mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label sktta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sktta. Papar semua catatan

Rabu, 31 Mac 2010

Penantian yang sekian lama ditunggu

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besarAkhirnya.. Setelah sekian lama menunggu. Akhirnya team takraw aku berjaya jugak menembusi hingga ke Final. Aku tak target banyak kali ni..Cukup sampai semi jer.. Sekali tetiba datang hangin.. Terus sampai ke final. Alhamdulillah.. Kelakar pun ada.. Dari mula kami main sampai ke semi.. memang hempas pulas.. terjerit-jerit cam tarzan.. memang psyco pihak lawan habis-habis.. Sekali sampai final.. aku lepak jer kat tepi ngan cikgu maarof.. Main rilek jer.. Aku dah nampak, si haiqal memang dah tak larat.. Team dia memang kurang sorang lagi player.. Harap dia ngan adik dia haiziq jer nak cover permainan.. Kasi jer la.. Apa pun aku dah puas hati sebab target aku dah bolos.. dari semi terus sampai final.. Memang tak terkata.. Yang paling best masa game last la.. Lepak jer kat tepi.. memember sekolah lain pun naik heran apasal kitaorang dah rileks jer.. Sebenarnya sekolah aku memang banyak bertuah hari ni. Mula dengan susunan awal lagi dah nampak.. Team A aku jumpa team B sekolah-sekolah lain, masa cabut undi kat quarter aku dapat bye.. Apa lagi.. Hoyeee!!! memember lain semua tak puas hati ngan aku.. Mana taknya.. lepas cabut jer aku terus lompat beb.. Terus masuk semi.. Target aku datang menggolek jer.. Walau apa pun.. Terima kasih bebanyak pada semua yang membantu aku, cikgu-cikgu sekolah aku yang banyak memberi sokongan moral, cikgu praktikal yang turut join sekali, penganjur, cikgu-cikgu sekolah lawan dan sesapa saja yang turut serta lam game takraw ni.. TQ, TQ beri-beri much..

Lepas habis jer tanya bebudak.. korang nak makan kat mana.. McDee.. Ayuh kita pergi.. Yihaaa!!!

::Klik untuk cerita penuh::





©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Sesampai jer aku terus pilih port untuk bebudak aku. Terus usya pihak lawan.. Nampak cam leh makan jer...

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Jom makan dulu.. Game kita lambat lagi.. Sesambil tu jeling menjeling gak pihak lawan..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Dah start dah.. Skudai baru.. antara yang best gak.. Team B kena tibai gegiler ngan bebudak nih..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Skudai batu 10 kurang menyerlah tahun ni.. Pun team B kami kena tibai jugak

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Haaa.. takut aku nengok cikgu2 team lain.. garang wooo.. aku jer yang banyak psyco. Buat bising.. hahahaha..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Belasah dulu sementara nunggu semi..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Iqa bersama hasil tangkapan hari ni.. pergghhh.. suka hati tul semua budak.. McD pun bagi banyak cenderahati kat bebudak aku.. TQ McDee.. Saya mesti pilihhh!!!

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Apa jadi ngan buku program aku.. hahaha lunyai.. tapi tak la sampai hancur kan..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Tengok.. kan ok lagi

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Kalau lipat terbalik nampak elok lagi ni haaa..



Enjoice...Sharing is power!!!

Sabtu, 27 Mac 2010

Hari Sabtu yang sibuk...?

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besarHari ini hari Sabtu. Hari Sabtu ini sangat sibuk.. Kakakaka.. Tulis dan baca macam bebudak kelas belakang la pulak. Aku memang dah target hari ni mesti gila babas nyer.. Pepagi buta dah siap sumer. Start keter. Terus ke sekolah, sesampai jer nengok pintu dewan masih kunci, pintu pejabat pun kunci lagi.. Hahaha.. On-time la maknanya tu. Baru keluar keter, Pn. Teng sampai. Terus setelkan dewan. Pasang LCD dan laptop. Setel.

Nengokkan bilik tayang lak. Rasa cam kureng jer.. Aku cabut wayar LCD, dan pasang kat TV baru kampus Astro.. Walllah.. Memang syiok la sikit mata dan telinga nak menghayati. Setel. Si Esah pulak dok meraban pasal scout. Bagi kunci pusat akses.. Tolong lebih kurang.. Setel.. Gi nengok takraw. Kasik kat Syamsul. Setel la tu.. Masa aku turun balik dari Kursus Pengawas nengok depa semua dah konker gelanggang takraw.. setel. Pastu kuar pi ambank bukit indah. Borak ngan guard.. mintak izin nak amik gambo.. setel gak.. Balik nengok kursus pengawas.. masalah lcd sama speaker. Adjust lebih kurang.. setel.. Pi panggil bebudak scout.. ajak cecikgu praktikal.. setel.. siap wat upacara penderaan hapal persetiaan.. setel.. Dah habis sepagi yang penuh gaya, mutu dan keunggulan.. Hari senin.. cuti!! Nak bawak ziqri gi sepital beso test telinga dia, balik gi klinik gelang patah test darah.. hopefully the last la kot..

ps : hari ni semua gambo amik pakai kamera p&s fujifilm lama aku jer.. satu.. malas nak amik bateri d70s yang aku cas semalam kat bilik ucu.. seken.. sesaja nak nengok balik terel ke tak terel lagi amik gambo pakai p&s.. dan ternyata dah tak terel.. hahahaha.. tak puas hati tak leh nak ubah apature ngan shutter.. demm.. semua gambo sesuka hati mak bapak kamera tu jer..

::Klik untuk cerita penuh::





Slideshow penuh





Enjoice...Sharing is power!!!

Baju "merak" iqa

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besarLambat jugak aku hapdet kali nih. Maybe sebab semalam aku penat tahap gaban agaknya kot. Lalok jer sampai ke petang.

Hari jemaat lepas iqa dah dapat baju sukan sekolah dah. Dah takyah pakai baju nuri lagi. Iqa rumah kuning dan secara rasminya masuk lam kumpulan merak sama cam aku. Hahahaha.. Aku nak kuning jadi juara lagi la tahun ni.. Amacam?? Ada brann..

Baju ni a bit larger than her lah. Tapi memang si iqa ni comel jer budaknya. Nampak gelebeh sikit la. Tak kisahlah.. Yang penting aku nak umah kuning pulun lagi jadi juara tahun nih.. dah 4 tahun dah nih.. Harap-harap leh jadi juara 5 kali berturut-turut.. Hopefullyy...

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar








Enjoice...Sharing is power!!!

Jumaat, 12 Mac 2010

Sambutan Maulidur Rasul 2010 SKTTA

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Tak dapat nak tulis panjang-panjang. Foto menceritakan sejuta perkataan..

::Klik untuk cerita penuh::









Enjoice...Sharing is power!!!

Khamis, 11 Mac 2010

Penggabungan projek rangkaian fiber + wifi YB

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besarPasal banyak sangat problem, terutama blok bengkel yang selalu kekadang dapat, kekadang tak. Maka dengan rasminya; hari ini aku menggabungkan projek wifi yang aku pow dari YB tahun lepas dengan projek KPM nih.. So 4 AP yang aku sambung secara bridging selama ni dengan rasminya menjadi AP kekal di 4 lokasi berbeza.. Yang pertama tetap akan berada kat pusat akses untuk cover seluruh blok A + KPM nyer depan bilik guru, so ada 2 AP untuk cover blok utama sekolah ni. AP yang kedua akan sambung direct ngan line kat pendidikan khas yang aku tarukkan switch. So yang ini untuk cover seluruh blok B dan blok bengkel kat belakang tu. Yang ketiga letaknya kat prasekolah. Khas cover pra jer tau. Pasni semua bebudak pra leh bawak ipad. hahaha.. dan yang last untuk blok C dan padang.. Letaknya kat dalam bilik mesyuarat. Senang usop nak daftar sukan tengah padang nanti. hahaha.. So.. sekolah aku dah fully assessible.. hoyeee... Test tadi pun ok la.. tapi yang paling aku tensen, kat sini selalu kena kilat la.. tu jer yang pobemkan kepala hotak aku sekarang nih..

::Klik untuk cerita penuh::





©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ni kat pusat akses.. sambung terus jer.. tapi kena setting balik. tukau dari bridging mode ke AP mode semata.. dah ada fiber, wat per nak bridge lagi kan..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ni kpm punya, depan bilik guru, sebijik lagi depan perpustakaan. Plan aku untuk rangkaian ni memang semua bilik khas dapat wired.. AP ni just nak cover luar jer..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ni lam bilik pendidikan khas.. satu point jer. so + switch, sambungkan AP.. dapat sampai belakang.. hoyeee...

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Tengah dok pikir camner nak kemaskan sikit wayar-wayar terjuntai tu..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Plug pun kena share.. hahahaha.. takpe la.. janji rock..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Dah settle 2 bilik.. esok aku nak belasah lagi dua bilik.. yaaa.. pra dan bilik mesyuarat..



Enjoice...Sharing is power!!!

Isnin, 8 Mac 2010

Kempen Anti Dadah 2010

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besarPagi ni tensen sungguh. Dari gelang patah sampai la ke mutiara rini kena follow sebijik bas kilang yang super duper yummy slow banget aahh.. Purata aku bawak pagi tadi adalah.. 40kmh.. Bengang gilak.. Sahih la aku sampai lambat sekolah ini pagi. Sian si Iqa jer sebab dia tak sarapan pagi la kalau aku sampai lambat. Nak beli, sepanjang jalan hutan. Kat lima kedai?? Tak nak aahh.. menambahkan jem jer..

Sampai jer sekolah dah start dah perhimpunan. Naik ke pejabat, ada lak 4 cikgu.. Senyum-senyum jer dulu. Nanti lepas perhimpunan baru tegur. Naik atas test semua connection ok, baru turun. Pagi ni banyak gak yang macam-macam adaa.. Memula bagi piala hari q kat pendidikan khas, pastu ada pelancaran kempen anti dadah.. Best gak pagi ni, walau aku tensen lagi pasal kena follow bas kilang yang maha lembab pagi tadi..

::Klik untuk cerita penuh::





©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Piala hari Q diserah pada GPK pendidikan khas...

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Siap ada MC tu pagi nih.. Bukan itu saja, malahan ada rostrum..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ucapan guru besar..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Guru besar turut membawa perutusan dari.. alamak.. lupa la pulak..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Sesi potong reben..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Tipu aaa.. kata ada potong belon..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Dah terhampar kain banner tu..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Reben kena amik balik.. nanti leh pakai lagi.. agaknya la kot.. jangan maraa aaa..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ketua pelajar memimpin bacaan ikrar benci dadah..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Diikuti semua guru dan pelajar.. ramai gak ye pentadbir sini.. 1,2,3,4,5.. paling kiri tu mc..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Sekali berdiri sebelah kelas sendiri daaa...

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Semua semangat haaa.. kami benci dadah..!!

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Panjangnya ikrar..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Deklamasi sajak dari pelajar tahun 6

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Satu demi satu ayat diluahkan..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Dah habis..



Enjoice...Sharing is power!!!

Khamis, 18 Februari 2010

Photobucket vs Imageshack : satu perbandingan

Alang-alang nak test laju tak laju antara photobucket dengan imageshack, aku haplod jer lencana sekolah aku kat sini. Bukannya apa satu.. memang dedua fail yang sama kan; dari segi saiz dan jenis. Keduanya, senang aku nak carik lepas ni. Asik kejap kat pendrive ni la, kejap kat hdd sana la. Cenggini senang sikit aku nak cari. Search jer lencana sktta kat blog aku kan.. hahahaha.. ni nama dia sambil menyelam minum airnya..

Photobucket

©2010mknaceunlimited©2010mknaceunlimited


Imageshack

©2010mknaceunlimited©2010mknaceunlimited



Ahad, 14 Februari 2010

Kem Orientasi Mowgli - Day 2

©2010mknaceunlimitedHari ni merupakan hari kedua merangkap hari pengujian.. Semua bebudak pengakap ni akan diuji samada apa yang mereka belajar selama sehari semalam ni berjaya diaorang dapat ke tidak. Bunyi macam susah jer, padahal ujian yang paling asas jer.

Semua pelajar diberi masa setengah jam untuk mengulangkaji secara sendiri sebelum ujian dijalankan. Adalah beberapa yang eksen bebenor kononnya dah terer habis, tapi masa kena soal, bebudak ni ler yang terketor lutut segala. Hahahaha.. tu la, lain kali jangan riak sangat. Bukan lama pun Tuhan nak tunjuk..

Majlis penutup dihadiri oleh kesemua pentadbir sekolah. TQ atas keprihatinan. Len kali nak wat kamping yang lagi ganazzz...

::Klik untuk cerita penuh::


©2010mknaceunlimited
Kena kemas la dulu kemah kamping korang ni. Ingat ni kandang kambing ker.. Sesuka hati nak pacak kat maner, sesuka hati nak tinggal..

©2010mknaceunlimited
Kita belajar buat kungfu cara bangau.. Hiyaaarrrkkkk!!!!

©2010mknaceunlimited
Bila cikgu jerit kuat-kuat korang lompat cam katak tinggi-tinggi tau.. hahaha.. berdiri jer la..

©2010mknaceunlimited
Saya bersumpah akan belajar bersungguh-sunguh untuk dapat 5A.. eh eh.. itu minggu lepas daaa...

©2010mknaceunlimited
Kalau kau tarik tali ni, bendera tak jatuh; maka kau kena panjat tiang bendera ni 4 kali turun naik.. haaaaa...tak tahu..

©2010mknaceunlimited
Pemeriksaan uniform.. ehh ehh.. ko ni pengakap ker pandu puteri ni..?

©2010mknaceunlimited
Kalau laa.. takde ujian.. alangkah bahagianya hidupku ini..

©2010mknaceunlimited
Apasal panggil-panggil nama orang ni.. Nak kena pukoi ka..

©2010mknaceunlimited
Ada lima port aaa.. bukan port lepak tau.. port ujian.. kalau satu port tak lulus, maka gagalla korang..

©2010mknaceunlimited
Cikgu mintak jawapan laa.. yang ko dok garu kepala la, garu belakang la; apasal??

©2010mknaceunlimited
Dah la scarf pun tarak, uniform lagi la ilekk.. rukunegara pun tergagap-gagap.. apa keesss???

©2010mknaceunlimited
Saya sumpah makan sate 40 cucuk cikgu.. alamak.. apa yang aku merepek lak ni

©2010mknaceunlimited
Laaa.. cikgu bukan suruh berdiri ketor lutut.. cikgu soh baca persetiaan jer..

©2010mknaceunlimited
Nak beli setem tempat lain yer dik.. Kat sini abang tanya soalan jer ye..

©2010mknaceunlimited
Kami dah lulus satu port.. yihaaa...

©2010mknaceunlimited
Dah makan pun licin dah, sekarang kena la basuh pinggan lak sampai berkilat..

©2010mknaceunlimited
Semua dah bersedia untuk majlis penutup..

©2010mknaceunlimited
Bacaan doa sebagai pembuka majlis..

©2010mknaceunlimited
Ulasan kem komandan.. 48 jer lulus.. lagi dua orang sila jumpa cikgu untuk ujian nanti..

©2010mknaceunlimited
Ucapan dari guru besar

©2010mknaceunlimited
Penyampaian cenderahati kepada pembantu-pembantu

©2010mknaceunlimited
Bersalaman dengan semua peserta yang ada..

©2010mknaceunlimited
Best sesangat.. nak lagi kempinggg... nak lawan bola lagi tau..


Slideshow penuh