mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label sekolah kawalan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sekolah kawalan. Papar semua catatan

Jumaat, 26 Disember 2014

Semakan keputusan ke Sekolah Kawalan 2015

Semakan keputusan ke Sekolah Kawalan 2015


Semakan melalui mySMS Status Tawaran ke Sekolah Kawalan ambilan Januari 2015 dibuka bermula jam 2.30 petang, 26 Disember 2014 sehingga jam 11.59 malam, 8 Januari 2015. Taip

MOESKWLANGKA GILIRAN UPSR dan SMS ke 15888

Semakan melalui url http://public.moe.gov.my/ juga mula dibuka bermula 2.30 petang, 26 Disember 2014.


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Sabtu, 6 September 2014

Permohonan ke Sekolah Kawalan 2015


Permohonan ke Sekolah Kawalan 2015 melalui ibubapa dibuka mulai jam 2.00 ptg 8 September 2014 sehingga 7 Oktober 2014. (Sila layari http://public.moe.gov.my)

Permohonan ke Sekolah Kawalan melalui guru kelas di menu Sekolah Kawalan (APDM) dibuka mulai jam 10.00 pg 15 September 2014 sehingga 7 Oktober 2014.

Sila pastikan anda memuaturun manual pengisian dan meneliti terlebih dahulu keperluan sebelum membuat pengisian melalui aplikasi ini.


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Selasa, 3 September 2013

PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH, SEKOLAH KAWALAN , KELAS KAWALAN DAN KELAS RANCANGAN KHAS, SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA, SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN DAN KELAS ALIRAN AGAMA TAHUN 2014


PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH, SEKOLAH KAWALAN , KELAS KAWALAN DAN KELAS RANCANGAN KHAS, SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA, SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN DAN KELAS ALIRAN AGAMA TAHUN 2014

Permohonan sudah mula dibuka mengikut tarikh seperti berikut :
01 September 2013 (Ahad) sehingga 15 Oktober 2013 (Selasa)
Permohonan dari ibu bapa boleh dibuat di http://public.moe.gov.my/

Terdapat 3 jenis permohonan untuk pelajar.

  1. SEKOLAH BERASRAMA PENUH
  2. SEKOLAH KAWALAN , KELAS KAWALAN DAN KELAS RANCANGAN KHAS 
  3. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA, SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN DAN KELAS ALIRAN AGAMA

Pastikan anda membuat pendaftaran buat kali pertama dan ingat kata laluan tersebut. User yang anda buat akan menjadi id utama anda selepas ini untuk sebarang semakan/permohonan/rayuan berkaitan anak anda melalui sebarang sistem yang dibina oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

** Sila baca dan fahami manual pengguna yang disediakan. Anda juga boleh memuaturun manual anda di url berikut http://static.sekolahmalaysia.com/public/manualparents.pdf 

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Jumaat, 17 Disember 2010

Sistem semakan online Penempatan Kluster Kecemerlangan Pendidikan/Sekolah Kawalan/KRK/KAA sekolah menengah daerah Johor Bahru 2011

Klik untuk gambar yang lebih besar
Dah setel jugak akhirnya sistem ni.. yihuuu
Perghhh!!! Memang berasap tul buat sistem nih. Satunya pasal tempoh masa yang sangat singkat, bagi aku la. Aku buat enjin nih satu hari, yakni semalam. Hani ni nunggukan data raw dari unit sekolah untuk diimport masuk ke table yang dah sedia aku buat. Yang berasap pasal semua dah menuding ke aku.. Hahahaha.. tak pernah lagi dapat perasaan cenggini. Ye lah kan. Ibu bapa mana yang tak eager nak tau pasal penempatan anak depa untuk tahun depan kan. Masalah aku, data perlu dimurnikan dulu berkali-kali, bukannya apa; nanti dah naik ada data bengong la pulak. haaa.. sapa nak menjawab kan. Tu yang berasap tu. Tengah dok teliti data satu satu, ada ajer parent yang call tanya pasal semak online. Tak kisah la, yang penting dah setel kan. Harap-harap sistem ok hendaknya.

Yang tambah berasap lagi, masa dah setel murnikan data dah jam 4.30 petang. Walau aku memang berhasrat nak balik lambat hari ni; tapi line internet lak bengong kat opis. Bengkerk tul. Dari nak balik lambat terus aku punch out, terus penut sampai rumah. Sampai mama pun tanya, ni balik pukul baper nih? Dah aku pecut. Memang la sampai awal. Biasanya memang aku bawak dengan lemah gemalai, mengharung jem kat jb untuk pulang. Hahaha.. Alhamdulillah. Semua jalan lancar. Walau ada sikit masalah pada awalnya masa import data tu. Lam kul 6 aku dah setel bab data. Pastu nengok part berjaya tu cam tak best. Ubah sikit design. Setel. Terus haplod ke internet. Semoga sistem ini akan dapat membantu ibu bapa menyemak keputusan dengan cepat. InsyaAllah.

url sistem --> http://jbdat.ppdjb.edu.my/semakrk

Kepada ibu bapa di daerah JB atau yang memohon sekolah-sekolah khas ni.. Anda dah pun boleh menyemak keputusan penempatan bila-bila masa sahaja..


Enjoice...Sharing is power!!!

Khamis, 16 Disember 2010

Sistem baru lagi..!

Klik untuk gambar yang lebih besar
Sistem semakan penempatan la pulak naik
Hari ni naik lagi satu sistem. Kali ni sistem semakan penempatan pelajar ke sekolah kluster / kawalan segala tu la, secara online jugak. Tapi masih belum ada isi lagi ya. Kang ada pulak yang duk menerai key-in data kat sini. Ni enjin dulu aku siapkan dan dah up pun. Yang ada cuma dua data testing. Esok insyaAllah semua data sebenar akan naik. Tungguuuu..

Sistem ni boleh dicapai di url http://jbdat.ppdjb.edu.my/semakrk khusus dibangunkan untuk menyemak penempatan ke sekolah sekolah Kluster Kecemerlangan Pendidikan, Sekolah Kawalan, KRK dan KAA di daerah Johor Bahru sahaja noo.. Lain daerah, lain negeri.. kena tanya PPD masing masing lah ye.. Semoga dengan adanya sistem ni, penyemakan penempatan menjadi semakin mudah. Enjoice...Sharing is power!!!