#Bajet2015: Undi Kategori Pilihan Anda!

#Bajet2015: Undi Kategori Pilihan Anda!


Kempen #Bajet2015 yang berlangsung dari 11 hingga 25 Ogos telah menarik ribuan penyertaan di laman khas 1Malaysia.com.my. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menyumbang idea- idea dan cadangan samada di laman khas #Bajet2015 atau melalui media sosial.

Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak telah menerima rumusan laporan cadangan #Bajet2015 dan beliau turut teruja dengan kualiti dan kepelbagaian idea yang disumbangkan. Kesemuanya telah disimpulkan dan sekarang dalam proses penilaian sebelum dihantar ke Kementerian Kewangan untuk dipertimbangkan.

Kini, tinggal kurang daripada sebulan sahaja sebelum pembentangan #Bajet2015 di Parlimen dan sekali lagi Kerajaan ingin memastikan agar suara dan pendapat rakyat dapat memainkan peranan yang penting dalam pembentukan #Bajet2015.

Selain itu, anda turut boleh mengundi 5 kategori cadangan #Bajet2015 yang anda paling setujui. Ini dapat membantu kita memantau dan memahami dari segi keutamaan antara cadangan-cadangan dan isu Isu yang diutarakan dalam kempen #Bajet2015. Sila kunjungi www.najibrazak.com/bajet2015/poll untuk berbuat demikian.

Akhirnya, jangan lupa untuk menonton pembentangan penuh #Bajet2015 secara "LIVE" atau "Langsung" melalui laman NajibRazak.com pada 10 Oktober di Parlimen Kelak. Anda juga boleh melayari laman NajibRazak.com untuk perkembangan lanjut tentang #Bajet2015.


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Jelly Beans

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016