Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Penyeragaman

Garis Panduan Penyeragaman Baju Korporat Warga Pendidikan Johor

Imej
Garis Panduan Penyeragaman Baju Korporat Warga Pendidikan Johor. Sukacita pekeliling berkenaan pakaian dan tatacara pemakaian telah dikeluarkan pada 27 September 2018. Antara lain, perubahan pemakaian batik kepada baju korporat pada hari Ahad dan Baju Melayu Teluk Belanga pada hari Khamis. JPN Johor khususnya telah mengeluarkan garis panduan khusus berkenaan penyeragaman baju korporat bagi pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya di JPN, PPD dan sekolah seluruh negeri Johor. Penyeragaman ini merupakan pemurnian daripada Garis Panduan Pemakaian Baju Korporat KPM 2017 diselarikan dengan pekeliling am kerajaan negeri. Muat turun pekeliling melalui pautan di sini .

Lagu Negaraku & Lagu Bangsa Johor : Penyeragaman Video dan Muzik Paparan

Imej
Lagu Negaraku & Lagu Bangsa Johor : Penyeragaman Video dan Muzik Paparan. Actually. Hari Isnin lepas dapat arahan dari big boss untuk semak semula berkenaan dengan perkara ni. Call SUK dan dapat bercakap dengan bahagian protokol. Yup. Memang ada penyelarasan semula berkenaan kedua-dua lagu ni untuk kegunaan dalam majlis rasmi. Banyak isu terutama untuk lagu Bangsa Johor. Pelbagai versi. Pelbagai jenis video. Untuk yang diselaraskan. Semua senikata dipaparkan pada paparan statik supaya lebih fokus. Dapat emel berkenaan kedua-dua bahan tersebut. Up ke media rasmi JPN untuki tindakan semua. Cuma. Kat blog sendiri yang terlepas jauh ni :P. Nak kata sibuk sangat kot. Kekeke. Apapun. Lepas ni kita semua akan guna muzik video yang sama.