Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel banner

Perbincangan Jawatankuasa Buku Program, Banner, Bunting, Publisiti dan Seranta Hari Guru Kebangsaan 2017 bersama urusetia induk

Imej
Perbincangan Jawatankuasa Buku Program, Banner, Bunting, Publisiti dan Seranta Hari Guru Kebangsaan 2017 bersama urusetia induk. Ingatkan lepas balik SSI dapat la lurus kaki sambil nengok MPK. Tetiba dapat call dari urusetia. Urusetia Induk ada di Johor dan sedia untuk bertemu untuk perbincangan terutama berkaitan cetakan. Terus gerak ke lokasi perbincangan. Alhamdulillah. Banyak perkara dapat di sort out. Senang dah tugas kami lepas ni. Konsep pun dah dipersetujui. Dah boleh all out dah lepas ni.

Mesyuarat Jawatankuasa Buku Program, Banner, Bunting, Publisiti dan Seranta Hari Guru Kebangsaan 2017 Bil.2/2017 JPN Johor

Imej
Mesyuarat Jawatankuasa Buku Program, Banner, Bunting, Publisiti dan Seranta Hari Guru Kebangsaan 2017 Bil.2/2017 JPN Johor. Mesyuarat AJK dengan nama paling panjang bermula lagi. Kekeke. Semak status semasa 3 JK Kecil. Rancang milestone. Next meeting. Kita pakat bentang hasil ye. All the best! Sempat lagi bincang dengan wakil YTL sebelum tu pasal majlis agihan altitude. Hmmm... Ni gambo last dari Zen4 aku sebelum dia merajuk total hingga aku terpaksa beli henpon baharu. Ni semua kes gi Digi ngan en Firdaus itu hari. Layan sangat J3 RM188 tu. Kan dah!

Mesyuarat Jawatankuasa Buku Program, Banner, Bunting, Publisiti dan Seranta Hari Guru Kebangsaan 2017 Bil.1/2017 JPN Johor

Imej
Mesyuarat Jawatankuasa Buku Program, Banner, Bunting, Publisiti dan Seranta Hari Guru Kebangsaan 2017 Bil.1/2017 JPN Johor. Semalam. Alhamdulillah. Mesyuarat pertama dapat dijalankan. Terima kasih atas kehadiran semua ahli jawatankuasa dan wakil pencetak. Kami juga dapat task membantu membuat pemilihan bagi konsep hari guru. Semalam banyak masa diluangkan dalam membuat penambahbaikan bagi konsep asas hari guru. Dalam pada masa designer buat perubahan, kami sambung mesyuarat berkaitan pembahagian tugas yang mana aku pecahkan pada 3 JK Kecil iaitu Buku Program, Rekacipta dan Publisiti. Lama juga kami berkampung petang tu. Dah sampai semua berdiri nak sampaikan pendapat dan pandangan. 5.30 petang baru dapat kata putus. Kami la orang terakhir tinggalkan aras 6 petang tu. Hehehe.

Perbincangan Awal JK Kerja Buku Program, Banner, Publisiti dan Seranta Hari Guru Kebangsaan 2017

Imej
Perbincangan Awal JK Kerja Buku Program, Banner, Publisiti dan Seranta Hari Guru Kebangsaan 2017. Selesai perbincangan awal. Pecahkan pada 3 jawatankuasa kecil. Buku Program, Banner dan Publisiti. Pengagihan pegawai meja juga selesai dibuat. Mustakim dengan Buku Program, Adi dengan Banner dan Firdaus dengan Publisiti. Masing-masing dah boleh mula merangka tindak susul dan pegawai sokongan masing-masing. All the best!

Sekitar pemasangan banner DNPN 2012 Johor

Imej
Pagi tadi dah dapat foto-foto pemasangan banner dari pencetak. Alhamdulillah... semua banner dah setel. Tinggal banting yang akan mula dipasang hari ini. Harap semuanya akan berjalan lancar. BTW, thanks to abang Farid and his crew for this event. ps : kena beli galaxy note gak nih bila nengokkan foto yang di send nih... kui kui kui Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Banner Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Johor 2012

Imej
Tahun ini, 2012; perayaan hari guru untuk peringkat negeri Johorakan diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Kota Tinggi, Johor. Hari ni last mesyuarat induk bertempat di Kota Tinggi. Banner ni pun masih ada pemurnian lagi yang perlu dibuat. Apa pun, Selamat Hari Guru. Posted via Blogger PC edisen

Banner Permata-KTI

Imej
Apasal aku buat banner ni ekk..? Aku pun tak tau. Tadi masa syamsul mintak tolong nengokkan banner dia, aku pun nengok la. Semalam aku dah ajar pasal buat banner ni dan saiz dia. Tu la pasal. Bila nengok banner dia macam strech jer nih.. So, aku sesaja hilangkan gatal tangan aku wat banner dia jap. Tapi sempoi jer la. Paling sempoi pasal aku buang 5 minit jer.. kikiki.. Browse cari wallpaper.. Cut ikut saiz.. Browse cari logo maktab, paste, kasi tukar kaler background. Amik banner asal, kasi opacity down taruk tepi.. siap.. Sila la amik dan paste nengok link ni masuk banner ko wahai encik syamsul.. kalau strech jugak aku tak tau la.. Maybe aku kena pi check darah aku kot..hahaha Enjoice...Sharing is power!!!