ANUGERAH INOVASI KPM 2014 (AIKPM 2014)

ANUGERAH INOVASI KPM 2014 (AIKPM 2014)


Kementerian ingin mempelawa semua Bahagian, Jabatan dan Agensi di bawah KPM, Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) termasuk Universiti, Politeknik dan Kolej Komuniti  untuk mencalonkan projek/hasil inovasi yang boleh mengharumkan nama institusi/agensi masing-masing untuk menyertai anugerah ini.

Sebanyak tiga (3) kategori yang akan dipertandingkan dalam AIKPM 2014 iaitu seperti berikut:

  1. Kategori Pengurusan;
  2. Kategori Teknologi Maklumat (ICT); dan
  3. Kategori Inovasi Sosial

Garis Panduan dan Borang Penyertaan AIKPM 2014 adalah seperti di Lampiran A dan Lampiran B atau YBhg. Tan Sri/Dato’/Tuan/Puan boleh juga memuat turun di portal KPM (http://moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2014/articlefile_file_003601.pdf). Dipohon pihak YBhg. Tan Sri/  Dato’/Tuan/Puan untuk memahami dan meneliti setiap syarat-syarat penyertaan yang ditetapkan sebelum mengemukakan pencalonan AIKPM 2014 kepada pihak urus setia.  Kerjasama pihak YBhg. Tan Sri/Dato’/Tuan/Puan adalah dipohon untuk mengemukakan:

  1. Borang Penyertaan yang telah lengkap seperti di Lampiran B;
  2. Laporan penuh projek inovasi seperti yang ditetapkan di dalam syarat penyertaan – Minimum 5 salinan (hard copy) dan 1 salinan (soft copy-CD); dan
  3. Ringkasan projek dengan menggunakan format seperti di Lampiran C.

Sila kemukakan dokumen-dokumen tersebut kepada pihak urus setia sebelum atau pada 10 Oktober 2014 (Jumaat) ke alamat berikut:

Urus Setia Anugerah Inovasi 2014 (AIKPM 2014)
Unit Inovasi,
Bahagian Khidmat Pengurusan,
Sektor Pengajian Tinggi,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 3, No.2, Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5,
62200 Putrajaya.
(Faks : 03-8870 6823)

Sebarang pertanyaan mengenai AIKPM 2014 bolehlah dikemukakan kepada pegawai-pegawai berikut:

Puan Ananthi Sandrakantham
Tel    : 03-8870 6075
Emel : ananthi@moe.gov.my

Puan Siti Nur Farhana Saadon
Tel    : 03-8870 6077
Emel : farhana.saadon@moe.gov.my

Cik Nordiana Mohamad Shibi
Tel    : 03-8870 6076
Emel : diana.shibi@moe.gov.my



Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam