Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Muafakat Johor

Pelancaran Lagu Muafakat Johor sempena Sambutan Ambang Kemerdekaan 2016

Imej
Pelancaran Lagu Muafakat Johor sempena Sambutan Ambang Kemerdekaan 2016 Semarakkan Semangat Muafakat Bangsa Johor. Kerajaan Negeri Johor bakal melancarkan lagu Muafakat Johor pada 30 Ogos ini secara serentak di seluruh daerah bagi menyemarakkan lagi semangat muafakat Bangsa Johor di negeri ini. Majlis pelancarannya akan disempurnakan Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin sempena Malam Ambang Merdeka di Dataran Ledang, Tangkak. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan Dan Warisan Negeri Johor, Dato’ Zulkurnain Kamisan berkata, lagu tersebut akan disebar luas di semua stesen televisyen atas talian, sekolah selain akan dimainkan pada setiap sambutan acara di Johor seiring dengan konsep Bangsa Johor. Beliau berkata setiap rangkap dalam lagu Muafakat Johor memberi inspirasi kepada rakyat untuk terus berjuang dengan penuh semangat sebagai satu bangsa bagi mencapai cita-cita gagasan Johor berkemajuan, kesetiaan Bangsa Johor kepada raja serta raja dan rakyat berpisah

Pertandingan Rekaan Grafik Muafakat Johor Masih Terbuka

Imej
Pertandingan Rekaan Grafik Muafakat Johor Masih Terbuka Unit Media dan Komunikasi, Pejabat Menteri Besar Johor menjemput semua rakyat negeri Johor dan seluruh rakyat Malaysia untuk menyertai Pertandingan Rekaan Grafik Muafakat Johor. MAKLUMAT PERTANDINGAN:  Penyertaan terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Objektif: Menyemai semangat permuafakatan di kalangan rakyat Johor.  Pertandingan ini dibuka, mulai 6 Ogos 2015 hingga 19 Ogos 2015. FORMAT rekaan grafik adalah POSTER . Semua keputusan pihak penganjur adalah MUKTAMAD dan sebarang perbincangan ATAU surat-menyurat tidak akan dilayan. Semua penyertaan yang diterima oleh pihak penganjur menjadi HAK MILIK penganjur dan penganjur boleh menggunakan rekaan grafik tersebut untuk apa-apa tujuan, termasuk paparan di tempat awam. TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN: Setiap peserta dibenarkan untuk menghantar lebih daripada satu penyertaan. Walau bagaimanapun, setiap peserta HANYA layak memenangi satu hadiah SAHAJA . Penyertaan