Singapura Naikkan Kadar Tol Di Tambak Johor Mulai 1 Oktober 2014


Singapura Naikkan Kadar Tol Di Tambak Johor Mulai 1 Oktober 2014

Kadar baru tol bagi kenderaan yang meninggalkan Singapura

  • Kereta S$3.80 (lama S$1.20) 
  • Van dan lori serta bas kecil S$5.80 (lama S$1.90)
  • Teksi S$1.90 (lama S$0.60)
  • Bas S$3.10 (lama S$1)

Kadar baru tol bagi kenderaan yang memasuki Singapura

  • Kereta S$2.70 
  • Van dan lori serta bas kecil S$4.00
  • Kenderaan berat S$5.30
  • Teksi S$1.40
  • Bas S$2.20


SINGAPURA, 12 Sept (Bernama) -- Mulai 1 Okt ini, kadar tol untuk semua kenderaan (kecuali motosikal) yang meninggalkan Singapura melalui Tambak Johor akan dinaikkan.
Kenyataan Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA) menyebut ini kerana telah menjadi amalan Singapura untuk memadankan kadar tol di Johor dan Link Kedua dengan apa yang ditetapkan oleh Malaysia.
Menurut kenyataan itu, kadar baharu tol akan turut dikenakan ke atas semua kenderaan (kecuali motosikal) yang memasuki Singapura menerusi Tambak Johor.
Bagaimanapun, LTA menyebut tiada perubahan dalam kadar yang dikenakan di tol Link Kedua.
Kadar tol sedia ada bagi kereta yang meninggalkan Singapura akan meningkat kepada S$3.80 (dari S$1.20) manakala van dan lori serta bas kecil S$5.80 (dari S$1.90).
Kadar tol bagi teksi serta bas pula akan meningkat kepada S$1.90 dan S$3.10 berbanding S$0.60 dan S$1 sebelum ini.
LTA akan mengenakan bayaran sebanyak $2.70 untuk kereta, $4 (van/lori serta bas kecil), $5.30 (kenderaan berat), $1.40 (teksi) dan $2.20 (bas) yang memasuki Singapura.
Bagi kereta dengan nombor pendaftaran asing, LTA berkata kadar bayaran akan direkod dalam sistem tol dan dipamer kepada pemandu ketika memasuki Singapura.
Pembayaran akan ditolak hanya selepas meninggalkan Singapura (sama ada melalui Johor atau Link Kedua) bersama-sama kadar tol keluar, bayaran Permit Masuk Kenderaan (VEP) dan caj Jalan Berbayar Elektronik (ERP) (jika ada).
Perkara sama juga akan dilakukan di tol Link Kedua.
Kenyataan itu menyebut Singapura akan menurut jejak langkah Malaysia dalam mengurang atau memansuhkan tol pada masa akan datang.
-- BERNAMA

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied