PROGRAM PEMUDAH CHALLENGE: BACK TO SCHOOL SEASON 3 2014


PROGRAM PEMUDAH CHALLENGE: BACK TO SCHOOL SEASON 3 2014

Program PEMUDAH Challenge: Back To School adalah satu program yang menawarkan penyertaan murid bagi mengemukakan cadangan penambahbaikan sekolah contohnya bagi aspek seperti kebersihan, kemudahan dan prasarana, kantin, bahan pengajaran/pembelajaran.

Program ini  dianjurkan oleh PEMUDAH dengan kerjasama Bahagian Kokurikulum dan Kesenian dan Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pendidikan Malaysia. Cadangan yang telah dihantar akan dinilai dan peserta-peserta yang layak sebagai pemenang akan dihubungi bagi tujuan penyampaian hadiah.

Anda boleh mendaftar masuk cadangan murid melalui url berikut :

http://apps.moe.gov.my/smg/99/b2s/

Syarat dan Peraturan Penyertaan:

  • Penyertaan terbuka kepada semua murid sekolah tahun lima (5) bagi sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Selangor, Melaka,Negeri Sembilan dan Johor.
  • Tempoh penyertaan: Mulai 25 September sehingga 25 Oktober 2014
  • Peserta hanya boleh mengemukakan satu (1) cadangan untuk menambahbaik sekolah mereka.
  • Penulisan adalah dalam Bahasa Melayu sepenuhnya dan diisi secara atas talian menggunakan borang yang disediakan melalui pautan http://apps.moe.gov.my/smg/99/b2s/.
  • Peserta perlu melengkapkan cadangan mereka seperti contoh berikut: 
    • Cadangan saya untuk menambahbaiksekolah saya adalah dengan  Menyediakan tong sampah yang besar di setiap kelas agar sampah tidak melimpah ke lantai apabila penuh
  • Cadangan bernas yang di kemukakan perlulah JELAS, RINGKAS dan MUDAH DIFAHAMI .
  • Para pemenang akan menerima baucer buku bernilai RM100.
  • Keputusan Panel Hakim adalah muktamad
Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi :


BAHAGIAN KOKURIKULUM DAN KESENIAN, KPM
ARAS 3, BLOK E9
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(u.p : Pn. Nor Hapipah bt Hj. Md. Shah)
No. Telefon 03-88721650

BANTUAN TEKNIKAL
Sebarang masalah dalam melengkapkan borang penyertaan atas talian,
sila berhubung dengan pegawai berikut:

Pn. Rozilah bt Rosli (rozilah.rosli@moe.gov.my)
En. Mohd Razis bin Abd Rahman (razis.abd@moe.gov.my)


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied