SKIM POTONGAN GAJI BULANAN UNTUK SUMBANGAN KEPADA TABUNG KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) KPM

SKIM POTONGAN GAJI BULANAN UNTUK SUMBANGAN KEPADA TABUNG KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) KPM

SKIM POTONGAN GAJI BULANAN UNTUK SUMBANGAN KEPADA TABUNG KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan Dasar Pendidikan Wajib yang berkuatkuasa mulai Januari tahun 2003 dibawah Seksyen 29A, Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] yang mewajibkan ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah mulai Tahun Satu (1). Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengenalpasti bahawa antara faktor keciciran di kalangan murid sekolah adalah disebabkan kemiskinan. Selaras dengan pelaksanaan dasar ini, satu Tabung yang dinamakan "Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin" (KWAPM) ditubuhkan untuk membantu ibu bapa yang tidak berkemampuan menghantar anak mereka ke sekolah. Berdasarkan Surat Ikatan Amanah yang telah diluluskan Kementerian Kewangan pada 10 April 2003, sumber kewangan Tabung KWAPM  diperolehi daripada peruntukan kerajaan dan sumbangan pihak luar.

Objektif utama : Memberi bantuan secara khusus kepada murid miskin warganegara Malaysia di sekolah kerajaan/sekolah bantuan kerajaan dari semua bangsa dan agama untuk mengelakkan keciciran, meningkatkan tahap pencapaian akademik serta menjana kecemerlangan murid secara menyeluruh.

Jenis dan Kadar Bantuan
Jenis dan kadar bantuan adalah seperti berikut :

Murid Sekolah Rendah
Bantuan Am Persekolahan*
RM200 bagi seorang murid setahun.
Bantuan Bulanan**
RM25/RM50 bagi seorang murid untuk tempoh 10 bulan.
Murid Sekolah Menengah
Bantuan Am Persekolahan*
RM300 bagi seorang murid setahun
Bantuan Bulanan**
RM30/RM60 bagi seorang murid untuk tempoh 10 bulan.
* Meliputi bantuan Pakaian Seragam/Bantuan Peralatan Persekolahan dan keperluan persekolahan murid
** Bantuan Bulanan adalah tertakluk kepada kedudukan kewangan Tabung KWAPM

Kriteria  Kelayakan Murid
  • Murid Warganegara Malaysia yang bersekolah di Sekolah Rendah/Menengah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan (Tahun 1 hingga Tingkatan 1).
  • Murid  Miskin yang Ketua lsi Rumah (KIR) berdaftar dengan  eKASIH  dan disahkan status kemiskinannya sebagai MISKIN atau MISKIN TEGAR sahaja.
  • Murid Miskin berstatus Orang Asli mengikut Akta 134, Akta Orang Asli 1954 (Pindaan 1974) dan kemiskinan Ketua lsi Rumahnya disahkan sebagai MISKIN atau MISKIN TEGAR oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).
  • Murid Miskin yang pendapatan keluarganya berada di bawah *Paras Garis Kemiskinan (PGK) Nasional semasa seperti berikut :
Wilayah
Miskin
Miskin Tegar
Isi Rumah (RM)
Perkapita (RM)
Isi Rumah (RM)
Perkapita (RM)
Semenanjung Malaysia
930
230
580
140
Sabah & Labuan
1170
250
710
150
Sarawak
990
240
660
160
  • Murid BUKAN penerima apa-apa bantuan persediaan ke sekolah berbentuk kewangan daripada mana-mana pihak sama ada daripada kerajaan mahupun pihak luar
Brosur dan borang boleh dimuaturun melalui pautan berikut :


--- 
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam