mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label 1 Nov. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 1 Nov. Papar semua catatan

Jumaat, 17 Oktober 2014

JPJ laksana operasi khas banteras penggunaan lampu strobe, lampu HID dan nombor pendaftaran kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi mulai 1 Nov ini

JPJ laksana operasi khas banteras penggunaan lampu strobe, lampu HID dan nombor pendaftaran kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi mulai 1 Nov ini


Operasi banteras guna lampu strobe light, HID 1 Nov.
ANTARA lampu HID yang tidak dibenarkan oleh JPJ mulai 1 November ini.
PUTRAJAYA 16 Okt. - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengadakan operasi besar-besaran terhadap pemilik kenderaan yang masih berdegil menggunakan strobe light, lampu HID dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi mulai 1 November ini.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, pihaknya turut menetapkan 1 Mei tahun depan sebagai tarikh bermulanya penguatkuasaan terhadap pemilik-pemilik kenderaan yang menggunakan cermin gelap tanpa mengikut syarat ditetapkan oleh JPJ.
Tegas beliau, pihaknya tidak akan berkompromi lagi berhubung penguatkuasaan keempat-empat perkara tersebut kerana kaitannya dengan usaha kerajaan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara ini.
"JPJ memberi tempoh sehingga 31 Oktober ini kepada orang ramai untuk mengambil tindakan menukarkan nombor pendaftaran yang tidak mengikut peraturan ditetapkan, menukar lampu HID yang tidak mengikut spesifikasi dan menanggalkan strobe light yang dipasang di kenderaan masing-masing.
"Selepas tarikh itu mereka yang ingkar akan dikenakan kompaun melalui operasi besarbesaran yang juga akan disertai oleh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Tindakan saman itu kata Ismail tertakluk di bawah peruntukan Kaedah 6(7) KaedahKaedah Kenderaan Motor (Pendaftaran dan Perlesenan) 1959 dan semua jenis kenderaan akan terlibat sama ada bas, lori mahu pun kereta persendirian.
Dalam pada itu, beliau berkata, pemilik kereta atau kenderaan yang dilengkapi dengan lampu HID oleh pihak pengeluar kenderaan iaitu sebagai spesifikasi asal dan bukannya melalui pengubahsuaian tidak tertakluk dengan peraturan tersebut.
"HID yang asal (pihak pengeluar) tidak ada masalah. Penguatkuasaan ini hanya kepada pemilik kenderaan yang memasang lampu HID yang diubah suai yang mana kita dapati amat mengganggu pengguna-pengguna jalan raya yang lain.
"Bagi penggunaan strobe light pula hanya agensi-agensi penguatkuasaan yang dibenarkan menggunakannya," ujarnya.
Mengulas lanjut berhubung penggunaan cermin gelap beliau berkata, pemilikpemilik kenderaan yang memasang cermin tersebut diberi tempoh sehingga 30 April 2015 untuk menanggalkannya atau menukarkannya supaya cermin kenderaan masing-masing tertakluk kepada kadar ketelusan cahaya (VLT) yang dibenarkan.
"Disebabkan kadar baharu VLT baru sahaja diluluskan oleh kerajaan adalah wajar satu tempoh yang munasabah diberikan kepada orang ramai bagi mengambil tindakan pembetulan khususnya bagi pemilikpemilik kenderaan import bagi mendapatkan gantian cermin yang mengikut kadar baharu VLT," katanya.
Beliau berkata, kadar VLT baharu yang telah ditetapkan berdasarkan bengkel yang diadakan pada Jun lalu adalah seperti berikut:
"Cermin hadapan (VLT70 peratus); cermin sisi pemandu dan penumpang (VLT50 peratus); cermin sisi belakang (VLT30 peratus) dan cermin belakang (VLT30 peratus)," ujarnya.

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Isnin, 29 September 2014

Peraturan Baharu Cermin Gelap Dikuat Kuasa 1 Nov Depan

Peraturan Baharu Cermin Gelap Dikuat Kuasa 1 Nov Depan


Peraturan baharu berhubung penggunaan cermin gelap bermula 1 Nov depan.
Kadar ketelusan cahaya nampak (VLT)

  • cermin belakang dan sisi penumpang belakang dikurangkan daripada 50 peratus kepada 30 peratus
  • cermin hadapan dan sisi pemandu pula masing-masing kekal pada kadar 70 peratus dan 50 peratus.


MELAKA, 29 Sept (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan peraturan baharu berhubung penggunaan cermin gelap bermula 1 Nov depan.
Ketua Pengarahnya Datuk Seri Ismail Ahmad berkata pelaksanaan peraturan baharu itu menetapkan kadar ketelusan cahaya nampak (VLT) bagi cermin belakang dan sisi penumpang belakang dikurangkan daripada 50 peratus kepada 30 peratus.
Beliau berkata kadar VLT bagi cermin hadapan dan sisi pemandu pula masing-masing kekal pada kadar 70 peratus dan 50 peratus.
"Peraturan ini selaras dengan standard atau piawaian antarabangsa di beberapa negara luar," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan Ketua Pengarah JPJ bersama anggota penguat kuasa dan pemeriksa kereta motor peringkat zon selatan di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata peraturan baharu itu terpakai kepada semua kenderaan di negara ini termasuk kereta import.
Ismail berkata pengguna jalan raya yang gagal mematuhi peraturan baharu itu boleh dikompaun RM300 dan sekiranya kes tersebut dibawa ke mahkamah mereka boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara dua minggu atau kedua-duanya di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991.
Bagaimanapun, katanya pengecualian terhadap peraturan itu diberikan kepada penggunaan kenderaan bagi beberapa jawatan tertentu seperti Yang di-Pertuan Agong; Sultan; Perdana Menteri; Timbalan Perdana Menteri; Ketua Menteri; Ketua Hakim dan juga kenderaan agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia dan Kastam Diraja Malaysia.
Katanya pengecualian peraturan itu bagi tujuan keselamatan individu berkenaan dan juga anggota penguatkuasaan dalam melaksanakan operasi pencegahan jenayah yang berisiko tinggi.
Dalam perkembangan lain, Ismail berkata jumlah saman yang dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan di negara ini meningkat daripada 611,000 saman pada 2012 kepada 1.02 juta saman pada tahun lepas.
Katanya jumlah itu dijangka meningkat sehingga 1.2 juta pada 31 Dis ini berdasarkan peningkatan operasi penguatkuasaan dan pemeriksaan terhadap kenderaan serta pengguna jalan raya.
-- BERNAMA

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free