Bayar Parkir MPJBT Guna SMS

Bayar Parkir MPJBT Guna SMS

Bayar Parkir MPJBT Guna SMS. Terbaeekkk!!!! ah. Tak sabo nak nunggu April. Sebelum ni jenuh jugak musing cari kedai juai kupon. Tetambah bila set kupon liao. Hahahaha. Tahniah UTM, tahniah MPJBT

Sejumlah 500,000 penduduk di negeri Johor dijangka mendapat manfaat daripada sistem SMSParkir, sebuah sistem pembayaran dan penguatkuasaan pintar berasaskan teknologi terkini, hasil ciptaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Timbalan Pengarah Pusat Inovasi dan Komersial UTM, Prof Dr Sevia M.Idrus berkata sistem itu dibangunkan hampir enam tahun sebagai usaha meningkatkan keberkesanan operasi tempat letak kereta.

“Sistem ini membolehkan orang awam membayar parkir menggunakan Sistem Khidmat Ringkas (SMS) atau menggunakan aplikasi mudah alih bagi mengelakkan kesukaran pembayaran seperti menggunakan kupon,” kata beliau kepada pemberita di UTM, di sini hari ini.

Teknologi itu kemudiannya dilesenkan kepada sebuah syarikat komunikasi dan dan teknologi, Zen Trillion Sdn Bhd., yang kini merupakan rakan kongsi UTM untuk tujuan pengkormersilan.

Sevia, yang juga ketua projek itu, berkata buat permulaan, sistem parkir baharu ini akan dilaksanakan di kawasan parkir di bawah pengurusan Majlis Perbandaran Johor Baharu Tengah (MPJBT) bermula 1 April ini melibatkan 30,000 tempat letak kereta.

“Pengguna hanya perlu menghantar maklumat nombor pendaftaran kenderaan, lot parkir dan tempoh parkir menggunakan kod pendek lima digit. Setiap penghantaran akan disahkan oleh pelayan SMSParkir sebelum kredit telefon pengguna ditolak berdasarkan caj pakir yang ditetapkan,” katanya.

Katanya SMS peringatan akan dihantar beberapa minit sebelum parkir tamat dan pengguna juga tidak perlu membuat membuat pendaftaran awal untuk menggunakan perkhidmatan ini.

Bayaran tempat letak kereta melalui telefon ditawarkan kepada pelanggan syarikat telekomunikasi (Celcom) di peringkat permulaan tidak lama lagi.

Katanya kemudahan ini turut dapat diperolehi pengguna yang membayar menggunakan kemudahan aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun secara percuma oleh pengguna telefon pintar.

“Bagi pihak MJBT pula, sistem ini dijangka meningkatkan kecekapan penguatkuasaan saman dan kompaun parkir di mana mereka dapat memantau dengan lebih mudah menggunakan telefon pintar,” kata Sevia. — BERNAMA

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam