TAWARAN PERMOHONAN PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN (PITO) 2014


TAWARAN PERMOHONAN PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN (PITO) 2014

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang sedang berkhidmat di sekolah di bawah kelolaan KPM dan sedang mengajar subjek bukan opsyen asal untuk mengikuti Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO).
 
1. Nama Program :
PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN (PITO) GURU SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH
 
2. Mod Kursus :
Kursus Dalam Perkhidmatan
 
3. Tempoh Kursus :
12 Minggu

Pelaksanaan

a. Pendaftaran - 20 September 2014 (1 hari)
b. Luar Kampus (Off-campus) - 20 September sehingga 31 Oktober 2014 (6 Minggu)
c. Sepenuh Masa (Face to Face) - 03 November sehingga 5 Disember 2014 (5 Minggu)
d. Weekend of Campus - 5 x Sabtu (1 Minggu)

Peserta akan berada di sekolah semasa sesi luar kampus (off-campus) selama 6 minggu. Manakala sesi sepenuh masa (face to face) dan sesi weekend of campus (5 kali Sabtu), peserta akan berada di IPTA/IPGK untuk 6 minggu berikutnya. Peserta akan menduduki peperiksaan pada minggu terakhir sesi sepenuh masa (face to face).
 
4. Syarat Peserta Kursus :
Peserta terdiri daripada guru dalam perkhidmatan seperti butiran berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • telah disahkan dalam jawatan pada lantikan pertama;
  • tidak berdaftar atau mengikuti sebarang pengajian atau kursus dengan mana-mana universiti sebagai pelajar sepenuh masa/separuh masa/sambilan dengan tajaan KPM;
  • bukan opsyen dalam bidang yang dipohon
  • mengajar sekurang-kurangnya 3 tahun berturut-turut dalam bidang yang dipohon;
  • mempunyai tahap kesihatan yang baik (calon wanita yang hamil enam bulan ke atas tidak digalakkan mengikuti kursus);
  • memperoleh purata markah yang baik bagi Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT);
  • bebas dari tindakan mahkamah dan tatatertib;
  • tidak terlibat dengan pengawasan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau penandaan kertas peperiksaan
  • Peserta perlu mengisi Borang Permohonan (dalam talian) dan disokong sepenuhnya oleh pengetua/guru besar sekolah tempat bertugas.

5. Bidang/Mata Pelajaran Yang Ditawarkan :

  • Sejarah (SEJ) – Teori 
  • Bahasa Inggeris (BI)
  • Bahasa Melayu (BM) – Teori 
  • Pendidikan Khas (PKhas) – Teori
  • PraSekolah – Teori


6. Tempat Kursus dan Subjek Yang Ditawarkan :

  • SEJARAH (USM & UTM)
  • BAHASA MELAYU (SJKC) (IPGK)
  • BAHASA INGGERIS (SJKC) (IPGK)
  • PENDIDIKAN KHAS PEMBELAJARAN MENENGAH (MENENGAH) (USM & UKM)
  • PENDIDIKAN KHAS PEMBELAJARAN RENDAH (RENDAH) (IPGK)
  • PENDIDIKAN KHAS PENGLIHATAN RENDAH (RENDAH)  (IPGK)
  • PENDIDIKAN KHAS PENDENGARAN RENDAH (IPGK)
  • PRASEKOLAH (RENDAH) (IPGK)

7. Pensijilan :
Sijil Tambah Opsyen (Sijil Kursus Dalam Perkhidmatan) dikeluarkan oleh BPG dengan disahkan bersama oleh pihak Majlis Dekan IPTA dan Rektor IPG. Transkrip peperiksaan dikeluarkan oleh IPTA dan IPGK yang berkenaan. Sijil ini melayakkan peserta untuk pindah kredit sekiranya melanjutkan pelajaran dalam bidang berkaitan.

8. Pembiayaan Kursus :
Perbelanjaan kursus ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

9. Kemudahan Peserta :
Peserta disediakan penginapan berserta makan/minum oleh IPTA/IPGK yang melaksanakan kursus. Tuntutan perjalanan adalah di bawah tanggungan JPN masing-masing menggunakan  peruntukan NKRA Kualiti Guru mengikut Pekeliling Perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa.

10. Jadual Proses Permohonan :

1. Edaran surat siaran PITO ke semua Jabatan Pelajaran Negeri - 6 Jun 2014
2. Permohonan PITO secara dalam talian (online) - 16 Jun 2014 hingga 16 Julai 2014
3. Sokongan Pengetua/Guru Besar secara dalam talian - 17 Julai 2014 hingga 7 Ogos 2014
4. Semakan Keputusan Tawaran/Surat Tawaran secara dalam talian - 2 September 2014
5. Pendaftaran Kursus - 20 September 2014 di IPTA/IPGK yang berkenaan
*Sebarang perubahan tarikh akan dimaklumkan dari semasa ke semasa


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam