ngohub.asia, Satu Platform Bagi NGO Dapat Dana Dan Merekrut Sukarelawan, Dilancarkan


ngohub.asia, Satu Platform Bagi NGO Dapat Dana Dan Merekrut Sukarelawan, Dilancarkan

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kini dengan mudah boleh mendapatkan dana dan merekrut sukarelawan bagi kerja-kerja sosial dengan mendaftar sebagai sebahagian daripada platform online semua dalam satu yang pertama di Malaysia iaitu ngohub.asia.

Pengasas bersama Ngohub.asia Raj Ridvan Singh berkata platform inovatif, yang pertama seumpamanya menawarkan penyelesaian komprehensif dengan menghubungkan badan bukan mengambil untung negara dalam talian bagi membolehkan mereka lebih senang diakses oleh penderma dan sukarelawan.

"Dengan mendaftar dalam ngohub.asia, ia akan membantu NGO untuk mendigitalkan dan memprofilkan diri mereka kepada khalayak online yang lebih luas dan begitu juga maklumat mereka boleh dilihat orang ramai.

"Sebaik menyertainya, mereka (NGO) boleh melibatkan dan mendapatkan sukarelawan menyertai usaha mereka, memohon geran dalam bentuk sokongan material dan menyenaraikan kegiatan mereka dalam sebuah platform berpusat," katanya kepada pemberita selepas pelancaran laman web itu di sini Khamis.

Turut hadir Pengarah Pendaftar Pertubuhan Pertubuhan (ROS) Selangor Noraffendy Abd Khalid dan pengarah eksekutif 7-Eleven Malaysia Tan U-Ming.

Raj Ridvan berkata platform itu dihasilkan dengan matlamat untuk memperkenalkan NGO dan badan kebajikan di luar bandar dan kumpulan kecil yang tidak dikenali umum.

Beliau berkata hanya NGO yang didaftarkan dengan ROS atau Suruhanjaya Syarikat-syarikat Malaysia (SSM) ditampilkan dalam platform itu.

Noraffendy berkata ROS Selangor akan membantu mengiktiraf sesetengah daripada badan kebajikan dan pertubuhan kebajikan yang berdaftar untuk menyertai ngohub.asia.

"Pada masa ini lebih daripada 10,000 NGO berdaftar dengan ROS Selangor dan kami akan mendekati mereka untuk mendaftar dengan ngohub.asia.

"Usaha ini merupakan peluang istimewa bagi NGO yang kurang mantap namun berdedikasi untuk berkembang dengan bantuan teknologi online dalam era digital hari ini yang semakin meningkat.

Sementara itu, Tan berkata 7-Eleven Malaysia menyediakan geran bulanan di antara RM50 hingga RM5,000 melalui ngohub.asia.

"NGO yang berdaftar dalam platform ini boleh memohon geran itu dengan menyediakan profil pertubuhan mereka dan mempamerkan usaha mereka dan barangan yang diperlukan untuk projek mereka," katanya.

-- BERNAMA

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam