Kebocoran UPSR 2014 : 10 Individu Ditahan Sehingga Hari Ini

Kebocoran UPSR 2014 : 10 Individu Ditahan Sehingga Hari Ini


Terkini setakat 17 September.
18 individu telah dipanggil untuk memberi keterangan - 6 pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), 9 guru, 1 wartawan, 1 ejen insurans dan 1 jurutera. Daripada jumlah itu; 10 ditahan - 8 guru, 1 ejen insuran dan 1 jurutera.

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Seramai 10 individu ditahan polis berhubung kes kebocoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris, setakat Rabu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng berkata daripada 10 individu itu, lapan adalah guru serta masing-masing seorang ejen insurans dan jurutera.
"Sepuluh individu itu termasuk tiga guru yang ditahan di Negeri Sembilan malam tadi," katanya dalam kenyataan di sini.
Isnin lepas, empat lelaki direman selama empat hari hingga esok, manakala semalam polis memperoleh perintah mahkamah menahan reman seorang jurutera selama empat hari.
Hari ini, polis turut memperoleh perintah mahkamah bagi menahan reman tiga guru termasuk seorang wanita selama empat hari.
"Dua lagi guru yang ditahan Ahad lepas telah dibebaskan atas jaminan polis selepas diambil keterangan mereka pada hari yang sama (Ahad)," katanya.
Sehingga kini, seramai 18 individu telah dipanggil untuk memberi keterangan termasuk enam pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), sembilan guru, dan masing masing seorang wartawan, ejen insurans dan jurutera.
Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid mendudukinya Khamis lepas manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan sebelum pelajar mendudukinya pada hari yang sama.
Lembaga Peperiksaan Malaysia menetapkan 30 Sept sebagai tarikh baharu peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut.
-- BERNAMA

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam