Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel majlis

Majlis Penyerahan Surat Arahan Penempatan Pegawai dan Anggota Kumpulan Pelaksana di Jabatan Pendidikan Negeri Johor 2019

Imej
Majlis Penyerahan Surat Arahan Penempatan Pegawai dan Anggota Kumpulan Pelaksana di Jabatan Pendidikan Negeri Johor 2019. Alhamdulillah. Kini tiba giliran bagi semua pegawai dan AKP, selain Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang mana telah selesai minggu sebelumnya. Selesai semua arahan penempatan untuk semua pegawai dan AKP bagi Sektor Pengurusan Maklumat. Kebanyakannya kekal di tempat dan portfolio yang sama. Teruskan kecemerlangan.

Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.8/2019 & Majlis Penyerahan Surat Arahan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Imej
Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.8/2019 & Majlis Penyerahan Surat Arahan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Hari ni perhimpunan diurusetiakan oleh SJQ. Last before penstrukturan. Meriah. Tahniah atas penganjuran yang gilang gemilang ini. Selesai perhimpunan, satu majlis taklimat ringkas disampaikan pada semua Timbalan Pengarah dan Ketua Sektor berkaitan penstrukturan baharu sebelum majlis penyerahan surat arahan penempatan (AP) baharu disampaikan. Alhamdulillah. Selesai segala persoalan selama ini. Seramai 83 orang fasa pertama selesai disampaikan AP. Kami bertiga daripada SPMICT masing-masing mengorak langkah ke lokasi baharu. Aku ke Perancangan, Mustakim ke Menengah dan Adi ke Murid. Minggu depan akan sibuklah kami dengan urusan serah tugas dan mengosongkan ruang kerja. Terima kasih atas kerjasama dan sumbangan selama ini pada Sektor Pengurusan Maklumat. Semoga terus cemerlang di tempat baharu. Terima kasih juga pada team SPM yang masi

Majlis Meraikan Kejayaan Pasukan Olahraga MSS Johor dan Pendidikan Khas 2019

Imej
Majlis Meraikan Kejayaan Pasukan Olahraga MSS Johor dan Pendidikan Khas 2019. Berkesempatan menghadiri majlis ini yang dijalankan di Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi bersama Pengarah dan semua Ketua Sektor serta PPD. Dua tahun berturut-turut menjadi Johan dan kali ni di tempat sendiri. Tahniah pada semua. Kekalkan kejuaraan dan teruskan kecemerlangan anda!

Majlis Doa Selamat dan Marhaban

Imej
Majlis Doa Selamat dan Marhaban. Petangnya dapat ziarah dari saudara. Sesambil dok sedia juadah untuk majlis simple sebelah malamnya. lepas isya' team perempuan wawasan memenuhi ruang di rumah. Saudara terdekat tiba sejurus selepas rombongan pulang. Sambung sampai ke lewat malam. Terima kasih pada semua yang hadir.

Majlis Iftar Ramadan Sekolah Berasrama Harian Negeri Johor peringkat daerah Segamat 2019

Imej
Majlis Iftar Ramadan Sekolah Berasrama Harian Negeri Johor peringkat daerah Segamat 2019. Tahun 2019, sektor kami mendapat giliran di Segamat. SMK Munshi Ibrahim jadi tuan rumah. Selesai kunjung hormat di SMKA Pagoh kami terus ke Labis ikut jalan lama. Bukit Kepong weh. Singgah Masjid Labis untuk persiapan akhir. Hehehe. Sampai ke sekolah majlis tadarus dan khatam al-quran sedang berlangsung. Bersama kami En. Rosli, pegawai HEM dari PPD. Sampaikan sedikit ucapan sebelum berbuka. Selesai solat maghrib kami bergerak ke Dewan Makan untuk iftar. Tahniah dan syabas pada semua yang hadir dan pihak sekolah yang menjayakan majlis ini.

Kejohanan Olahraga MSSJ kali ke-52 tahun 2019 : Majlis Perasmian Pembukaan

Imej
Kejohanan Olahraga MSSJ kali ke-52 tahun 2019 : Majlis Perasmian Pembukaan. Petang ni ke Stadium Educity. Wakil Ketua Sektor ke majlis perasmian pembukaan ni. Selesai je sempat gi nengok team statistik. Kami jadi penyelaras untuk MSSM kelak. Tengok macam mana gerak kerja deme. Sempat jugak lepak ngan team hadiah. Borak borak sikit sebelum gerak ke balapan. Jumpa ramai geng lama. Meriah la jap petang ni. Hilang sikit gundah kat hati. Hehehe.

Pemberitahuan : Majlis Gotong Royong Mengecat dan Menceriakan Gerbang Kampung Melayu Baru, Gelang Patah

Imej
Pemberitahuan : Majlis Gotong Royong Mengecat dan Menceriakan Gerbang Kampung Melayu Baru, Gelang Patah. Jawatankuasa (JKZ) Kampung Melayu Baru akan menganjurkan satu majlis gotong royong seperti berikut : Aktiviti : Majlis Gotong Royong Mengecat dan Menceriakan Gerbang Kampung Melayu Baru Tarikh : 9 Februari 2019 (Sabtu) Masa : Bermula jam 8:30 pagi Tempat : Gerbang Kampung Melayu Baru, Gelang Patah Semua penduduk kampung dijemput hadir. Sumbangan pokok bunga bagi menceriakan kawasan gerbang juga amat dialu-alukan.

Majlis Penyerahan Surat Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru Tahun 2018

Imej
Majlis Penyerahan Surat Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru Tahun 2018. Tahniah mama dan rakan-rakan guru yang lain khususnya batch yang sama dulu di UTM. Dah jadi majlis reunion gitu. Mama pergi ngan cikgu Rohaizan dari Nusa Perintis petang tadi ke SK Sri Tebrau. Tahniah pada semua!

Sekolah Tun Fatimah : Majlis Solat Hajat Perdana PT3 & SPM 2018

Imej
Sekolah Tun Fatimah : Majlis Solat Hajat Perdana PT3 & SPM 2018. Majlis ini telah diadakan pada semalam, 29 September 2018 hari Sabtu bermula jam 6.30 petang di Surau Fatimah Az-Zahra. Dalam jam 5.45 petang kami tiba di jalan berdepan sekolah. Dah jem beb. Memang sambutan menggalakkan daripada parents Form 3 dan Form 5 tahun ni. Sempat lepak jap depan surau borak-borak. Jumpa iqa jap sebelum majlis mula dan serah pada dia souvernir kata-kata peransang dari inaz. Majlis dimulakan dalam jam 6.30 petang dengan ucapan aluan dari YDP PIBG dan diteruskan dengan bacaan yasin. Selepas selesai solat Maghrib berjemaah kami diperdengarkan dengan tazkirah dari Ustaz Usamah Kamal Al-Hafiz. Solat Hajat dijalankan setelah selesainya solat Isya' berjemaah. Sebelum bersurai kami bergerak ke Dewan Melati untuk jamuan. Dapat la masa berborak lagi dengan anak dan parent lain yang hadir. Tahniah STF atas penganjuran majlis ini. Semoga Iqa dan rakan-rakannya dapat menjawab soalan-soalan PT3 ini d

SK Taman Nusa Perintis : Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin Sempena Peperiksaan UPSR 2018

Imej
SK Taman Nusa Perintis : Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin Sempena Peperiksaan UPSR 2018. Semalam, majlis mengambil tempat di Masjid An-Nur, Taman Nusa Perintis 1. Aku tiba a bit late, selepas selesai solat Maghrib. Buka puasa dan solat dulu di rumah. Sampai dah berderet kereta. Turunkan mama dan inaz dulu dan aku merayau jap cari parking. Sampai. Ngam-ngam sebelum bacaan yasin. Alhamdulillah. Solat isya' dan diikuti dengan solat hajat selepas tu. Semoga anak-anak dipermudahkan segala urusan semasa peperiksaan berlangsung minggu depan. Terima kasih atas sediaan jamuan Nasi Ayam Penyet selepas selesai majlis. Moga dimurahkan rezeki.

Majlis Doa Selamat sempena Hari Guru dan Awal Ramadan 2018 SPMICT

Imej
Majlis Doa Selamat sempena Hari Guru dan Awal Ramadan 2018 SPMICT. Tahniah pada semua ahli sektor yang bertungkus lumus dalam memastikan kelangsungan majlis ini. Terima kasih pada semua yang hadir termasuk tetamu jemputan. Majlis dimulakan dengan majlis bacaan Yasin dan diikuti dengan doa selamat, ucapan dari Ketua Sektor dan sesi potong kek oleh 4 orang yang lahir pada bukan Mac, April dan Mei. Makan time!!! Sedap tul rendang ayam super pedas ni. Penuh perut den. Memang best lunch hari ni. Rasa berbangga dapat jalan terensot pergi dan balik ke opis. Hehehe.

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2017 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru : Tahniah Mama

Imej
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2017 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru : Tahniah Mama. Padanlah dok tanya aku pernah dapat APC ke idok dalam sebulan ni. Dia tak tau aku paling tak suka ke depan terima anugerah ke gapo. Apapun. Tahniah Mama! All the best and be the best! Sempat selfie gitu lam kereta pagi ni. Kui kui kui.

Majlis Perjumpaan Bersama Mantan Guru Besar SK Taman Nusa Perintis 2015

Imej
Majlis Perjumpaan Bersama Mantan Guru Besar SK Taman Nusa Perintis 2015. Lokasi di Restoran Saujana, Tanjung Adang. Aku tak dapat bersama. Kirim kamera ja kat mama.

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SA Nusa Perintis 2015

Imej
Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SA Nusa Perintis 2015. Petangnya sambung kat dewan ni lagi. Majlis sekolah agama pulak. Lepak ngan adik inaz. Iqa ada tiga sijil dan piala dia amik. Pengawas Pusat Sumber, Nombor 1 Kelas, Pelajar Terbaik Tahun 6. Alhamdulillah. Tahun depan adik inaz kena usaha lebih lagi. Tunjukkan adik inaz pun mampu jadi yang terbaik. ps : sori. hari ni aku tak bawak mu beloved samsung camera. pasal banyak belakang tabir aje di sutera mall. balik terus ke sekolah dari tengahari sampai petang. so. zen 4 dan sj4000 aje yang ade. cubic. lepak lam bag sisi aje. malu aaa.. banyak sangat gajet kecik ni.

Majlis Pengumuman dan Penyerahan Keputusan UPSR 2015 SK Taman Nusa Perintis

Imej
Majlis Pengumuman dan Penyerahan Keputusan UPSR 2015 SK Taman Nusa Perintis. Selesai urusan awal di Sutera Mall, terus bergegas ke SK Taman Nusa Perintis. Around 11.30 pagi juga baru aku sampai. Dah mula lama dah majlis dia. Alhamdulillah. Seramai 28 orang murid memperoleh keputusan 5A, manakala 21 orang murid lagi memperoleh 4A. Tahniah pada semua murid, guru dan ibu bapa yang terlibat. Alhamdulillah.

Majlis Tahnik dan cukur kepala Baby Aiman

Imej
Majlis Tahnik  dan cukur kepala Baby Aiman. Semalam. Majlis tahnik dibuat untuk Aiman di Skudai Baru. Tahnik ataupun belah mulut merupakan satu amalan sunnah Nabi saw yang sunat dikerjakan ketika seseorang anak itu lahir. Pada asasnya, bayi yang baru dilahirkan (kurang dari 7 hari) akan disapukan pada lelangit mulutnya sedikit buah kurma yang direndam dalam air zam-zam. Di antara hikmahnya adalah untuk menguatkan lidah dan mulut dan bersedia untuk menyusu; dan dapat mengambil berkat dari orang-orang yang soleh mudah-mudahan kanak-kanak itu akan turut menjadi orang soleh apabila dia dewasa kelak. Setel part tu, sambung ngan cukur kepala Aiman.

Full Revised - Majlis mengetik akhir Haji Alwee bin Hassan

Imej
Full Revised - Majlis mengetik akhir Haji Alwee bin Hassan. Baru ada nafas sikit untuk haplod. Sila sila la layan yer.

Majlis Mengetik Terakhir Haji Alwee bin Hassan

Imej
Majlis Mengetik Terakhir Haji Alwee bin Hassan. A little bit of picas, a single piece first. Yang lain coming right up. Apa pun. Tahniah dan selamat berjaya pada haji alwee. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

'LIVE STREAMING' MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2015 KPM

Imej
'LIVE STREAMING' MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2015 KPM Tonton 'live streaming' Majlis Perutusan Tahun Baharu 2015 Kementerian Pendidikan Malaysia pada 16 Januari 2015, Jumaat jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari melalui portal rasmi KPM di www.moe.gov.my Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) 2015

Imej
MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) 2015 Dewan Plenari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Jumaat, 16 Januari 2015 8.00 pagi - 12.00 tengahari Semua warga KPM dijemput hadir Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!