STPM: Peratusan Lulus Penuh Kebanyakan Negeri Atasi Peringkat Nasional

STPM: Peratusan Lulus Penuh Kebanyakan Negeri Atasi Peringkat Nasional

STPM: Peratusan Lulus Penuh Kebanyakan Negeri Atasi Peringkat Nasional. KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Kebanyakan negeri mencatat keputusan yang baik dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2015 yang diumumkan hari ini dengan ada di antaranya mencatat peratusan lulus penuh satu hingga lima mata pelajaran melebihi pencapaian peringkat nasional.

Di KOTA BAHARU, peratus lulus penuh keseluruhan calon bagi Kelantan adalah 98.26 peratus atau 3,447 calon, mengatasi pencapaian peringkat nasional iaitu 97.64 peratus atau 40,995 calon.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Datuk Ab Aziz Abdullah berkata seramai 2,622 calon atau 75.2 peratus mendapat 5 dan 4 prinsipal daripada keseluruhan 4,176 calon berbanding 2,722 calon (72.86 peratus) daripada 4,662 pelajar pada tahun 2014.

Di PAHANG, seramai 2,139 atau 98.89 peratus calon mendapat kelulusan penuh iaitu sekurang-kurangnya satu mata pelajaran lulus penuh berbanding 2,363 atau 99.08 peratus pada 2014.

Pengarah JPN Pahang Datuk Rosdi Ismail berkata calon yang mendapat keputusan tertinggi iaitu Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0 pula adalah seramai 21 orang berbanding 24 calon pada tahun sebelumnya.

Di MELAKA, seramai 1,245 atau 98.65 peratus calon STPM 2015 lulus penuh berbanding 1,216 atau 98.94 peratus pada tahun sebelumnya.

Pengarah JPN Melaka Abu Bakar Sahari berkata calon yang memperoleh PNGK 3.0 ke atas pula meningkat kepada 488 orang atau 38.64 peratus berbanding 460 calon atau 37.52 peratus pada tahun sebelumnya, dengan seramai 20 calon memperoleh PNGK 4.0.

Di ALOR SETAR, seramai 3,011 daripada 3,062 atau 99.05 peratus calon STPM 2015 mencatat keputusan lulus penuh, kata Pengarah JPN Kedah, Datuk Azuyah Hassan.

Beliau berkata seramai 24 calon memperoleh PNGK 4.0 pada tahun lepas berbanding 28 pelajar pada tahun 2014.

Di SEREMBAN, sembilan calon STPM memperoleh PNGK 4.0 yang terdiri daripada dua orang calon jurusan Sains dan tujuh orang calon jurusan Sastera.

Pengarah JPN Negeri Sembilan, Rusni Ab Jalil berkata seramai 1,305 daripada 1,338 calon lulus dengan mendapat sekurang-kurangnya satu mata pelajaran peringkat prinsipal iaitu 97.5 peratus berbanding 98.3 peratus pada 2014.

Di KANGAR, Pengarah JPN Perlis, Izmi Ismail berkata seramai 472 atau 98.54 peratus calon STPM mencatat keputusan lulus penuh, peningkatan sebanyak 0.19 peratus berbanding 477 atau 98.35 peratus pada tahun sebelumnya.

Di KUCHING, Pengarah JPN Sarawak Rakayah Madon berkata keputusan STPM negeri itu menunjukkan penurunan PNGK dengan catatan PNGK 2.48, berbanding PNGK 2.49 pada tahun 2014.

Di SHAH ALAM, seramai 4,109 atau 96.77 peratus calon STPM mendapat kelulusan penuh berbanding 97.05 peratus pada 2014, penurunan sebanyak 0.28 peratus.

Pengarahnya, Zainuren Mohd Nor berkata bilangan calon yang mendapat PNGK 4.0 adalah seramai 40 calon berbanding 51 calon pada STPM 2014.

Di SABAH, Pengarah JPN Datuk Jame Alip memaklumkan sebanyak 97.30 peratus atau 5,892 daripada 6,055 calon STPM di negeri itu mencatat keputusan lulus penuh.

Di PERAK, sebanyak 4,010 atau 97.72 peratus calon mendapat kelulusan penuh berbanding 98.01 peratus pada 2014, iaitu penurunan sebanyak 0.59 peratus.

Pengarah JPN Rozi Puteh berkata bilangan calon yang mendapat PNGK 4.0 adalah seramai 49 orang berbanding 53 pada tahun sebelumnya.

Di PULAU PINANG, seramai 26 orang daripada 2,267 calon mencatat PNGK 4.0, manakala daripada jumlah keseluruhan calon STPM 2015, seramai 2,264 calon atau 97.53 peratus telah layak mendapat sijil berbanding 97.05 peratus bagi 2014.

Di KUALA TERENGGANU, seramai 1,534 calon mencatat keputusan lulus penuh, berbanding jumlah 1,453 tahun sebelumnya.

Di JOHOR, Pengarah Pendidikan negeri Aminudin Adam berkata seramai 50 calon mendapat PNGK 4.0 berbanding hanya 43 orang pada 2014 dan daripada jumlah itu, 29 calon merupakan aliran sastera dan 21 lagi aliran sains.

Jumlah calon yang lulus penuh dalam lima dan empat pelajaran, juga meningkat sebanyak 5.08 peratus daripada 3,434 calon pada 2014 kepada 3,712 orang (2015).

"Pada tahun ini, seramai empat calon STPM dari negeri ini turut dipilih menerima anugerah cemerlang peringkat kebangsaan iaitu Tee Wee Sin dari SMK Munsyi Sulaiman, Batu Pahat (5A), Syamimi Sharifudin dari SMK Tunku Putra, Batu Pahat (4A), Ooi Tzu Chia dari SMK Datuk Penggawa Timur, Pasir Gudang (4A) dan Chia Chin Chiet dari SMK Seri Bandar Pontian (4A)," katanya.

Aminudin juga berkata SMK Tun Dr Ismail dan SMK Perempuan Sultan Abu Bakar, kedua-duanya di Muar, menerima anugerah peringkat kebangsaan.

Beliau berkata, secara keseluruhan, keputusan STPM Johor adalah lebih baik dalam kalangan calon luar bandar berbanding calon bandar.

-- BERNAMA

--- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam