Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kementerian pelajaran

2 kejutan baru di pagi senin

Imej
Tarikh : 8 November 2010 Masa :8.00 pagi Tempat : SJKC Pu Sze Mood : Waaa.. kejar masa beb Pagi ni ada taklimat untuk persediaan hujung tahun. Semua unit boleh kata dah memenuhi dewan di SJKC Pu Sze. Tetiba bos cakap ngan aku, rul; terus masukkan gambar Hj. Markom lam web PPD. Dah konfirm Pengarah JPN Johor yang baru. Dia nak datang rasmi SiSP1 kita sekali nih. Pergghhh.. masa suntuk tu. Cari gambar, tukar terus.. Sekali baca lam web MOE, KPPM baru pun dah kuatkuasa. Dan yang penting, aku leh terkedu kejap masa baca nama dia.. Dato' Ghafar. Bukan ka aku selalu jadi urusetia program-program SBP di bawah beliau dulu. Bila tanya Ajis, konfirm.. Ucapan tahniah kepada Dato' Abd. Ghafar bin Mahmud yang dilantik menjadi Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang baru dan Tuan Haji Markom bin Giran yang dilantik menjadi Pengarah Pelajaran Negeri Johor yang baru. Enjoice...Sharing is power!!!

Pertandingan Koir Sekolah Menengah peringkat Kebangsaan 2009 - Hari Kedua

Imej
Pertandingan Koir Sekolah Menengah peringkat Kebangsaan 2009 - Pertandingan bermula Pada pagi ini, bertempat di Eagle Hall, berlangsung pertandingan Koir Kebangsaan Sekolah Menengah peringkat Kebangsaan 2009. Sebanyak 15 pasukan bertanding pada pagi ini. Selepas taklimat hakim, para peserta mula menyiapkan diri. Selepas setiap pasukan selesai membuat persembahan, mereka dibawa ke sesi fotografi bertempat di ruang legar resort. Slideshow Hari pertama Hari pertandingan Majlis penutup Kontijen

Pertandingan Koir Sekolah Menengah peringkat Kebangsaan 2009 - Hari Pertama

Imej
Pertandingan Koir Sekolah Menengah peringkat Kebangsaan 2009 - Hari pertama Pertandingan Koir Sekolah Menengah peringkat Kebangsaan 2009 diadakan bertempat di Tanjong Puteri Golf Resort, Pasir Gudang, Johor. Untuk hari pertama, peserta yang sudah mendaftar diberi peluang untuk menyesuaikan diri dengan pentas dan peralatan atau lebih biasa disebut sound check. Pada sebelah malamnya, satu taklimat telah dijalankan untuk semua guru pengiring bertempat di dewan yang sama. Pelbagai perkara asas dijelaskan berkenaan dengan pertandingan dan tempat kali ini. Slideshow Hari pertama Hari pertandingan Majlis penutup Kontijen