PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN PELAJARAN

PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN PELAJARAN

PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN PELAJARAN.

Warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan Sarawak yang memiliki kelayakan di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Pendidikan  yang diiktiraf oleh kerajaan/ Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya adalah dipelawa untuk memohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 bagi opsyen seperti di Lampiran A dan Lampiran B.

Pengisian kekosongan jawatan melibatkan bidang-bidang pengkhususan tersebut adalah bagi keperluan di Sabah dan Sarawak.

Permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) melalui portal JobsMalaysia di www.jobsmalaysia.gov.my. Tarikh tutup permohonan adalah pada 1 April 2016. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi urus setia di talian 03-8871 7372/7406. Skim dan syarat lantikan boleh dirujuk di www.spp.gov.my. Calon akan dipanggil temu duga sekiranya melepasi asas tapisan yang telah ditetapkan.

Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian, sila pastikan daftar permohonan masih dalam tempoh sah laku.

Jawatan/ Gred Jawatan : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Kementerian : Kementerian Pendidikan Malaysia
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional, Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Klasifikasi : Perkhidmatan Pendidikan
Jadual Gaji :
Gred Gaji
Gaji Minimum
 (RM)
Gaji Maksimum
(RM)
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan (RM)
DG29
1,589.00
5,137.00
145.00
DG41
1,917.00
8,652.00
225.00

Syarat Lantikan 
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  1. warganegara Malaysia; 
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  3. Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DG29
    1. diploma dalam bidang perguruan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi perguruan tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG29: RM1,589.00); atau
    2. diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Sijil Kursus Perguruan Lepas Diploma atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG29: RM1,735.44).
  4. Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DG41
    1. ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,018.52); atau
    2. ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,222.94); atau
    3. ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,222.94); atau
    4. ijazah sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,733.98).
    5. ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM3,040.60).
Syarat-syarat Lain
  1. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Pendidikan  yang diiktiraf oleh kerajaan/ Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan mendapat markah CGPA/PNGK tidak kurang daripada 3.0;
  2. Lulus Ujian Psikometrik;
  3. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kredit dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Sejarah;
  4. Sihat tubuh badan;
  5. Aktif dalam aktiviti kokurikulum; dan
  6. Tiada rekod jenayah dan bukan seorang bankrap
Taraf Jawatan : Tetap

LAMPIRAN A - Senarai Opsyen Sekolah Menengah

BIL.
OPSYEN
SABAH
SARAWAK
1
BAHASA ARAB
BAHASA MELAYU
2
BAHASA CINA
BIMBINGAN DAN KAUNSELING
3
BAHASA INGGERIS
GEOGRAFI
4
BIMBINGAN DAN KAUNSELING
KEMAHIRAN HIDUP
5
KEJURUTERAAN AWAM
PENDIDIKAN ISLAM
6
KEMAHIRAN HIDUP
PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
7
MULTIMEDIA
MASALAH PEMBELAJARAN
8
PENDIDIKAN ISLAM
MASALAH PENDENGARAN
9
PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
MASALAH PENGLIHATAN
10
MASALAH PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN MORAL
11
MASALAH PENDENGARAN
PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
12
MASALAH PENGLIHATAN
PENGAJIAN MALAYSIA
13
PENDIDIKAN MORAL
SAINS RUMAH TANGGA
14
PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
SAINS PERTANIAN
15
PENGAJIAN MALAYSIA
SEJARAH
16
SAINS RUMAH TANGGA
SENI
17
SAINS PERTANIAN
TEKNOLOGI MAKLUMAT
18
SENI

19
SENI DAN SENI REKA
20
TEKNOLOGI MAKLUMAT

LAMPIRAN B - Senarai Opsyen Sekolah Rendah

BIL.
OPSYEN
1
BAHASA CINA
2
BAHASA INGGERIS
3
MUZIK
4
PEMULIHAN
5
PENDIDIKAN ISLAM
6
PENDIDIKAN JASMANI
7
PENDIDIKAN SENI VISUAL
8
PRA - SEKOLAH

--- 
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam