mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label 94 Penerima. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 94 Penerima. Papar semua catatan

Selasa, 22 September 2015

Agong Kurnia Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Persekutuan Kepada 94 Penerima

Agong Kurnia Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Persekutuan Kepada 94 Penerima


Tahniah diucapkan kepada semua penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2015 terutama pada Tuan Haji Aminudin bin Adam Pengarah Pendidikan Negeri Johor yang turut menerima pingat Johan Setia Mahkota (J.S.M.)

Senarai penuh penerima boleh didapati melalui pautan berikut :
http://www.istiadat.gov.my/index.php/component/content/article?layout=edit&id=64

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2015 kepada 94 penerima.

Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah turut berangkat ke istiadat pengurniaan itu yang berlangsung di Istana Negara di sini bersempena ulang tahun keputeraan rasmi Seri Paduka yang disambut pada 6 Jun lepas.

Mendahului senarai penerima darjah pada istiadat pengurniaan kali ini ialah Pengerusi UNITAB Medic Sdn Bhd Tan Sri Tengku Abdullah Almarhum Sultan Abu Bakar yang menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M), membawa gelaran 'Tan Sri'.

Antara penerima lain darjah berkenaan ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abu Samah Nordin; Pengerusi Eksekutif Cepatwawasan Group Bhd Tan Sri Mah King Thian serta Pengarah KPJ Healthcare Berhad Tan Sri Siti Sadiah Sheikh Bakir.

Turut menerima P.S.M ialah Pengarah Urusan Kumpulan Nirvana Asia Limited Tan Sri Kong Hon Kong; Pengerusi PPB Group Bhd Tan Sri Oh Siew Nam serta bekas Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Allahyarham Tan Sri Sabri Ahmad yang diwakili isterinya, Puan Sri Dr Jahara Yahaya.

Seri Paduka turut mengurniakan 18 darjah Panglima Jasa Negara (P.J.N) yang membawa gelaran 'Datuk' iaitu kepada dua Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Dr Badariah Sahamid dan Datuk Dr Prasad Sandosham Abraham; Ketua Setiusaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Loo Took Gee; Senator Pulau Pinang, Senator Datuk Norliza Abdul Rahim; Anggota Dewan Undangan Negeri Kawasan Penaga Pulau Pinang, Datuk Mohd Zain Ahmad; serta Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia Datuk Mortadza Nazaren.

Penerima P.J.N yang lain ialah Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia Datuk Sabri Adam; Pengarah MBF Holdings Bhd Datuk Matrona D'Cruz a/p Tharsis D'cruz; Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mhd Amin Nordin Abd Aziz; Ketua Eksekutif Koridor Utara Datuk Redza Rafiq Abdul Razak; Presiden Persatuan Pengeluar Plastik Malaysia Datuk Lim Kok Boon; Penyelaras Unit Tugas-tugas Khas Parlimen Ibu Pejabat Barisan Nasional Datuk Zainal Abidin Abdul Rahim serta Pengerusi Eksekutif MRT Consortium Bhd Datuk Lee Hwa Cheng.

Turut menerima P.J.N ialah Pengarah Eksekutif Kumpulan Jakel Trading Sdn Bhd Datuk Mohamed Nizam Mohamed Jakel; Arkitek, Datuk Ar. Ho Jia Lit; Naib Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia Datuk Dr Asharuddin Ahmad; Peguambela dan Peguamcara Datuk M.Karuppanan serta Pengerusi Gabungan Pertubuhan Cina Sarawak Datuk Dr Wong Aik Loung.

Seri Paduka turut mengurniakan Darjah Panglima Setia Diraja (P.S.D) yang membawa gelaran 'Datuk' kepada Setiausaha Bahagian Istiadat dan Urus setia Persidangan Antarabangsa Jabatan Perdana Menteri Datuk Kamis Samin.

Selain itu, sejumlah 19 individu menerima Darjah Johan Mangku Negara dan 49 penerima darjah Johan Setia Mahkota.

-- BERNAMA


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free