Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2012

Pekena semangkuk jom

Imej
Malam ni tetiba teringin la pulak nak pekena eskrem cekelat. Tu pun pasal si iqa makan depan aku tadi. So, aku gi la ceduk eskrem kat dapur. Sekali iqa dah ada tepi aku. "Bah, nak lagi.." Humang aiii... ni dah kira melantak eskrem ke apa ni. Tadi semangkuk bosa ekau sosah, nak lagi semangkuk bosa. Aku ni pun makan pakai mangkuk kecik IKEA jer tau. Iqa, iqa.. Kasi ajer la. Kebudaks ni kalau tiba time dia nak makan, masa tu memang dia sesah bebetul. So, memang aku kasi jer habis-habisan. Nanti kalau time dia taknak, kasi KFC pun sebelah mata jer dia pandang. Kui kui kui.. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Pop pop for the kebudaks

Imej
Hari tu, hari yang aku borong habis susu dutch lady 123456 tu; kebetulan ada sale jugak kat Mydin. Kebetulan, salah satu yang terkandung dalam jualan murah tu adalah mercun pop pop nih. Nak jadi cerita kebudaks ni memang suka nor ngan mercun nih. Tengok harga, ngam. Satu bundle 10 kotak dia taruk RM5. So, jatuh satu limaposen. Berbaloi gak untuk dibeli. Tengok sebelah dia 50 kotak RM20. Banyak sangat la pulak. Beli yang 10 kotak ni cukup la. Hari ni, ni jer yang tinggal. Kebudaks dah merengek nak lagi. Makan bunga api ke kebudaks nih. Kekekeke.. Mama dia dah siap warning. No no no. No more fireworks aaa.. Cuba gi bakar duit RM20 hinggit tu. Nak tak. Iqa kata tak kisah kalau nak cut duit raya dia, duit tabung pun dia sanggup.. Kebudaks, kebudaks.. Memang mikirnya main jer. Tengok la esok kalau aku terasa nak membuang duit... Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Kasut oh kasut

Imej
Petang tadi keluar jap ke jusco. Temankan si mama yang nak beli kasut baru. Kasut lama dah koyak koyak katanya. So, gi la sana. Sambil nunggu aku ke bahagian kasut lelaki. Mana tau ada rezeki. Tapi... cam biasa. Kasut idaman aku takde jugak. Nak tak nak pakai lagi la kasut camel aku yang dah seusia adik inaz tu. Nak cari ganti rasanya dah takde pesen tu lagi dah. Puas tanya.. Paling ada pun kaler cekelat jer.. Tu pun design tak lawa cam yang aku nyer.. Apa leh buat.. ps : pasni aku nak tukar ke dr. cardin balik la cam kasut aku masa kat u dulu. Amacam?? Paling bodo pun caterpillar cam masa aku kat sbp dulu.. Tu anti oil lagi tau.. Tarak licin maa.. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Jom potong rambut

Imej
Baru ada kelapangan sikit hari ni. Singgah jap kat kedai gunting di gelang patah. Kasi pendek terus... ps : yang dicukur tu bukan aku aaa... Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Pertandingan cipta jersi anjuran petrosains

Imej
Dapat tempat pertama untuk pertandingan cipta jersi anjuran Petrosains tadi. Yippa yippa.. Berbaloi gak penantian aku tadi, disamping dapat baca tin tin. kuikuikui.. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Layan komik nostalgia

Imej
Lama aku tak layan komik tin tin nih. Sekali tadi, pasal meneman iqa ngan adik kat perpustakaan; tergerak hari nak menyelongkar. Cukup set dia kat sini rupanya. Cerita pasal tin tin nih, abah belikan pada aku masa aku kat sekolah rendah. 2 buah jer. tapi aku memang suka baca komik dia. Sampai dah hafal. Nak cari siri siri lain memang la tak jumpa kat pekan baling pada ketika tu. Sekali dah jumpa, masa terluang pun banyak; aku study la 2 siri yang tak pernah aku baca lagi. Layan beb.. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!! ps : Sekali, si iqa dok mengendeng nak masuk pertandingan cipta jersi. Dah dapat masa sejam setengah lagi free.. Tambah lagi 3 siri lagi... yippa...

Misteri keychain iqa

Imej
Iqa suka beli keychain . Pantang jumpa, mintak dibelikan. Tak kira la kat mana-mana. Pasar malam ke, tempat yang kami lawat ke, asal keychain . Memula aku tak kisah pasal dia taruk kat zip beg dia. Tapi lama-lama aku dah tak nampak lagi mana hilangnya keychain  dia. Tapi dia masih mintak aku belikan kalau jumpa. Hari ni baru aku perasan balik. Hambik kau. Segugus taruk kat beg pensel. Kalau dia tak bawak ke perpustakaan hari ni, rasanya sampai bila pun aku mesti tak jumpa kat mana misterinya kehilangan keychain yang iqa mintak selalu tu. Kuikuikui. ps : leh tahan gak kan kepala kebudak nih. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Ongoing process

Imej
Install bloggerdroid, format. Habis kat situ. Install sekali lagi, kena format lagi. Cari apps lain untuk tab aku. Blogaway, format jugak. Last last cari blogger. Masalah beso, malaysian tak leh donlod. Masuk us nyer site, donlod. Setel. Awal tahun ni, masalah. Tak leh nak post langsung. Yang kelakar, edit boleh la pulak. Last last balik ke bloggerdroid semula. Tu pun isu sama jugak. Apasal ntah. Ps : abaikan foto progress rumah tu. Tapi yang tu pun ada kaitan ngan tajuk. Kuikuikui. Tak lama lagi, insyaAllah siap. Maybe ni antara sebab rumah di Pulai Perdana rela disewakan? Betul la tu. Pss : last last posting via emel la jugak

Lagu dan logo Sambutan Kemerdekaan ke 55

Imej
Keterangan logo Merupakan simbol negara Malaysia yang dicintai yang mempamerkan pencapaian cemerlang negara sejak merdeka. Merupakan kebanggaan setiap rakyat Malaysia kerana namanya kini terserlah di persada dunia. Melambangkan Kedaulatan Institusi Raja Berpelembagaan dan kedaulatan Negara yang telah dipertahankan sejak 55 Tahun. Melambangkan perpaduan utuh masyarakat Malaysia yang berusaha mencapai kemajuan (Maju) dan kemakmuran (Makmur) negara sejak dari awal kemerdekaan dicapai. Melambangkan keunikan, liku-liku serta cabaran yang dihadapi oleh para pejuang dan pemimpin negara dalam memperjuang dan mempertahankan kemerdekaan serta kedaulatan negara. Melambangkan kesungguhan dan komitmen kerajaan dalam menunaikan janji kepada rakyat untuk membawa kemakmuran, kemajuan, kehidupan dan peluang ekonomi yang terbaik. Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bersatu padu, bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membin

Pembayaran Zakat Fitrah Di Negeri Johor 1433h/2012

Imej
Picas from  ustaznoramin.com Zakat Fitrah merupakan kewajipan fardhu ain ke atas setiap orang Islam. Kewajipan yang dilaksanakan di bulan Ramadhan ini bertujuan membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan seterusnya bayaran fitrah tersebut dapat digunakan untuk membantu fakir dan miskin membuat persiapan menyambut Hari Raya. Inilah di antara keindahan Islam di sebalik pensyariatan sesuatu ibadah kepada penganutnya. Sesungguhnya peranan zakat dalam membina sosio ekonomi dan sosial masyarakat Islam amatlah penting dan mesti dihayati sepenuhnya oleh setiap muslim. Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) menetapkan dua kadar bayaran zakat fitrah bagi umat Islam di negeri ini iaitu RM5 atau RM8.00 seorang untuk tahun ini. Penetapan kadar zakat fitrah tersebut adalah mengambil kira harga semasa beras yang dimakan oleh umat Islam di negeri ini. Takrif Zakat Fitrah  Zakat dari segi bahasa bermaksud bersih, suci, subur dan berkembang.Zaka

Seminggu di Kuala Lumpur

Imej
mesyuarat map bil 2 bermula So, ni antara salah satu mesyuarat yang memang fully occupied , dari pagi sampai ke malam setiap hari selama 3 hari 2 malam. Makin banyak perkara ditambah ke dalam tentatif mesyuarat seperti barisan hadapan dan integrasi sistem. Pergghhh... berasap kepala aku. first time aku meeting sampai berasap kepala. pelik jugak. or maybe aku masih belum dapat rehat secukupnya kot. Apa pun... layannnzzz... Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!! laluan utama ke tempat rehat di R&R Pagoh tak ingat ni hentian mana ntah yang aku berenti gulai ayam kampung yang best di r&r pagoh Isi minyak dulu Suasana rutin jalanraya utama di KL  check in @ hotel capitol room 111 pandangan luar tingkap bilik aku, low yat ber background berjaya times square sarapan pagi course pertama ABC kurang gula yang dibikin sendiri aku isu pengintegrasian sistem sedia ada barisan ku maklumat dari serata malaysia