Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel APLIKASI

Volunteer Smartphone Patrol (VSP)

Imej
Volunteer Smartphone Patrol (VSP) merupakan inovasi baru oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertujuan bagi memudahkan orang awam menyalurkan maklumat atau aduan yang memerlukan bantuan daripada pihak polis. Antara maklumat dan aduan adalah seperti kes ragut, dadah, jenayah, lumba haram, penyeludupan, balik kampung dan lain-lain maklumat yang memerlukan tindakan polis.

Logo 3D Jabatan Pendidikan Negeri Johor Using Blender

Imej
Logo 3D Jabatan Pendidikan Negeri Johor Using Blender. Sebenarnya kelmarin lagi dah setel. Cuma a bit sibuk hari tu. Apa yang best. Bila minda tak fokus. Terlupa satu benda. Snapshot buat. Yang tak buat. Save. Perrrghhh. Semalam nengok balik. Tulisan Khat tu je yang masih ada. Setakat last aku save. Huhuhuhu. Takpe lah. Mula balik la. N. Aku dah paham buat animation. Chaiyok! Ni hasil trace semua macam yang diajari tok guru Fifey nih.

PERMOHONAN KE PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI 2016/2017

Imej
PERMOHONAN KE PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI 2016/2017 Permohonan boleh dibuat melalui url berikut :  https://matrikulasi.moe.gov.my/permohonan/index.cfm Semua pelajar Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan boleh menggunakan kemudahan PMI.  Sekolah kategori berikut boleh menggunakan PMI: (kecuali jika bermasalah) Sek. Berasrama Penuh (SBP) / Sek. Berasrama Penuh Integrasi (SBP Integrasi) Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sekolah Menengah Teknik (SMT) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Persekutuan/ Negeri/ lain-lain Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina/Tamil(SJKC/T) Sekolah Berprestasi Tinggi. Cara Permohonan. Pelajar sekolah tersebut perlu membayar RM6.00 kepda kaunselor/guru yang bertanggungjawab mengurus PMI di sekolah berkenaan atau pelajar boleh membeli sendiri nombor PIN di BSN.     Pelajar juga boleh membeli nombor PIN di mesin ATM BSN. (bagi pemegang kad akaun Giro/Wadiah BSN Sahaja).

KURSUS I-THINK SECARA LUAR TALIAN 2015

Imej
KURSUS I-THINK SECARA LUAR TALIAN 2015 Bahan kursus luar talian bagi i-THINK 2015 boleh dimuat turun mulai 16 Jun 2015. Pengguna harus juga mempunyai pelayan web IE versi 10 dan ke atas apabila menggunakan bahan ini. Sila klik di pautan ini : http://www.moe.gov.my/v/ithink Pilih Kursus i-THINK Versi Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris Muat turun semua 13 fail termasuk File Joiner (fjoiner.exe) ke dalam folder PC atau Laptop anda Lancarkan File Joiner (fjoiner.exe)  Masukkan fail yang dimuat turun menggunakan butang ADD FILES Pastikan semua 13 fail disusun bermula dari atas fail _01(13), _02(13), _03(13) dan seterusnya. Klik pada butang APPEND FILES Klik butang JOIN Setelah proses penggabungan tamat, fail (saiz 646 MB) yang telah digabung akan berada dalam folder  Klik fail tersebut untuk melancarkan Kursus i-THINK 

PENUTUPAN SEMENTARA CAPAIAN KE APLIKASI-APLIKASI BERKAITAN PANGKALAN DATA EMIS, APDM DAN SMG KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Imej
PENUTUPAN SEMENTARA CAPAIAN KE APLIKASI-APLIKASI BERKAITAN PANGKALAN DATA EMIS, APDM DAN SMG KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Adalah dimaklumkan pihak KPM akan melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan ke atas sistem-sistem berkaitan pangkalan data EMIS, APDM dan SMG. Oleh yang demikian, capaian ke atas sistem-sistem berkaitan akan ditutup selama 2 hari iaitu bermula pada 30 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014 . Sistem-sistem berkaitan akan boleh dicapai semula pada 1 Januari 2015 . Segala kesulitan amat dikesali. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Aplikasi MyHRMIS Cuti

Imej
Aplikasi MyHRMIS Cuti Adalah dimaklumkan bahawa aplikasi mudah alih MyHRMIS Cuti kini boleh di dapati di Portal HRMIS. Pihak JPA tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan dan kerugian ke atas aplikasi yang dimuat turun di luar dari Portal HRMIS. Aplikasi MyHRMIS Cuti ini hanya akan dimuat naik di Google Play setelah pelaksanaan MyGovMobile dimuktamadkan oleh MAMPU yang akan dimaklumkan kelak. Sila layari url  https://sistem.jpa.gov.my/myHRMIScuti/  untuk maklumat lanjut. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Bengkel "Hands-On" Aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Negeri Johor untuk Penyelaras Sistem

Imej
Bengkel "Hands-On" Aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Negeri Johor untuk Penyelaras Sistem. 8 dan 9 Julai, juga bertempat di PKG Majidee; bengkel pemantapan untuk Penyelaras Sistem SPS telah dijalankan kepada sekolah-sekolah daerah Johor Bahru. Kami datang sebagai pemerhati sahaja. Just melihat sejauh mana keberkesanan kursus bagi memastikan sekolah yang akan dilatih dapat menggunakan SPS dengan baik terutama dari segi kesahan data. Read on

BENGKEL "HANDS-ON" APLIKASI SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS) NEGERI JOHOR

Imej
Bengkel "Hands-On" Aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Negeri Johor. 4 dan 5 Julai, bertempat di PKG Majidee; bengkel pemantapan untuk Jurulatih Utama SPS telah dijalankan kepada seluruh JU SPS negeri Johor. Kami datang sebagai pemerhati sahaja. Just bagi beberapa input supaya JU ni sedar tanggungjawab mereka dalam memastikan sekolah yang akan dilatih dapat menggunakan SPS dengan baik terutama dari segi kesahan data. Read on