Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Ribuan Umat Islam

Najib Sertai Ribuan Umat Islam Di Malam Doa Untuk Malaysia

Imej
Najib Sertai Ribuan Umat Islam Di Malam Doa Untuk Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini menyertai ribuan umat Islam di Dataran Merdeka di sini untuk majlis 'Doa Untuk Malaysia' sempena sambutan Hari Kebangsaan 2015. Perdana Menteri, yang lengkap berjubah putih berserta kopiah, tiba pukul 8.30 malam dan disambut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak, Menteri Wilayah Persekutun, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr Puad Zarkashi selaku penganjur utama majlis tersebut. Hadir sama pada majlis, yang memasuki tahun kedua penganjuran itu, ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Program yang disiarkan secara langsung melalui stesyen TV Al-Hijrah itu dimulakan dengan solat Isyak berjemaah, diimamka