Iqa siap dah namakan sekor-sekor. Yang kelako nama Comel mesti ada nyer...

©2010mknaceunlimitedKat rumah nenek memacam bebudak ni main, dari buai, sampai la main panjat ke keter. Aku?? Aku tengah dok borak. Memang borak habis la pasai kamera dengan Brader Don. Best gak. Siap balik ambik kamera dia. Abisla.. Mama ngan nenek lak saja bagi peluang kat aku.

Sedar-sedar dah maghrib.. Jom balik... Len kali kita datang lagi.


Tengok la.. sampai nak balik pun pakat posing atas keter.


Lepas maghrib cam biasa baca quran sama mama.



Ahad, 24 Januari 2010

Ahad yang sempoi

©2010mknaceunlimitedHari ni sempoi sungguh rasanya. Lepas subuh jer terus taktau nak wat pa per. Mungkin sebab semalam kot. So, mood masih tak menentu lagi. Semacam blank sesikit pun ada. Tak tau nak wat apa. Nak seterika baju? Dah seterika hari jemaat dah, Sabtu tak jadi pakai so carry forward to senayan la kan.

Kebetulan ada kenduri kahwin hari ni. Iqa ngan adik pun dah siap. Sementara tunggu atuk ngan nenek siap. Suruh diaorang posing lebih kurang. Pi kenduri pun memang semua orang ikut aturan berkabung. Semua pakat pakai kepiah lilit reben putih ngan tudung putih. Baguih-baguih rakyat Johor ni. Salute.

©2010mknaceunlimited .. credited to electronic artLepas tu mula la rasa bosan balik. Pi layan PC kat luar. Check emel lebih kurang. Semua macam tak kena jer. Tengok berita pagi. Bosan tul hari ni rasanya. Pasal semua kerja dah settle dan tadak benda baru nak buat. Tu yang jadi lagu tu kot. Lagi satu maybe pasal aku dah set nak dapat kerja baru semalam, tapi habis terkensel.

Sekali bukak facebook, ada game baru. Ka, dah lama. Aku pun tak tau. Tapi aku baru jumpa la. Tajuk dia "Dante's Inferno". Layan jap. Fuh.. leh tahan gak dia punya addictive factor. Ngam. Layan la jap. Yang gilernyer.. Aku cam terpaku jer depan PC tu. Bengong tul. Ngan Mafia War pun aku tak cenggini. Ni yang rasa nak cari game PS3 dia ni. Cam best jer. Sesambil tu teringat masa aku main God of War dedulu. Rerasa cam lebih kurang ler dia nyer scenery. Cool beb..

Layan nyer layan tak sedar giler.. tau tau dah sampai lebel 16 dah aku petang tadi jer. Jarang aku main game facebook cenggini. Ramai geng rapat aku memang dah tau cara aku main. Aku paling lambat naik lebel, pasai aku suka kumpui duit ngan senjata dulu. Tapi tang game ni, aku pun tak tau pasai pa. Tau tau naik lebel, tau tau naik lebel. Huihh..

©2010mknaceunlimitedPetang tu aku mula la bersih-bersih keter sikit. Sambil-sambil tu dok cari gak kepiah aku. Tu la pasai. Ada kepiah bukannya aku reti nak pakai. Sekali masa aku kuar ke sebelah motor aku tu.. huih.. terkejut aku.. Teleng dah beranak?? Bila lak ni. Dah besaq-besaq lak anak dia tu. Pandai lak dia sorok anak dia.

Biasanya, dia la yang paling sibuk ke hulu ke hilir cari tempat beranak. Kali ni pandai lak dia sembunyikan anak-anak dia ni. Haa.. camtu la. Patut hilang beberapa ketika bebaru ni. Rupanya dia pi bersalin. Jangan-jangan pi bersalin kat hospital kucing tak. Teringat lak aku kena bohong ngan abah aku masa kecik kecik dulu.

Petang ni abah nak bawak kucing kita pi asrama kucing..
Bestnya.. ada katil semua macam asrama kita ka.
Ya la..
Babai Mat Taya..

Sekali aku tau abah buang kat market ja. Mau tak melalak. Abah membohong. Sama ngan adik-adik aku. Patut pakat senyum ja masa dok kata nak hantaq kucing aku pi asrama kucin. Tapi tu cerita lama la.

©2010mknaceunlimitedPastu aku sambung balik cari kepiah aku. Mampuih aku. Mana kepiah aku ni. Sudah.. Akhirnya jumpa juga. Dah tak muat dah pun. Tapi nak wat camner kan. Kena la jugak pakai. Ni kalau pi beli kat kedai la ni, mampuih aku kena kapoq ni. Semalam ucu pi nengok tudung putih pun sampai dah dekat RM80. Gila.. Pandai betui depa cari makan la ni.

Dapat jer kepiah teruih aku pasang reben putih. Ucu pun sama gak. Boleh la. Esok secara rasminya semua rakyat Johor akan mula keluar dari rumah masing-masing dengan pakaian perkabungan lengkap. Semua dah mula bekerja dah kan. Yang sudah tiada tak mungkin kembali lagi, yang masih hidup tetap harus meneruskan perjuangan!!!



Selasa, 11 Ogos 2009

Stray cats



Pagi tadi masa keluar umah nak idupkan enjin keter, hidung aku dah terbau something. Kucing mana lak wat projek ni. Sesambil mata aku dok melilau cari kat mana la kucing ni muntah lak ni, telinga aku tetiba terdengar bunyi anak kucing mengiau. Ler sapa lak yang beranak ni. Setau aku kucing aku takde yang mengandung pun. Sekali check, ini dah kucin remaja nih. Sapa lak yang buang kat sini lak ni. Mulut aku terus membebel.

Last-last atuk bagitau. Semalam masa balik, kat area skudai sana tu; dia ternampak orang buang anak kucing ni betul-betul tepi jalan. Pasal kesian dan takut-takut semua mati kucing jer (katak mati katak la kan) atuk angkut wak balik sumer sekali. Tu ler alkisahnyer. Mentang-mentang la semua hitong-hitong, semua dibuang. Hampes tul makhluk yang buang kucin-kucin ni.