mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label firework. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label firework. Papar semua catatan

Selasa, 20 Ogos 2013

Sesi ngetest firework mode


Sesi ngetest firework mode. Sebenarnya ada dua mode yang aku ngetest pada sebelah malamnya nih. First adalah firework dan yang kedua light trail. So, picas yang atas ni sebenarnya adalah light trail. Dia guna bukaan lama menyebabkan semua cahaya dapat dicapture dan menyebabkan apa sahaja yang bergerak jadi blur. So, read on... feast your eyes... ekekeke

Isnin, 22 Februari 2010

Ada apa dengan letupan bunga api ni?

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besarMalam tadi memang terkejut gak memulanya. Sapa tak terkejut dengar bunyi letupan kan. Memula sekali dua. Sapa lak tembak menembak ni. Pastu berlanjutan lagi. Jam masa tu kul 9 malam. Ish.. ni mesti ada orang main bunga api ni. Terus aku buka pintu. Betul. Kat luar langit Gelang Patah memang dah cerah dengan letupan bunga api. Pergghhh.. Iqa lari keluar. Nenek dia lari keluar. Cantik la nek.. Tapi iqa takut. Macam perang dah bunyinya. Geak gempita bunyi dia. Sian kat adik sebenarnya. Baru dapat tido kejap.

Bunga api ni berterusan sampai dah dekat dekat jam 12 malam. Ingatkan dah berenti la. Sekali... seiringan dengan mulanya nightline kat TV3, bunyi yang lagi menggila kedengaran. Peerrgghhh.. Ada apa ni..

Borak nyer borak dengan rakan-rakan maya, rupanya malam ni malam kesembilan. Hari penting jugak yang dinamakan Hari menyembah Maharaja Jed. Wow.. kira sembah maharaja syurga la ni. Kalau baca citer journey to the west mesti tahu maharaja jed ni.

Selain dari itu, hari ni jugak hari tahun baru untuk orang cina berbangsa Hokkien. Diaorang akan menyembah maharaja jed ni sebab dia dah melindungi diaorang dari ancaman penghapusan masa zaman dahulu kala. Tebu antara benda penting sebab menurut ceritanya nenek moyang mereka dulu selamat setelah bersembunyi di ladang tebu. Tu la antara cerita dia.

Apa pun jangan lupa, masih ada hari ke-15 lagi ni, Hari Chap Goh Mei yang juga merupakan penutup perayaan. Kalau kat JB ni ada sambutan kat Danga Bay. Bersedialaaahhh...

ps : sori pasal guna gambo lama jer. Tak larat aku nak amik gambo, inaz pun merengek jer semalam..


Selasa, 16 Februari 2010

Main bunga api

©2010mknaceunlimitedMasa balik tadi tengok masih ramai lagi orang cina yang masih bermain bunga api. Iqa ngan inaz pun macam biasa la, merengek nak main bunga api jugak.

Nak main jugak..
Iqa ngan inaz melayu ka cina
melayu la
sekarang kan raya cina
iqa ngan adik nak main jugak..
tak boleh..
Nanti baby kuar adik taknak ajar dia main bunga api.. biar kena tangan dia..Mak aih.. sampai baby lam perut pun kena libat sekali ka..
Nanti atuk kasi..

Tetiba atuk mencelah.. Memang ada bunga api pun. Belen-belen raya itu hari. Tapi memang atuk sorokkan. Kesian agaknya ngan bebudak ni. Kasi aje la. Tapi kena tunggu lepas sembahyang maghrib baru leh main.

Pastu aku ngan ucu pun ada projek gak. Saja.. lama tak menembak malam. So, mula la amik gambo bebudak ni main bunger api. Sekali dengan bateri aku, dengan bateri ucu dedua dah nak kong. Dah lama aku tak caj rupanya. Lagipun aku pakai belen pengakap itu hari.. memang la bateri dah weak.. Dengan bateri body sekali.. Hampeh.. Tapi lagi kesian ucu pasai dia dah siap usung diffuser sama reflector lagi tu.. hahaha..

::Klik untuk cerita penuh::


©2010mknaceunlimited
Yea yea.. atuk kasi main bunga api. Sukanya kita malam ni kan dik..

©2010mknaceunlimited
Dan lagi tu dok melaram ngan bunga api memasing..

©2010mknaceunlimited
Ready dik.. ready.. cam main mercun la pulak kan..

©2010mknaceunlimited
Opocot mak ngkau.. memang meletup tu.. ni memang betul-betul main mercun nih...

©2010mknaceunlimited
Kalau tak kuar api dia, goyang-goyang tau dik.. ha kan.. dah warna merah kuar ni

©2010mknaceunlimited
Ni dah boring habis la ni.. asik dok letup jer.. semua dibakar sekali atas tanah.. hahaha...


Slideshow penuh


Ahad, 14 Februari 2010

Bunga api Tahun Baru Cina 2010



Semalam tepat jam 12 tengah malam ada pertunjukan bunga api kat pekan lama gelang patah. Aktiviti biasa setiap tahun kata ucu. Si iqa dari jam 9 malam lagi dah sibuk nak pergi. Aku memang tak larat langsung untuk pergi.. Ni video ni semua atuk iqa yang ambik pakai henpon dia. Yang paling best iqa menyorok tak ingat lepas bunga api yang pertama dilancarkan. Macam perang kata dia..

::Klik untuk cerita penuh::






Ahad, 20 September 2009

Berpesta bunga api di malam raya

All photos taken by mknace using Nikon D70s, video on youtube compiled using Sony Vegas



Malam ni semua dah target raya esok dah pun sebenarnya. Yang paling best radio johor siap dah cakap malam ni malam last lepas bacaan al-Quran. Wahlaoweiii.. Memang kali ni la yang paling gila sekali bagi aku. Pasal tak tengok anak bulan lagi pun dah tau esok raya. Iqa ngan adik suka hati pasal Is, jiran sebelah; dah cakap awal-awal lagi, tengah malam ni nak bakar bunga api besor.

Malam yang masih muda dihabiskan dengan bermain bunga api yang kecik-kecik dulu. Sesambil tu nengok-nengok bunga api jiran-jiran bako. Bersahut-sahutan. Macam malam merdeka la pulak. Memang best.



Pastu masuk dalam rumah sesambil mengambik gambo ruang tamu yang baru dicat dan langsir baru mama. Sedor-sedor dah pagi. Sempat aku tertido. Hampes tus. Iqa la dok sibuk citer kehebatan bunga api Is jam 12 tengah malam tadi. Huhuhuhu.. Sapa suruh tido kan. So... tengok jer ler gambo yang sesikit ni ajer aku hambik..


Video