Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kertas BI UPSR Dipecah Kepada Dua Gred

Kertas BI UPSR Dipecah Kepada Dua Gred Mulai 2016 - Lembaga Peperiksaan

Imej
Kertas BI UPSR Dipecah Kepada Dua Gred Mulai 2016 - Lembaga Peperiksaan PUTRAJAYA, 28 Sept (Bernama) -- Kertas Bahasa Inggeris (BI) bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk pemahaman dan penilaian dipecahkan menjadi dua gred berasingan mulai tahun depan, kata Pengarah Lembaga Peperiksaan Datin Nawal Salleh. Beliau berkata pada UPSR sebelum ini, ujian pemahaman dan penilaian bagi subjek BI digabungkan sebagai satu gred sahaja dan hanya kertas Bahasa Melayu (BM) yang mempunyai dua gred. "Langkah mengasingkan gred pemahaman dan penilaian bagi kertas BI dibuat sejajar dengan usaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar," katanya dalam sidang media mengenai format baharu peperiksaan pusat UPSR 2016 di sini Isnin. Berikutan pengasingan ujian kertas BI itu, calon UPSR bagi Sekolah Kebangsaan (SK) akan mendapat enam gred mulai tahun depan berbanding hanya lima gred sekarang manakala calon Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina SJK Tamil