mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label one piece 545. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label one piece 545. Papar semua catatan

Sabtu, 22 Januari 2011

Ronoroa Zoro : the picas

Klik untuk gambar yang lebih besar
Lama dok terkurung lam kotak.. sekali terkeluar...
Tadi sesaja dok belek belek kotak kotak aku dulu. Kotak masa aku pindah dari kuala selangor ke JB. Ni antara 2 kotak aku yang memang aku tak keluarkan isi dia. Sebabnya.. Ni semua model model yang aku simpan semenjak aku bujang lagi.. Dari gundam wing deathscythe, ghost in the shell sampaila ke model besi wunan ngan sang asura. Aku pernah kuarkan sekali raksasa syaitan si wunan tu. Terjerit jerit si iqa. Sudahnya.. semua tersimpan kemas lam kotak sampai ke la.

Pagi ni saja kuarkan dok belek belek balik. Pegang si usagi yojimbo, ingat ninja turtle; vanessa william, ingat pemandu manta lam mask. Huh.. memang model aku ni dah masuk nak sebaya ngan aku dah. Dan semuanya masih tip top. Tengok cara jaga la beb. Memang aku saja simpan sebab aku suka sangat model nih. Lagi pun leh jadik model aku untuk photoshoot gak kan.

Pagi ni saja aku kuarkan si ronoroa zoro, dari one piece. Aku suka model model cenggini. Point gerak dia banyak. Memacam aksi aku leh setel. Cuma pasal aku amik gambo pun bersam encik ziqri ni. Setting lebih kurang ja, dan lebih banyak mengubah kedudukan bila tangan dia dah menjalar. Apa nak jadi bapak si ziqri nih.. dah nama mainan kasik ajer la kat saya kan.. hihihi..

Sekaligus aku wat sample pada yang ramai tanya. Apa beza bukaan aparture bila kita amik gambar. Ya.. silakan nengok apa bezanya>>>>



©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ni kedudukan dia. Nampak ada jarak dari kamera ke aku dan model ke background.. setting bodo bodo ja.. kalau nak jual baru aku setting bebetul. Untuk gambo ni aku pakai lens tamron 17-50 f2.8 aku..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Maka bermula la sesi tunjuk beza.. yang ni diambil pada aparture kecik f18.. untuk imbangkan aku pakai shutterspeed 1/10s dan pakai tripod. Nampak semuanya jelas dari depan sampai belakang. Cahaya pun sekata walau flash aku letak tepi.

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ni pada aparture sederhana, f5.6. untuk imbangi aku pakai shutter 1/500s. Nampak belakang dah mula kabur dan nampak sangat kesan cahaya.

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ni aparture beso, f2.8.. nampak sampai abis blur kawasan lain. Yang bebetul aku fokus ja jelas kelihatan sharp..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Pastu.. apa lagi.. pakai lens kegemaran aku.. tamron 70-300mm nak layan macro sikit. Yang best pasal model ni adalah.. kita bebas nak buat gaya untuk dia.. walau pun gaya sekeping ja aku kasik.. tapi agak puas hati la pagi nih

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Dari tadi tarik pedang.. tak kuar kuar jugak la

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Sampai dah berkerut dahi tak jugak kuar pedang tuh

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Pandang sana la pulak..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Paling best amik gambo model ni apabila kita ambik dari low angle.. paling tak best bila kita nyer tripod takleh rendah lagi.. huhuhu.. sapa suruh ilangkan head tripod sepaider tuh. huhuhu

Enjoice...Sharing is power!!!

Ahad, 7 Jun 2009

Manga on a cool Sunday Morning




Pagi ni bangun lega sikit. Pasal dah tinggal satu jer lagi majlis. Dah leh enjoy sikit la. So dapat la check emel and everything. LAst kali check manga la. Dah lama gak tak baca. Sekali nengok list, aku nyer manga semua ada hapdet.. Bestnyer..


Eye Shield Chapter 332

At last, permainan antara Amerika dengan Jepun berkesudahan dengan markah 45-45. Seri. Taktik Golden Dragonfly (tiga orang dengan taktik Dragonfly) diikuti dengan Cerberos Dive (tiga orang dengan taktik Devil Bat Dive) yang digelar sebagai Holy Trinity sebab semuanya dibuat bertiga; berjaya menewaskan Mr.Don. Kedua-dua team memang tak puas hati lagi, walaupun dah diumum kedua-dua sebagai pemenang dan MVP jatuh pada Sena.



One Piece Chapter 545

Semua dah lepas dari kurungan. Apa yang best, memang lawan gegiler. Maggelan memang tak puas hati sebab maruah dia sebagai ketua kurungan paling kebal dah tercalar. Semua yang menahan habis kena Hydra. Termasuklah Iva dan Inazuma. Sekarang medan pertarungan sudah berubah ke level 1, level paling atas. Semuanya sudah berkumpul disitu.



Liar Game Chapter 76

Kemenangan yang sejati yang diidamkan oleh Kikuchi ternyata tak jadi kenyataan. Kepantasan matanya masih tak dapat melawan strategi Akiyama. Akhirnya pasukan Timur telah memenangi pertarungan kedua. Sekarang pertarungan General cuma sekadar pemanas untuk pasukan Timur.



Gambling Emperor Legend Zero Chapter 51

Pertandingan Anchor semakin menakutkan. DJ semakin menggila memberi soalan. Target utama supaya Zero menjadi kecewa dengan 2 orang rakan sepasukan yang sememangnya tidak dapat menjawab langsung soalan yang DJ berikan.



Click here for more manga



Chiaoooo...
_________________________________________________________________________
Mohamad Khairul Nizam | 07-5101621 | 0163176350 | 0136042404 | mknace@gmail.com